Friday, September 14, 2007

Kita sebenarnya...... lebih gembira menyambut 1 Januari daripada

1Muharram

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada

12Rabiulawal

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada

hari Jumaat

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu hindustan daripada

mendengar Azan

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada

sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada
nama
nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada

'Assalamualaikum'

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll

daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......lebih suka memuja manusia daripada memuja Tuhan

kita sendiri

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada

buku-buku agama

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke
ceramah
agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada
memuji
mereka

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut

'MasyaAllah'

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat
kebaikkan


Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada

bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab

bahawa...


KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: