> >
> > Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari,
> > seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
> > masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
> > menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
> > Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
> > dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
> > tersebut sangat menjolok mata.
> >
> > Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala
> > yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
> > pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu
> > dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada
> > seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai
> > pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
> > baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
> > agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
> > berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
> > pandangan liar kaum lelaki...."
> > nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat
> > bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
> > gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu
> > hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
> > syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
> > menentukan aku bakal berada
> > di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan
> > kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
> > itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup
> > setakat itu, si gadis lantas cubamemberikan telefon
> > bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan
> > kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku
> > ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
> > sebuah bilik di neraka
> > jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
> > berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
> > sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
> > biadab.
> >
> > Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
> > dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
> > sama dengan perilakunya yang buruk.
> > Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
> > menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di
> > dalam bas tidak menghiraukan gadis
> > yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum
> > hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
> > keranakhuatir dia akan akan menghina agama dengan
> > lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun
> > tiba perhentian.
> >
> > Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
> > tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
> > termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
> > tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba
> > orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik
> > kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu
> > telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang
> > tidak disangka. Parapenumpang menjadi cemas dengan
> > berita yang menggemparkan itu.
> >
> > Dalam suasanakelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
> > itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
> > berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
> > sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
> > menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
> > Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua
> > tiga orang yang cubamengangkat mayat tersebut juga
> > kehairanan keranatangan mereka terasa panas dan
> > hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
> >
> > Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
> > menguruskan mayat itu.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment