assaidiyyah@yahoogroups.com, darul-khusus@yahoogroups.com,
islah-net@yahoogroups.com, gerak-usrah@yahoogroups.com,
suaraulama@yahoogroups.com, relexjap@yahoogroups.com,
harakahdaily@yahoogroups.com, xbxl@yahoogroups.com,
sdara82@yahoogroups.com, MISGUSAlumni@yahoogroups.com,
jenaka@yahoogroups.com, cyberdigest@yahoogroups.com,
hidayahnet@yahoogroups.com, ingatan@yahoogroups.com,
malaycafe@yahoogroups.com, maynetwork@yahoogroups.com,
mymasjid@yahoogroups.com, panoramaku@yahoogroups.com,
SahabatInteraktif@yahoogroups.com, Sutera@yahoogroups.com,
umno-reform@yahoogroups.com, Usahawan_Melayu@yahoogroups.com,
cyberkasih@yahoogroups.com, Menganggur@yahoogroups.com,
melayucyber@yahoogroups.com, Watan_Sabah@yahoogroups.com,
parti-keadilan@yahoogroups.com, Minda_UMNO_PAS_keADILan@yahoogroups.com,
Malaysian_Students_Free_Speech@yahoogroups.com,
idealis_mahasiswa@yahoogroups.com
Wakaf Al Irshad , Jaminan Bekalan Akhirat
No Rujukan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan MAINS :
Bil (5) dalam BAIT-NS 10/97 Jld. 3
Pusat Pendidikan Al-Irshad dulu dikenali sebagai
Sekolah Agama Rakyat Al-Irshad adalah sebuah institusi
pendidikan swasta rendah dan menengah yang berdaftar
dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan
Pelajaran Negeri Sembilan beroperasi semenjak tahun
2002 di lokasi yang strategik iaitu persimpangan jalan
utama Seremban-Labu-Nilai-KLIA.
Melalui draf perancangan pembangunan Al-Irshad dengan
izin Allah sebuah kawasan kompleks pendidikan yang
lengkap dengan infrastruktur pembelajaran dan sumber
ekonomi sedang dibangunkan dengan tiga konsep, pertama
sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu. Kedua sebagai
pusat khidmat masyarakat majmuk dan ketiganya sebagai
pusat nadi ekonomi umat Islam.
Objektif Waqaf Al-Irshad
* Menyuburkan amalan waqaf yang sangat dituntut oleh
Islam
* Memberi ruang kepada khalayak Muslim menyertai
ibadah waqaf
* Menyertai rancangan pembangunan dan pembiayaan
Kompleks Pendidikan Al-Irshad yang moden dan selesa
* Mendidik semangat kerjasama khalayak Muslim
berteraskan konsep Ukhuwwah Islamiah dalam aspek
pendidikan dan ekonomi
Penyertaan Waqaf Al-Irshad
Waqaf Al-Irshad berkonsepkan waqaf melalui pembelian
RM 60.00 sekaki persegi lot lantai bangunan Kompleks
Pendidikan Al-Irshad iaitu dengan cara menyumbang
minima RM 10.00 sebulan atau lebih secara berjadual
dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan atau maksima
12 bulan dengan tujuan manfaatnya demi kepentingan dan
kebajikan pendidikan umat Islam apabila terdirinya
kompleks kelak.
Penyertaan boleh menggunakan borang yang disediakan.
Pewaqaf boleh memilih beberapa kaedah berikut :
1. Waqaf 1 lot atau lebih secara tunai RM 60.00
2. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 6 bulan
3. Waqaf minima RM 10.00 dalam tempoh 12 bulan (2
lot)
Sumbangan waqaf melalui (Tunai/Cek/Wang Pos) atau
masukkan ke akaun bank atas nama PUSAT PENDIDIKAN
AL-IRSHAD akaun BIMB : 5058010003417
atau datang terus ke : PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD ,
Batu 10, Jalan Labu – Nilai , 71900 Labu , Seremban ,
Negeri Sembilan.
u/p Ustaz Shaifudin Haji Maulup , Tel/Faks :
06-7913721 / 013-3991359
*************************
"Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebajikan yang
sempurna sehingga kamu menafkahkan harta yang kamu
cintai ke jalan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan
maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui." Surah Al
Imran : ayat 92
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali
tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya" .
Hadith Riwayat Muslim
WAQAF IALAH SATU IBADAH
MENYERAHKAN HARTA YANG KITA MILIKI
UNTUK KEGUNAAN UMUM MASYARAKAT
DENGAN NIAT SEBAGAI IBADAH
MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT
Fadilat Ibadah Waqaf
Waqaf juga dikenali sebagai sedekah jariah, para Ahli
Fiqh berpendapat amalan waqaf adalah satu-satu ibadah
yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan
ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada
pewaqaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut
kekal dan dimanfaatkan.
Amalan waqaf ini juga bukan hanya sebagai satu ibadah
sahaja, malahan merupakan satu sistem yang berpotensi
untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam
melalui konsep PENGUMPULAN HARTA BERSAMA.
############################
RANCANGAN PEMBANGUNAN AL-IRSHAD
Rancangan Pembangunan Al-Irshad tertumpu kepada
pembangunan jasmani, mental dan spiritual generasi
muda Islam yang terzahir melalui akhlak, pemikiran dan
ketaqwaan. Program Pusat Pendidikan Al-Irshad
terbahagi kepada 3 peringkat pendidikan berteraskan
metode pendidikan Islam antaranya :
1. Pendidikan dan Khidmat Peringkat Muda (usia 6 bulan
– 12 tahun)
> Nurseri (Pusat Asuhan Anak-Anak) : 6 bulan – 3 tahun
> Kelas Didikan Kanak-Kanak (TASKI) : 3 – 5 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Kebangsaan : 6 tahun
> Kelas Pra-Sekolah Agama Rakyat : 6 tahun
> Sekolah Agama Rakyat : 7 – 12 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan UPSR & UPKK : 10 – 12
tahun
> Kelas Bimbingan Kemahiran Bahasa : 9 – 12 tahun
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith
> Kursus Motivasi dan Kecemerlangan
> Pembiayaan Kecemerlangan Pendidikan
2. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Remaja (usia
13 – 18 tahun)
> Kelas Hafaz Al Quran dan Hadith : 13 – 18 tahun
> Kelas Bimbingan Peperiksaan PMR dan SPM
> Kelas Seni Beladiri dan Kesihatan
> Kelas Kemahiran Kerjaya Tani, Ternak, Komputer &
Berniaga
> Bimbingan Pemulihan Akhlak dan Ibadah
> Bimbingan Kepimpinan, Ceramah dan Pidato
> Pembiayaan Pendidikan ke IPTA/IPTS dalam & luar
negara
> Perlindungan Anak-Anak Yatim dan Miskin
3. Pendidikan dan Perkhidmatan Peringkat Dewasa
> Pengajian kemahiran asas Al Quran dan hafazan
> Pengajian fardu ain berkitab
> Bimbingan talaqqi kitab dan Al Quran
> Kaunseling keluarga dan anak-anak
> Klinik kesihatan dan perubatan
> Kuliah Maghrib dan Subuh
> Qiyamullail dan Sambutan Syiar Islam
> Seminar, kursus dan program pembangunan insan
> Pemulihan akhlak dan ibadah serta kerjaya
> Perlindungan ibu tunggal, warga emas dan fakir
miskin
"BERSAMA KAMI MEMPERTAHAN DAN MEMBANGUNKAN WARISAN
BANGSA"
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment