Sunday, September 30, 2007

MURTAD: Pengkhianatan Kepada Allah

MURTAD
Pengkhianatan Kepada Allah
Petikan dari Majalah Dian, Ogos 2006

Kesahihan dakwaan kononnya 100,000 umat Islam negara ini murtad
masih boleh dipertikaikan, meskipun berita mengenainya hangat
diperkata. Isu pemesongan akidah ini memang sangat sensitif tetapi
ianya menjadi satu cabaran besar kepada semua lapisan umat Islam.

"Saya melihat isu murtad di negara ini semakin serius.
Berdasarkan laporan secara tidak rasmi daripada mereka yang bekerja
di pejabat Pendaftaran Negara, orang Melayu dan India muslim yang
menukar agama mereka semakin bertambah ketara bilangannya," demikian
bicara awal Dr.Muhammad Nur Manuty mengenai topik yang kembali
hangat melanda tanah air.

Menurut beliau, pendedahan terhadap isu murtad ini membawa
impak yang berbeza kepada umat Islam di negara ini. Kebaikan yang
diperolehi daripada pendedahan isu ini ialah dapat menyedarkan
masyarakat Islam, tetapi dalam masa yang sama ia memburukkan lagi
pandangan orang bukan Islam terhadap agama Islam jika isu ini luas
diperkata.

Jelasnya, terdapat beberapa faktor penting yang menyumbang
kepada gejala murtad ini. Perkembangan pembangunan sosial dan
ekonomi berserta rempuhan globalisasi dan juga kecanggihan teknologi
memberi kemungkinan besar bertambahnya jumlah orang-orang Islam yang
murtad di negara kita.

"Keadaan bertambah buruk apabila sebahagian daripada orang
Melayu yang terdedah kepada pengaruh modenisme ataupun pasca
modenisme dan sekularisme telah terjebak dengan gejala sosial
sehingga ada yang sanggup yang menukar agama.

Selain itu jelasnya, gerakan Kristianisasi oleh mubaligh-
mubaligh agama tersebut terhadap orang Kristian yang sudah menukar
agama mereka kepada agama lain terutama agama Islam, giat dijalankan
dan ia turut menjadi punca gejala murtad ini semakin berleluasa.

"Di dalam majalah Times beberapa tahun yang lalu telah pun
dinyatakan secara terang mengenai perkara ini. Bahkan Dr. Chandra
Muzaffar sendiri ada memberi ulasan dalam satu makalah di akhbar New
Straits Time tentang bahaya gerakan mubaligh Kristian secara global.
Ini merupakan satu petanda bahawa gerakan mubaligh Kristian memang
bertekad untuk menjadikan dunia Islam terutama alam Melayu sebagai
pentas pengkristianan setelah mereka berjaya mengkristiankan
masyarakat Indonesia."


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: