Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin
dan
dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya
berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas
solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus
mengajak
saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan
Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang
dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun
menjadi
suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan
kerana
isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada
ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200
sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin
Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan
sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat
pemeriksaan
bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang
dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika
di
nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi
amalan
dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda
yang
kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit
Kad
Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena
sebarang
penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak
pernah
rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan
cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam
(bukan
nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya
sampai
di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia,
Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid
berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi
Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati
dengan
abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang
abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid
sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan
minta
gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru
saya
tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan
dengan
tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah
ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad
Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok
sahaja.
Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun
kereta
baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling
kita.
Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
untuk mencari keberkatan hidup.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment