http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2007/02/satu-renungan-yang-baik-dari-ustaz-one.html#links
Wednesday, February 28, 2007
Satu renungan yang baik dari ustaz One-G buat semua
sahabat.
KECELARUAN MUQALLID YANG MAHU JADI MUJTAHID
Seharian suntuk aku membaca buku karangan Dr Said
Ramadhan Al-Buti yang bertajuk "Alla Mazhabiyyah
Akhtar Bidaah tuhaddid As-Syariah Al-islamiyyah".
Dalam seharian suntuk itu jugalah, aku dapat
menyempurnakan pembacaan dari buku tersebut.
Alhamdulillah, maha suci Allah, betapa tingginya ilmu
seorang ulama dari syiria ini dalam mengemukakan
hujjah dalam menyatakan kepentingan memahami ilmu usul
fiqh bagi mengemukakan sesuatu ulasan agama.
Membaca semua kandungan isi buku tersebut, tergambar
diri ini terlalu kerdil di dalam dunia keilmuan islam,
masakan pula diri ini merasa lebih alim dari
ulama-ulama mazhab.
Dr Said Ramadhan ada menjelaskan didalam buku tersebut
tentang satu munazarah ilmiyyah yang berlaku antara
beliau dengan seorang ulama yang di kenali ramai;
bernama As-Syaikh Nasisruddin Albani, yang telah
berjumpa dengan beliau di rumah beliau sendiri bagi
mengemukakan bantahan ilmiyyah terhadap tulisan beliau
berkenaan dengan kepentingan bermazhab.
Tetapi yang amat mengecewakan lagi, setelah kecundang
dalam munazarah ilmiyyah yang berlaku selama 3 jam
bersama Dr Said Ramadhan , As-Syaikh Albani telah
mengambil sikap yang "tidak berakhlak" dengan
mengarang sebuah kitab yang bertajuk "Taassub Mazhab"
bersama dua orang ulama yang sealiran dengan beliau,
iaitu As-Syaikh Mahmood Mahdi Al-Istambuli dan
As-Syaikh Khairuddin Al-Walini dengan mengadakan
beberapa jenayah ilmiyyah terhadap As-Syaikh Dr Said
Ramadhan Al-Buti.[1]
Yang amat mengejutkan lagi, di dalam buku "alla
Mazhabiyyah" itu juga, Dr Said Ramadhan Albuti telah
menukilkan kata-kata As-Syakh Albani didalam catatan
dari kitab "Mukhatasar Sahih Muslim, karangan Imam
Al-Munzir RA.
Didalam catatan tersebut, As-Syaikh Albani Ra
menyatakan;
åÐÇ ÕÑíÍ Ýì Ãä ÚíÓì Úáíå ÇáÓáÇã íÍßã ÈÔÑÚäÇ æ íÞÖì
ÈÇáßÊÇÈ æ ÇáÓäÉ , áÇ ÈÛíÑåÇ ãä ÇáÅäÌíá Ãæ ÇáÝÞå ÇáÍäÝì
æ äÍæå
Maksudnya;"ini adalah jelas bahawa nabi Isa AS akan
berhukum dengan syariat kita, iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah, tidak dengan yang lainnya, samada dari
kitab injil atau fiqh mazhab Hanafi dan seumpama
dengannya[2]"
Dengan kata-kata As-Syaikh Albani sebegini,
seakan-akan As-Syaik Albani telah mempelekeh keilmuan
Imam Abu Hanifah dengan menyamakan antara Injil dan
Fiqh Hanafi yang dianggap seperti tidak termasuk dari
kandungan Al-Quran dan As-Sunnah.
IJTIHAD ADALAH KEPERLUAN, TAQLID ADALAH KEISTIMEWAAN
Dunia kini sudah ditimpa zaman kekurangan ulama yang
berkelayakan didalam berijtihad. Walaubagaimanapun,
berijtihad merupakan sesuatu keperluan didalam
menjalani kehidupan beragama di dunia ini.
Berijtihad itu adalah sesuatu kemestian, ini kerana
antara sebab berlakunya ijtihad adalah "kehidupan
dunia ini sentiasa berubah masa demi masa dan keadaan
sesuatu tempat tidak menyamai dengan keadaan sesuatu
tempat yang lain".
Dr Wahbah Az-Zuhaili pernah menyatakan didalam kitab
"Usul Fiqh Al-Islami" bahawa berijtihad adalah sesuatu
kefarduan secara kifayah. Tidak harus berlaku
kekosongan ijtihad pada setiap zaman[3].
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan didalam karangannya
"Fatawa Ma'asarah" bahawa berlakunya ijtihad itu
adalah kerana sebab-sebab seperti berikut;
1. Pada perkara yang tiada nas.
2. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai beberapa
tafsiran.
3. Mempunyai "muaridh" atau pertentangan yang sama
denganya atau lebih kuat darinya.[4]
Maka dengan demikian, melihat kepada sebab yang
pertama, memahamkan kepada kita betapa ijtihad itu
merupakan sesuatu keperluan didalam kehidupan
kini.Adapun taqlid, ianya merupakan satu keistimewaan
yang Allah berikan kepada manusia.
Ianya diasaskan kepada firman Allah;
ÝóÇÓúÃóáõæÇ Ãóåúáó ÇáÐøößúÑö Åöäú ßõäúÊõãú áóÇ
ÊóÚúáóãõæäó
Maksudnya;"maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
(surah An-Nahl : 43)
Bertaqlid bermaksud, mengambil perkataan orang lain
tanpa mengetahui dalilnya[5].
Seseorang yang tidak mempunyai kelayakan berijtihad,
dilarang bagi dirinya berijtihad, ini kerana, mana
mungkin seseorang yang tidak mempunyai kelayakan dalam
bidang pembedahan itu melakukan pembedahan terhadap
pesakit.
Sekalipun pembedahan yang dilakukan itu ditakdirkan
tidak memberi mudharat kepada pesakit, tetapi tindakan
membedah tersebut tetap dikira sebagai tindakan yang
berbahaya kepada pesakit.Maka begitujugalah yang
berlaku kepada seorang yang tidak berkeahlian untuk
berijtihad, yang telah melakukan ijtihad.
SYARAT-SYARAT MUJTAHID
Seorang yang ingin berijtihad, diwajibkan kepadanya
memenuhi syarat-syarat bagi melayakan dirinya untuk
berijtihad.Berijtihad tidak memadai dengan mempelajari
Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata.
Juga, tidak memadai dengan mendakwa diri seorang
muhaddis dan sebagainya. Tetapi syarat-syarat yang
perlu di tunaikan adalah sangat rumit. Dr Wahbah
Az-Zuhaili telah menyenaraikan syarat-syarat yang
perlu di penuhi bagi melayakkan seseorang itu menjadi
mujtahid adalah seperti berikut[6];
a. mengetahui makna-makna ayat Al-Quran, samada dari
sudut bahasanya dan syaraknya.
b. Mengetahui hadis-hadis hukum.
c. Mengetahui nasikh dan mansukh didalam Al-Quran dan
Hadis Nabi SAW.
d. Mengetahui semua perkara yang telah diijmakkan oleh
Ulama.
e. Mengetahui kaedah-kaedah qias dengan betul.
f. Mengetahui bahasa Arab dari semua sudut, iaitu dari
nahu, sorof, balaghah, majaz, hakiki dan sebagainya.
g. Mengetahui kaedah-kaedah didalam ilmu usul fiqh.h.
Memahami maqasid As-Syariah didalam mengistinbatkan
hukum.
MUQALLID YANG MAHU JADI MUJTAHID
Memahami secara syarat-syarat ijtihad yang tersebut di
atas, memahami bahawa menjadi seorang mujtahid
bukanlah sesuatu yang senang, tetapi ianya memerlukan
ketinggian ilmu yang melayakkannya berijtihad.
Walaupun begitu, sesetengah manusia di zaman ini sudah
berasa diri mereka berkebolehan didalam berijtihad,
sedangkan kebolehan mereka hanya mampu menguasai
sesuatu ilmu sahaja.
Ekoran dari itu, mereka menimbulkan satu "fahaman
baru" bahawa, tidak wajib, bahkan haram kepada manusia
kini bermazhabkan kepada mazhab-mazhab yang tidak
ma'sum, seperti bermazhab As-Syafii, Hanafi, Maliki,
Hanbali dan sebagainya, tetapi di wajibkan semua
manusia bermazhabkan yang ma'sum, iaitu mazhab
Rasulullah SAW.
Kenyataan sebegini merupakan satu dakwaan yang pelik,
ini kerana, jika mereka mahu mengajak manusia kepada
bermazhabkan Rasulullah SAW, bermakna mereka mahu
mengiktiraf bahawa semua manusia itu adalah mujtahid,
sedangkan perkara ini menyalahi firman Allah;
ÝóÇÓúÃóáõæÇ Ãóåúáó ÇáÐøößúÑö Åöäú ßõäúÊõãú áóÇ
ÊóÚúáóãõæäó
Maksudnya;"maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
(surah An-Nahl : 43)
Didalam ayat ini, Allah SWT menyuruh manusia itu
bertanya kepada orang yang berkepakaran sekiranya
mereka tidak mengetahui, maka dengan demikian,
menandakan disana ada orang yang tidak berkepakaran
yang digelar juga sebagai orang awam yang wajib kepada
dirinya bertaqlid.
Dr Said Ramadhan Al-Buti ada menceritakan logic
disebalik kewajipan bertaqlid kepada mujtahid semasa
berdebat dengan As-Syaikh Albani RA. Antara isi dialog
tersebut adalah seperti berikut[7];
Dr Said Ramadhan Al-Buti (DSRB) : seorang lelaki yang
baru memeluk Islam; mahu menunaikan solat tetapi
kebingungan bagi menentukan arah kiblat. Lalu dia
membaca firman Allah;
Þõáú áöáøóåö ÇáúãóÔúÑöÞõ æóÇáúãóÛúÑöÈõ
Maksudnya;"katakahlah, Kepunyaan Allah timur dan
Barat"
(surah Al-Baqarah : 142)
Lelaki tersebut beranggapan bahawa setiap orang yang
hendak menunaikan solat boleh mengadap ke arah mana
sahaja, sepertimana di nyatakan dalam
Al-Quran.Kemudian dia mendengar bahawa keempat-empat
mazhab telah sepakat bahawa ia harus mengadap Kaabah,
dan dia juga mengetahui dalil dalam masalah tersebut,
tetapi dia belum melihat sahaja.
Apabila dia hendak menunaikan solat, apakah cukup dia
menunaikan solat mengikut panggilan hatinya
berdasarkan kepada ayat yang dibacanya atau bertaqlid
dengan Imam-imam Mazhab?
As-Syaikh Albani (SA) : memadai dengan mengikut
panggilan hatinya.
(DRSB) : meskipun dia solat kearah yang tidak mengadap
ke Kaabah sekalipun ? Apakah solatnya di anggap sah?
(SA) : Ya, kerana ia di wajibkan mengikut panggilan
hatinya.
(DRSB) : Andaikata panggilan hati lelaki tersebut
mengatakan bahawa tidak mengapa melakukan zina, minum
arak, mencuri dan sebagainya. Apakah Allah akan
memberi syafaat kepadanya disebabkan panggilan
hatinya?
(SA) : Senyap sebentar. Kemudia berkata : sebenarnya
contoh-contoh yang awak tujukan kepada saya adalah
khayalan belaka dan tidak ada bukti.
(DRSB) : bukan khayalan atau dugaan semata-mata,
bahkan sering berlaku, bahkan yang lebih pelik lagi.
Bagaimana tidak ! seorang pemuda yang tidak memahami
apa-apa tentang Islam, Al-Kitab dan As-Sunnah,
kemudian membaca sepotong ayat Al-Quran yang ia fahami
menurut andaiannya, kemudian berpendapat bahawa dia
boleh solat ke arah mana sahaja yang dia mahu,
sedangkan ulama-ulama mujtahid telah sepakat
menyatakan bahawa di wajibkan solat mengadap ke arab
Kiblat (Kaabah).
Dalam keadaan ini, awak menyatakan solatnya adalah
sah, semata-mata beralasan dengan panggilan hatinya.
Pendirian awak ini sebenarnya bercanggah dengan
prinsip awak bahawa manusia itu terbahagi kepada tiga
kelompok, iaitu Mujtahid, Muqallid dan
Muttabi'.Setelah
(DRSB) menyatakan demikian, As-Syakh Albani RA
menyatakan;
(SA) : sepatutnya lelaki tersebut harus meneliti dan
membahaskan. Apakah dia tidak membaca hadis atau ayat
yang lain?
(DRSB) : ia tidak mencukupi bahan (syarat) untuk
membahas sebagaimana keadaan awak ketika membahaskan
masalah talak. Ia tidak sempat membaca ayat-ayat lain
yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di
atas. Dalam hal ini, apakah ia tetap harus mengikuti
bisikan hatinya dengan cara meninggalkan ijmak para
ulama?
(SA) : memang dia harus berbuat demikian, kalau dia
tidak mampu membahas dan menganailisa, baginya cukup
berpegang pada hasil fikirannya sendiri dan tidak
tidak salah.
(DRSB) : ucapan awak ini sangat berbahaya dan
memelikan. Ucapan ini kami akan siarkan dalam tulisan
….
(SA) : silakan siar pendapat saya, saya sememangnya
tidak takut.
(DRSB) : apakah awak tidak takut kepada Allah SWT.
Sesungguhnya ucapan awak tadi menandakan awak telah
membuang firman Allah;
ÝóÇÓúÃóáõæÇ Ãóåúáó ÇáÐøößúÑö Åöäú ßõäúÊõãú áóÇ
ÊóÚúáóãõæäó
Maksudnya;"maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
(surah An-Nahl : 43)
Setelah itu, As-Syaikh Albani menyatakan;
(SA) : wahai saudara
(DRSB), sesungguhnya para imam bukanlah yang ma'sum.
Adapun ayat yang dia pegang merupakan firman Allah
yang terpelihara dari kesalahan. Bagaimana mungkin ia
harus meninggalkan yang ma'sum dan berpegang pada
orang yang tidak ma'sum?
(DSRB) : yang terpelihara dari kesalahan adalah makna
hakiki yang dikehendaki oleh Allah dengan firman-Nya;
Þõáú áöáøóåö ÇáúãóÔúÑöÞõ æóÇáúãóÛúÑöÈõ
Maksudnya;"katakahlah, Kepunyaan Allah timur dan
Barat"
(surah Al-Baqarah : 142)
Akan tetapi, faham lelaki tersebut adalah jauh sama
sekali dari pendidikan Islam yang sememangnya tidak
ma'sum. Maka dengan demikian, masalahnya adalah
bandingan antara dua faham, iaitu faham atau pemikiran
dari seorang yang jahil dan faham atau pemikiran dari
seorang imam mujtahid, yang kedua-duanya tidak ma'sum.
Hanya beza kedua-duanya adalah, satunya jahil dan satu
lagi mempunyai keilmuan.Lalu As-Syaikh Albani
menjawab;
(SA) : sesungguhnya Allah tidak membebani dia melebihi
kemampuan.
(DSRB) : Tolong jawab persoalan ini. Seorang yang
mempunyai anak kecil yang sedang sakit demam panas.
Menurut semua dokter di daerah tersebut bahawa anak
kecilnya itu perlu di beri ubat khusus dan mereka
melarang dari memberi ubat antibiotic.
Mereka pun telah memberitahu kepada bapa tersebut,
tetapi tidak di edahkan olehnya.Lalu, bapa tersebut
telah membaca satu tulisan yang menyatakan bahawa ubat
antibiotic boleh mengubat sakit demam panas.
Tanpa mengendahkan nasihat para doctor, diberinya juga
kepada anak kecilnya itu dengan ubat antibiotic,
sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mati.Dengan
tindakan si bapa tadi, adakah bapa tadi dikira sebagai
berdosa?
(SA) : diam sekejap, lalu berkata : saya kira, masalah
ini bersalahan dengan masalah yang kita sedang
bincangkan.
(DSRB) : sebenarnya masalah ini serupakan dengan
masalah yang kita bincangkan. Cuba perhatikan! Bapa
tersebut sudah mendengar kesepakatan para doctor,
sebagaimana lelaki tadi telah mendengar kesepakatan
mujtahid. Akan tetapi, si bapa tersebut berpegang pada
satu tulisan dari buku kesihatan, sebagaimana lelaki
tersebut melakukan amalan mengikut panggilan hatinya.
(SA) : saudara ! Al-Quran adalah cahaya. Cahaya
Al-Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.
(DSRB) : apakah maksud pembaca Al-Quran itu memahami
maksud Al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Allah?
kalau begitu, apakah beza antara ahli ilmu dan bukan
ahl ilmu yang membaca Al-Quran?
Dua contoh di atas adalah sama. Awak perlu menjawab,
apakah kedua-duanya harus menerima begitu sahaja
panggilan hatinya atau harus mengikuti atau taqlid
kepada ahl ilmu?
(SA) panggilan hati adalah yang paling pokok.
(DSRB) : si bapa tadi telah melakukan mengikut
panggilan hatinya sehingga mengakibatkan anaknya mati.
Apakah ada tanggungjawab bagi si bapa dari segi
syariat atau hukum?
(SA) tidak ada apa-apa tuntutan daripadanya.
(DSRB) : dengan jawapan awak seperti ini, saya kira
dialog dan diskusi ini kita cukupkan sampai disini
sahaja. Sudah jelas antara dua jalan antara pendapat
awak dan saya.
Dengan jawapan awak yang menghairankan itu, cukuplah
kiranya untuk awak telah terkeluar dari kesepakatan
kaum muslimin.Cuba awak renungkan, seorang muslim yang
jahil hanya mengandaikan panggilan hatinya dalam
memahami apa yang ia ketemui didalam Al-Quran.
Lalu dia mengerjakan solat mengadap kea rah selain
kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya
dianggap sah. Kemudian orang biasa dengan panggilan
jiwanya, ia mengubat anaknya yang sakit mengikut
kehendaknya, sehinggakan anaknya sendiri mati, lalu
dengan perbuatannya itu, dia terselamat dari apa-apa
tuntutan dari segi syarak.
KESIMPULAN
Dari debat ilmiyyah ini, kita dapat melihat bagaimana
fanatic kepada pendapat sendiri yang ada pada diri
As-Syaikh Albani yang sehinggakan dia sendiri telah
mengambil sikap tidak mahu menerima "kebenaran hujjah"
dari Dr Said Ramadhan Al-Buti, yang kadangkala
menyebabkan timbul dakwaannya yang boleh memberi
bahaya kepada kefahaman Islam yang sebenar.
Jika ada dikalangan kita mengambil sikap
mengremeh-remehkan ulama-ulama mazhab, cadangan dari
penulis, bacalah buku "alla Mazhabiyyah" karangan Dr
Said Ramadhan Al-Buti.
Maka dengan demikian, buka hati, buka minta dan
cermin-cerminlah diri kita,. siapakah kita jika mahu
dibandingkan ilmu-ilmu kita dengan ilmu-ilmu
ulama-ulama yang telah berjasa untuk memartabatkan
agama islam ini.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment