Friday, September 14, 2007

Khabar angin melalui SMS provokasi takutkan pengundi Cina

*Saidah Hairan*
Thu | Sep 06, 07 | 03:30:00 PM

*KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh)* - Penyebaran khabar angin berunsur perkauman
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) lebih pada provokasi untuk
menakut-nakutkan orang ramai khususnya pengundi Cina, dakwa AJK PAS Pusat,
Mazlan Aliman.

Isu penyebaran SMS itu berpunca daripada kes kononnya seorang wanita
Melayu
di rogol secara bergilir-gilir oleh enam pemuda India di Pasir Gudang,
Johor.

Mazlan berkata memandangkan sokongan orang Cina terhadap Perdana Menteri
telah menurun maka isu penyebaran SMS itu seolah-olah sengaja
diperbesar-besarkan.

Beliau mendakwa pihak yang menyebarkan SMS itu cuba mengulangi provokasi
pada pilihan raya tahun 1990, dua hari sebelum mengundi iaitu tentang isu
tengkolok.

Katanya, penganalisis politik mengatakan bahawa Angkatan Perpaduan Ummah
(APU) ketika itu ada peluang untuk mengalahkan BN kerana pengundi Cina
bersedia mengundi PAS dan parti lain dalam pembangkang.

"Saya lihat tidak relevan isu di Johor dihebohkan ke seluruh negara
sehingga
PM membuat kenyataan yang begitu keras dan tindakan pihak polis menahan
mereka yang terlibat di bawah ISA," katanya.

Menurut beliau, pihaknya sangat kesal dengan tindakan penyebar SMS
seolah-olah mereka lebih tahu apa yang berlaku di Pasir Gudang kononnya
berlaku pergaduhan orang Melayu dengan India.

Sedangkan kata beliau, isu itu tidak ada kena mengena dengan masalah kaum
tetapi telah disebarkan bukan sahaja di negeri Johor bahkan di seluruh
negara sehingga menimbulkan suasana yang menakutkan rakyat.

"Kita bersetuju dengan tindakan pihak polis yang menangkap penyebar SMS
tetapi pada masa yang sama kita tidak bersetuju mereka yang ditangkap itu
dikenakan hukuman di bawah ISA," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak terlibat sama sekali dengan penyebaran
SMS
itu dan memberi amaran terutama di Johor jangan sekali kali menyebar SMS
dan
melayan SMS tersebut. – lanh

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: