KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Perkataan 'rusuhan' selalunya disambut
dengan jawapan dan tanggapan yang negatif, namun secara tidak langsung
ramai yang tidak cuba untuk menyelidiki, mendapat gambaran asas atau cuba
menyoroti tindakan timbal balik sebab musabab orang ramai merusuh pada
satu-satu kejadian.
Rusuhan selalunya tercetus disebabkan timbulnya tindakan melampaui batas,
provokasi, cabar-mencabar, mengasak atau membelasah oleh pihak -pihak
yang tertentu yang akhirnya menyebab orang awam melakukan tindakan yang
sama bagi membalas diatas perbuatan tidak perikemanusiaan itu.
Malah penjenayah ataupun penjahat lazimnya tidak merusuh, tetapi
seringkali kedengaran dilakukan oleh orang awam, masyarakat setempat,
golongan tertentu, peladang, penternak, petani, penduduk setinggan yang
tidak puas hati dengan sesuatu keadaan yang dianggap telah melampaui
batasan.
Rusuhan tidak terjadi dengan sendirinya dan bukan dilakukan secara
suka-suka, hobi seperti vandalisme yang secara tidak langsung sebagai
satu manifestasi sesetengah pihak menzahirkan ekspresi diri (luahan hati)
ataupun orang biasa yang suka merosakan harta benda awam tetapi satu
manifestasi tidak puas hati di atas apa yang berlaku
Dalam laman web kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan rusuh
bermaksud tidak aman; huru-hara; kacau; gempar,ribut, kecoh,
kelang-kelibut, tegang dan kelam kabut dan menyelitkan contoh dari sudut
bahasanya iaitu 'Mereka merusuh kerana tidak puas hati dengan keputusan
pengadil.'
Rusuhan di negara luar seperti di Palestin, Pakistan,Indonesia dan Mexico
adalah disebabkan rakyatnya yang sudah tidak tahan lagi dengan sikap pihak
berkuasa ataupun parti pemerintah yang dilihat semakin menindas, menzalimi
dan menekan nasib hidup rakyat.
Begitu juga dengan siri-siri kejadian rusuhan di Malaysia sekitar tahun
1999 akibat ramai pihak tidak puas hati dengan pemecatan Mantan Timbalan
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya, dan ada
rusuhan diantaranya dimulakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan
Anwar Ibrahim sendiri supaya imej dan nama baiknya tercemar.
Rusuhan juga bukan sesuatu yang baru di negara ini,dan sejarah pernah
merakamkan tragedi Rusuhan Natrah atau Maria Hertogh berlaku di Singapura
pada 1950 kerana sehingga seramai 18 orang terbunuh atau mati syahid dan
173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British.
Ketika itu bangunan dan kereta berhampiran padang dekat mahkamah telah
dibakar.
Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura dan Singapura diletakkan
di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. ISA telah digunakan
dengan sebaik-baknya bagi membendung keganasan merebak.
Tatkala berlakunya rusuhan, maka perkara-perkara tidak diingini pun boleh
berlaku seperti membakar bendera, membaling batu, pukul memukul,
merosakkan harta benda awam.
Sikap bebal RTM mengapi-apikan provokasi
Sebaiknya tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak -pihak yang terbabit
ialah berbincang, menggunakan keadah rundingan dan budi bicara baagi
mengelakkan dari terjadinya rusuhan dengan mengambil langah-langkah
pencegahan bukannya menimbulkan provokasi sehingga mencetuskan suasana
tegang.
Lebih buruk lagi pihak pemerintah sering kali menuduh pihak pembangkang
memulakan rusuhan dan seringkali mencetuskan suasana tegang dan ini
dipanjangkan lagi kejadian di Batu Burok 8 September lalu.
Malah cuba memburukkan imej pembangkang dengan tayang klip RTM baru-baru
ini dengan memaparkan tulisan 'ini bukan budaya kita' menjurus kepada isu
dakwaan kononnya rusuhan didalangi pembangkang di Batu Buruk pada 8
September lalu dalam satu ceramah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih
dan Adil (Bersih).
Sedangkan imej awal kejadian baling batu dan himpunan umat Islam di
jalan-jalan raya adalah imej dari rakaman perjuangan rakyat Palestin
menentang rejim Israel, kata Setiausaha Agung PAS Dato' Kamarudin Jaffar
baru-baru ini.
Selain itu terdapat juga imej dalam klip video tersebut mengenai
perjuangan rakyat Indonesia merusuh menentang pentadbiran Presiden
Suharto satu masa lalu untuk mengembalikan demokrasi di Indonesia,
katanya.
Klip video yang berniat jahat dan bebal ini, sekaligus menghina
perjuangan rakyat kedua-dua negara tersebut yang umum mengetahui bahawa
rakyat negara tersebut terpaksa berbuat demikian kerana tekanan yang
dihadapi, katanya.
Dengan menggunakan klip video ini secara menggabungkan tiga kejadian
berasingan dan merujuk kepada niat politik bagi memburuk-burukkkan
pembangkang, RTM dilihat bertindak melampau, katanya.
Berhubung klip imej lelaki membakar bendera jalur gemilang dalam kes
rusuhan di Batu Buruk, Kamarudin berkata gambaran secara keseluruhannya
ialah bermotifkan politik.
RTM dan Kementerian Penerangan sedikit pun tidak menayangkan tindakan
ganas polis terhadap orang awam dan klip video tembakan menggunakan
peluru hidup yang dilepaskan anggota polis ke atas orang awam, katanya. -
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment