Thu | Sep 06, 07 | 03:53:08 PM
Firman Allah yang bermaksud, "Nabi Isa a.s. berkata, 'Wahai Bani Israil,
sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa
yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke
atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi
orang-orang yang zalim itu penolong'." (Surah al-Maidah: 72)
Zalim paling besar adalah mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Allah Taala
tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa
orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu."
(Surah an-Nisa': 116) O
rang yang membunuh manusia dan berzina beribu kali, jika benar-benar
bertaubat nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. Begitu juga pemakan
riba
dengan jumlah berjuta-juta ringgit, jika benar-benar bertaubat diampunkan
dosanya. Begitu juga dengan dosa-dosa yang lain melainkan dosa orang yang
syirik dengan Allah SWT.
Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan melantik Tuhan
yang lain daripada Allah, yang berdoa kepada yang lain daripada Allah,
yang
mengada-ngdakan hukum yang lain daripada hukum Allah dan menganggapnya
serupa dengan hukum Allah atau lebih daripada hukum Allah, mereka
berkenaan
telah melakukan syirik. Allah Taala tidak mengampun dosa mereka.
Disebut di dalam ayat yang banyak termasuk ayat yang ditafsirkan ini
termasuk juga di dalam hadis yang banyak antara lain sabda Nabi s.a.w.
yang
bermaksud, "Jauhlah kamu daripada tujuh dosa besar. Dikatakan, apa yang
dikatakan tujuh dosa besar itu? Rasulullah bersabda, yang pertama ialah
syirik dengan Allah."
Syirik dengan Allah tidak diampun dosanya melainkan dengan mengucap dua
kalimah syahadah, berhenti daripada perbuatan dan perkataan syirik bagi
menghilangkannya. Istighfar dengan bertaubat sahaja tidak boleh.
Orang yang syirik dengan Allah, tidak ada peluang masuk syurga. Sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya syurga tidak boleh dimasuki melainkan
dirinya seorang Islam dan beriman dengan Allah."
Dan mengikut satu riwayat lain dirinya yang beriman bukan dirinya yang
syirik. Yang syirik dan kafir tidak masuk syurga.
Dan Allah Taala menghukum orang-orang Kristian kafir walaupun mereka
mengaku
bahawa Allah itu Tuhan, walaupun mereka membuat kebajikan tetapi apabila
mereka menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka mereka telah
melakukan syirik.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan orang-orang yang zalim itu tidak
mendapat
pertolongan dari Allah." (Surah al-Maidah: 72)
Kita melihat mereka berkeadaan baik dengan tubuh badan yang sihat serta
gagah perkasa di atas dunia kerana Allah memberi peluang kepada mereka
untuk
berbuat sesuatu sama ada baik ataupun jahat.
Allah Taala tidak menolong mereka, mudah-mudahan mereka bertaubat dari
segala perbuatan jahat yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud,
"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang mengatakan bahawa Allah itu tiga
daripada yang tiga." (Surah al-Maidah: 73)
Iaitulah orang Kristian yang mendakwa Allah itu satu daripada tiga unsur
ataupun satu daripada tiga Tuhan.
Firman Allah yang bermaksud, "Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka
ucap daripada Maha Tinggi dan Maha Besar." (Surah al-Israa': 43)
Maha Suci Allah daripada apa yang mereka ucapkan kerana Allah Taala itu
Maha
Esa.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan tiada daripada tuhan melainkan Tuhan
Yang
Satu." (Surah al-Maidah: 73)
Tuhan hanya satu sahaja itulah Allah SWT Yang Maha Esa, yang tunggal pada
zat dan sifat-Nya dan pada segala-gala yang dimiliki-Nya.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan jika sekiranya mereka tidak berhenti
daripada apa yang mereka cakap,(terus mengatakan Allah Taala satu daripada
tiga, Isa al-Masih juga sebagai Tuhan), nescaya mesti akan mengenai
orang-orang yang kafir di kalangan mereka azab yang pedih." (Surah
al-Maidah: 73)
Yang kafir di kalangan mereka mesti ditimpa azab yang pedih. Mereka diberi
amaran yang keras oleh Allah SWT setelah diberi nasihat.
Memang orang Kristian degil dalam masalah akidah. Apabila mereka diajak
berbincang, mereka lari. Mereka tidak berani berdebat di dalam masalah
ketuhanan. – lanh
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment