Friday, September 14, 2007

Isu Besar (?)

Tiga isu besar:

[1] Kecelaruan dan kedangkalan ilmu (confusion and lack of thinking
capacity).

Sistem pembelajaran lebih menekankan aspek "rote-learning" (learning by
repeating, not by understanding the meaning) dan peperiksaan. Hasilnya
ialah generasi belia yang tahu melakukan sesuatu berdasarkan apa yang
dipelajari sahaja, dan tidak berupaya serta berani mencebur diri di
dalam aspek yang memerlukan kreativiti.

Sekiranya tidak dapat dirubah system pendidikan negara, barangkali perlu
diadakan sama ada di peringkat kerajaan atau NGO satu "sistem"
pendidikan alternatif sebagai "pelengkap" kepada sistem pendidikan sedia
ada untuk membina daya kreativiti khususnya daya pemikiran belia.

Corak pendidikan secara "rote-learning" menyebabkan belia tidak dapat
berhadapan dengan perbahasan isu-isu kontemporari seperti isu murtad,
isu kedudukan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan, serta isu-isu
sensitif lain kerana ini memerlukan daya pemikiran kreatif yang tinggi.
"Awlawiyyat" belia juga bercelaru kerana tiada pengetahuan lain selain
dari apa yang dipelajari di sekolah dan universiti/kolej. Sudah tiada
lagi "common sense" dalam menangani mana-mana isu atau suasana.

"Rote-learning" juga menyebabkan belia lebih "risk-averse" dalam
menghadapi risiko kehidupan. Hasilnya usaha pembinaan keusahawanan
kurang berjaya kerana belia tidak sanggup dan mampu untuk menangani
risiko.


[2] Masalah pembinaan jati diri (character-building)

Pimpinan kita lebih suka membina prasarana dan kemudahan, berbanding
dengan pembinaan model dan modul program pembinaan jati diri. Walaupun
usaha "character-building" boleh diprogramkan seperti PLKN, tetapi ia
perlu diwujudkan ketika di peringkat sekolah rendah, menengah dan
universiti/kolej. Belia perlu diajak berpersatuan sejak kecil.

[3] Penyertaan Belia dalam Proses Pembangunan (RMK-9)

RMK-9 memperuntukkan RM 5.5 billion untuk program pembinaan belia untuk
tempoh 2006-2010. Ini merupakan peruntukan secara langsung (direct).

Tetapi yang sama penting ialah tahap penyertaan belia (di bawah 40
tahun) dalam proses pembangunan negara secara lebih terperinci. Apakah
perlu bagi aspek-aspek tertentu diserahkan kepada belia untuk diuruskan?
Apakah wajar agar wakil belia dimasukkan ke dalam Dewan Negara?
Barangkali perlu diwujudkan satu kajian menyeluruh tentang pembangunan
belia dan hasil kajian tersebut dikemukakan kepada umum untuk
dibahaskan? "Benchmarking" juga perlu untuk melihat negara-negara yang
telah berjaya mengatasi beberapa isu penting yang turut dihadapi oleh
negara kita.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: