> baginda: ' Wahai Rsulullah tolong huraikan kepadaku megenia firman Allh
> SWT':
>>
>> ertinya:
>> 'Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbari-baris. "
>> (Surah al-Naba')
>>
>> Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air
> mata. Lalu menjawab: "wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada ku
> perkara
> yang amat besar, bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka
> sendiri..." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
>>
>> Barisan Pertama
>> Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka
> dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
'Mereka
> itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya.
Maka
> demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."
>>
>> Barisan Kedua
>> Diringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suaradari sisi Allah
> Yang MAha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
> meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka
> adalah neraka...."
>>
>> Barisan Ketiga
>> Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan
> kalajengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka
> inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Keempat
>> Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar
dari
> mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.
> Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Kelima
>> Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allh
>> SWT
> menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di
Padang
> Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka
> takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah
> SWT.
> Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Keenam
>> Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
> 'Meraka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya
dan
> tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Ketujuh
>> Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir
>> nanah
> dan darah. "Merka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
> kebenaran. Maka inilah balasnya dan tempat kembali mereka adalah
> neraka..."
>>
>> Barisan Kelapan
>> Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan
>> kaki
> ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasnya
dan
> tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Kesembilan
>> Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
>> di
> dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang
makan
> harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah
balsannya
> dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Kesepuluh
>> Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan
penyakit
> sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa. Maka
> inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Kesebelas
>> Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka
> memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke
dada
> dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar
> beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang minum arak. maka inilah
> balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
>>
>> Barisan Kedua Belas
>> Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana
>> bulan purnama. Mereka melalui tittian sirat seperti kilat. Maka datang
> suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:> 'Mereka adalah
> orang
> yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara
> solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka
inilah
> balasannya, dan tempat kembali nereka adalah syurga, mendapat keampunan,
> kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
>>
>>
>> Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap
>> dirimu
> sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah
> engakau betapa peritnya berpisah denganNya...
>>
>> Wallahu a'lam
>>
>> Bersabda Rasulullah s.a.w, ertinya:
>>
>> "Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat"
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment