Pensyarah Kanan, UiTM Kedah mazz62@yahoo.com
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim Nai
Long Ahmad bertajuk "Kewujudan Kedah bukan pada 1136
Masihi" yang disiarkan oleh akhbar ini (Utusan
Malaysia) pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk.
Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya
berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan
tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan
menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.
Sebagai penyelidik dari universiti tempatan
maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa
yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada
kebenarannya..
Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar
Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja
Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif
Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini
kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767)
yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai
Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah
salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari
bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal
dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba
menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki
Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai
oleh ketuanya bernama Alaungpaya. Akan tetapi siapa
sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan?
Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci
Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran
dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan
bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis
dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di
Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari
keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu
beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya
bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk
bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita
lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu
yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan
Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika
ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh
rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal
usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat
Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar
ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk
sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh
mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya
bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula
diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam
ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu
zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di
Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada
kita sekitar tahun 2003/04. Diantaranya penggunaan
sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin
emas sebentuk, kain.Sebagai contoh, didalam buku
Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja
Johor,
"Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang
kerajaan itu kuning juga". (ms 34)
"Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada
adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa
Siam Cau Phaya Kersan". (ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan
bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang
menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun
menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat
yang sama, perihal pemerintah Johor, "Maka pada
Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada
segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya
lambat pada adat Siam".
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah
Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana
keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di
Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya
diketuai oleh Putera Waran Wong Ser
(Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai
Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat
Merong Mahawangsa)
Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan
Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin
Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada
cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Apabila
naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser
(bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran
Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin
dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari
keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan
Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok
Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud,
jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah
Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang
Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan
penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud
belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan
pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua
meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah
dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di
Muzium Negeri Kedah. Generasi kedua Kesultanan Negara
Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul
Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi
ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina
Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak
(bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah
Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul
Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda
terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh
291H (903 M). Kesemua mereka adalah
pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah
dahulu).
Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11
Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga
bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda
menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia
Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah,
Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu
tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka
termasuklah Johor dan Kepulauan Riau.
Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja
mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang
Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia
ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh.
Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta
Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang
memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini
lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan
Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab
itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka
sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga
tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam
bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua
Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak
lain dan
tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih
dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda
baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar
Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam
Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik
puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak
untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah
disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun
1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang
Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam
Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda
ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876,
disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga
mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun
1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar
sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk
mengkaji maklumat ini.
Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long
Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya
meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair,
industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll.
Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka
berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu
kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah
sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama
saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita
itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam,
menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti
bijih timah,emas,rempah ratus dll.
Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah
bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia
ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi
mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari
bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya
melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah
sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini
memerintah Ayuthia dulu
selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu!
Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa
lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam
Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan
Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia,
seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang
berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan
membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap
menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan
menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan
rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi 'Korban
Musuh Bisik' dalam
tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah
sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh
belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila
selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini
berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam
ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya
manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa,
Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia
dalam tahun 1767.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5
tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka
membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik
Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk
di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah
Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam
Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina
Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan,
berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana
Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan
lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras
yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di
setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya
patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik
kita pada hari ini. Syukurlah orang Melayu masih tetap
berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i
mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya
difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan
Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk
merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi
ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn
tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu).
Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah,
berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang
tercatat di m.s.15.
Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50
tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata
yang telah hilang itu.
Mazlan Abdul Majid
Pensyarah Kanan
UiTM Kedah
**************************
Utusan Malaysia 13 Feb 2007
Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi?
KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang
menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan
Islam di Nusantara, adalah dirujuk.
Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar
Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu
untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti
sejarah.
Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah
bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan
jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang
Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini
ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi
seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul
Aman.
Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah
berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan
negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam
Kedah Kheang Tesh.
Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut
adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan
diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti
Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya
Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda
bersemayam di Ayuthia (Thailand).
Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau
= Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama
sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa
menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan
iaitu Putera Lelaki Beta.
Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di
Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir
oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai.
Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan
kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736
Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman
Indera, Alor Star.
Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi
dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan
Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di
Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah.
Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak
lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh,
sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan
menempatkan istana di dalam kota tersebut.
Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long
Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar
ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya
Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima
Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar
Muadzam Shah Perak.
Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang
dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan
Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini
bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah
menghantar keturunannya untuk menjadi raja di
Songkhla.
– NAI LONG KASIM IBNI NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment