Saturday, September 15, 2007

Tanah Sekolah Agama di Selangor DiSeleweng ?

ADUAN PILIHAN MINGGU INI...TANAH SEKOLAH AGAMA
DIKOMERSIALKAN (Dari Laman Web Persatuan Pengguna
Islam Malaysia)

Tujuan saya membuat aduan ini adalah kerana tanah lot
PT 4 ( Lot 55232 & 55233 ) seluas 2 ekar di USJ 17,
Mukim Damansara Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan
telah disalahguna untuk tujuan komersial walaupun
mengikut perancangan awal, tanah tersebut sepatutnya
digunakan untuk membina sekolah agama, tetapi entah
kenapa tiba-tiba tanah tersebut telah diiklankan untuk
membina kawasan perumahan.

Pelan pembangunan tanah untuk dimajukan sebagai
sekolah agama yang diamanahkan kepada Majlis Amanah
Islam Selangor sebagai pemegang amanah telah bertukar
sebagai cadangan pembangunan rumah berkembar 2
tingkat.

Persoalannya di manakah tanggungjawab MAIS sebagai
pemegang amanah dan bagaimana pelan pembangunan ini
diluluskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan
begitu mudah.

Bagaimana perkara seperti ini terjadi di bumi Malaysia
dan Islam sebagai agama rasmi. Saya berasa sedih, muak
dan jelik dengan kerakusan mereka yang menggadai
maruah serta agama untuk memenuhi kantung poket
sendiri.

Kalau tiada badan yang memperjuangkan perkara seperti
ini bagaimanakah nasib anak bangsa kita dan maruah
Islam di negara yang melaungkan Islam Hadhari. Saya
amat berharap PPIM dapat membantu mengutarakan isu ini
bagi membela maruah umat Islam yang semakin terhakis
akibat ketamakan dunia oleh anak bangsa kita sendiri
yang termakan sogokan mereka yang ingin menjatuhkan
maruah ummah.

-Penduduk USJ 17-

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.340


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: