Saturday, September 15, 2007

Paku Di Dinding

>> Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
>> kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
>>
>> Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
>> "Untuk
>> apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
>>
>> "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah
kita
> ini,
>> bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
> sahaja,
>> pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
>> tersebut.
>>
>> Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
> jumlah
>> paku yang digunakan juga berkurangan.
>>
>> Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku
>> menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana
>> pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
>>
>> Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
>> Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku
itu
> satu
>> persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
>>
>> Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
paku-paku
>> tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
> bapanya
>> dengan bangganya.
>>
>> Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
> telah
>> melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di
>> tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti
>> sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
> marah,
>> ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh
>> menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
>> kesah
>> berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
>> lukanya
>> masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
>>
>> Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu
ketawa
> dan
>> menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang
pendengar,
>> berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
>>
>> Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan
berlubang/kesalahan
> di
>> dinding hati kawan2 semua.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: