Wed | Sep 05, 07 | 12:28:43 PM
*KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) -* Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)
tersenarai sebagai wakil rakyat yang paling kerap ke luar negara dilihat
ramai pihak lebih mementingkan tugas luar negara yang lebih berprestij
berbanding daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan
pembelaan mereka ini.
Walaupun ianya tugas rasmi namun disifatkan sebilangan rakyat lebih
menyeronokan kerana boleh melancong secara percuma, di samping menikmati
pelbagai elaun yang dibayar menggunakan wang rakyat jelata.
Laporan kekerapan ke luar negara ini berdasarkan jawapan lisan Perdana
Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, yang menjawab soalan
YB Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah, Perak) bertanyakan Ahli Parlimen mana
yang
kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak
kerajaan.
Dr Rozaidah Talib (BN-Ampang) dilihat sebagai ahli parlimen BN yang paling
kerap keluar negara untuk tugas rasmi sebanyak 11 kali selama tiga tahun
dan
jumlah elauan perjalanannya mencecah RM141,391.66 seperti yang dilaporkan
sebuah akhbar.
Selain itu antara 10 tersenarai ahli parlimen BN kerapa ke luar negara
ialah
Dr Junaidy Abdul Wahab (BN-Batu Pahat) sebanyak lapan kali dan elaun
perjalanannya ialah RM60,812.27, Dato' Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat)
(8
kali - RM69,440.72), Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail
(BN-Arau) (6 kali - RM38,659.28) dan Dato'Dr Raman Ismail (BN-Gombak) (5
kali - RM116,834.26).
Manakala Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut), (4 kali -
RM100,955), Dato' Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) (3 kali- RM9,597.50) and
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) (3 kali- RM33,686.80), Dato' Dr Wan
Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) (2 kali - RM14,312) dan Razali
Ibrahim
(BN-Muar) (2 kaliRM17,395.75). - mr
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment