Saturday, September 15, 2007

Fatwa mengenai MaulidurRasul SAW

http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat
didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran)
Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat
Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri
mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid
itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur
Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu
berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian
semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula
yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan
tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan
perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?

PRAKATA Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya
dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum
keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan
besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan
'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti
Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula
dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara
yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus
perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting
yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana
musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk
menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa
perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang
beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan
ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan
kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa
dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang
beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu
bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah
satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri -
ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa
mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini,
tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi
sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan
ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan
tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan
mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara
sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak
wasangka dan was-was
kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi
satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai
musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah
pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun
dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai
bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana
Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli
Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya
(ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira
dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira
malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira
dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa
kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda
(s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada
tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan
Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang
yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan
yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan
khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang
merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil
dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas
serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan
Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini,
semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan
persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam
agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri
kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang
benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan
3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah
dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah
hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga
dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan
menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul
al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan
di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan
Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang
berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita,
yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan
mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang
mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang
ramai.
Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa
mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta
minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut
hari tersebut.
Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari
Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a. Kewajiban untuk
Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah
telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya
yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah
kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan
hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat
Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w)
untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk
mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai
Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai
kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan
akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat
kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan
berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana
Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai
akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w),
merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara
seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah
bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya
daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain
yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak
sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu
sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu
lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat
bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para
Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam
ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat
sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung
dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu
keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang
itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w).
Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga
baginda
dan para sahabat.
2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari
Kelahiran Baginda Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih
Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau
berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku
dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada
Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari
baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa
malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia
lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah
gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah
menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain
yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat
265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261)
"Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita
kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah
mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w)
untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila
baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda
bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari
tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana
hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku
merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini
kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan
bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith
ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis
didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada
hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah
diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran
baginda dan
memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut
(Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith.
Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan
perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu
daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri
mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan
atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun
mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan
tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu,
berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama
berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan
merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan
kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut
hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)

2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w) KETIGA: Untuk
menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah
telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam
al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka
bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur
diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain
Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan
kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia,
kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim
sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan
tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya
menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.
2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah KEEMPAT: Nabi (s.a.w),
biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila
tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para
sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun
peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai
perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di
Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda
pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata,
pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa
dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut."
Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan
hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada
kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari
sebelumnya.
2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi" KELIMA:
Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita
tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang
merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai
orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam
keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi
(s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat
dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang
telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta
cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya,
tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak
(ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat
al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam
satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk
menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan
secara bersendirian.
2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir KEENAM: Apabila
seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan
menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang
itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih
Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan
dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan
hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya,
Nabi Muhammad (s.a.w).

Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir
pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms
124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal
al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis
didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir
yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur
tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa
kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan
pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan
kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi
ganjarannya - penterjemah]
2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik
KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan
baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan
baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang
baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini
sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi
selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan
kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali
baginda dengan lebih mendalam lagi.
Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk
memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila
ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih
bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk
mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan
kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu
rahmat buat kita semua.
2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda
KELAPAN: Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal
dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda
rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai
dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para
sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam
Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat
menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat
Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah
(s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa
saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi
(s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris
pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat
terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin
[ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5
dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu
Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada
meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair
mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat
para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda
berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al -
Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang
memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi
kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita
bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya
juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru
kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.
2-9 Menyanyi dan Membaca Syair Telah diketahui, menurut riwayat
'A'isha bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang
dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu
Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari
cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab
Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin
untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan
untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan
membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan
Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah
kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah
membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa
baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau.
Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar
Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy
spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi
juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau
membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah
meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan
baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian
yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh.
Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda
(s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi
(s.a.w):
Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya
seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti
daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal
didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku
mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku
kearah itu.
2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran Seperti yang ditulis oleh Ibnu
Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w)
agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa
al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu
dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah
beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada beliau
kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda,"
Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi
bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling)
diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah
jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan
membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang
engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran
dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran
bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar,
"Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita
menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun
harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana
ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang
merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan
tadi.
2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik
Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam
kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang
wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan
peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah
bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan
selamat, aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda,"
Tunaikanlah nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud,
Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang
merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk
memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk
meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya
dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun
menyia-nyiakan waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi
dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya
diterma dan dibenarkan.

2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet
Emphasized the Birthday of Prophets]

KESEMBILAN: Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan
dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga
membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu
merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat
dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari
itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa
kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi
Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,
"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi
dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan
air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il
al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith
yang hasan lagi sahih.
2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin Imam
Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari:
"Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik
yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; didalam
topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan
mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi
(s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari
apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari
Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya
Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi
(s.a.w)."
Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar
kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti
hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari
tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang
keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata
mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang
menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w)
untuk mendapatkan barakah?"
2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami
didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan
Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat
di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda
(s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila
Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah
bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."

2-15 Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

KESEPULUH: Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang
diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun
sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut.
Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang
diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang
dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai
Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat
Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan
memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara
Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah
Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar
Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk
menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w)
dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah
dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun
ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa
tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu
tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab
al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara
Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan
(ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai
sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu
kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan
setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah
daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan
Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah
dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul
Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan),
ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang
sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun
sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah,
melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang
diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan
untuk menziarahinya."

Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau
telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa
pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi,
pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu
Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i
(Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin
al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi
[s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.

Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang
melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3
ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan
kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra
didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al
- Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif
al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt
Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib
keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan
sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan
fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin
zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para
muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai
untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca
tahlil (LA ILAHA ILLALLAH).
Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan
lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni
rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai
pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya
ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan
karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan.
Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab
Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri.
Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang
dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf
dikawasan Maqam Ibrahim.

Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan
bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang
bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas
solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga
dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh
al-Khamis.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman
Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam
meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut
termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait,
Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk
menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia,
Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India,
Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia,
Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang
lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti
umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut.
Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang
mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan
para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani,
Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka
semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu
perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka
Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara
ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu
Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab
Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's
Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya
boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King
Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat
beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca
al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat
mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah
kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah
perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji
hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan
merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca
al-Quran dan berdzikir serta berdoa."

8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar
al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang
Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah
kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab
ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini.
(disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan
menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis,"
Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam
yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum
Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar
dan malam yang tidak ternilai."


8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul
['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li
al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar
('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul
(s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang
tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama
selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan
perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh
perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul
itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya
tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut
terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak
tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah
ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan
Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum
Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda
(s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa
kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah
ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara
ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia
telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya
bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui
berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran ……
JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL
YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA
DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA
KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA
YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA
MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK
MENGAPA.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: