Friday, September 14, 2007

*Saidah Hairan*
Fri | Sep 07, 07 |

Ketika sampai di Rusila jam 9 pagi 1 September lalu, penulis terpegun
seketika, tidak terfikir rakyat Terengganu masih memerlukan khidmat bakti
pimpinan PAS.

Jalan raya sepanjang 200 meter kiri dan kanan sesak. Jenuh mencari tempat
letak kereta setelah pusing dua kali. Penulis terpaksa menyebut nama
`wartawan Harakah' bagi mendapat laluan meletak kereta.

Penulis berjalan lebih kurang 100 meter menuju ke program Ijtimak Pilihan
Raya PAS Terengganu di Masjid Rusila.

Terkejut sekali lagi dalam dan luar masjid penuh Muslimin. Balai yang
disediakan juga tidak muat untuk menampung kehadiran peserta lelaki dan
wanita.

Di setiap penjuru gerai makan, jubah, kopiah penuh dengan lelaki dan
wanita.
Semua tempat sesak. Di mana ada pokok d isitulah ada kumpulan wanita duduk
beralaskan kertas dan tikar.

Muslimin yang tidak cukup tempat terpaksa duduk beralaskan tikar atau
kertas
di hadapan pentas sambil setiap orang berpayung daripada pancaran terik
matahari.

Tiada seorang yang berganjak daripada tempat duduknya walaupun cuaca
ketika
itu terlalu terik.

Mata penulis melilau di setiap penjuru mencari tempat untuk berteduh dan
duduk seketika. Namun, hampa semua tempat penuh sesak.

Penulis terpaksa berdiri di hadapan gerai kopiah di bawah terik matahari
untuk mendapatkan gambaran sebenar perasmian Ijtimak Pilihan Raya di
tersebut.

Suasana hari Sabtu hingga malam ceramah membuktikan bahawa jentera PAS
cukup
bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 pada bila-bila masa.

Ijtimak Pilihan Raya dengan tema `Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera'
memberi
erti yang cukup besar kepada pendukung perjuangan PAS di Terengganu.

Penulis merisik khabar daripada beberapa orang pimpinan PAS. Mereka tidak
menyangka kehadiran melebihi yang dijangka. Lebih 15,000 peserta hadir di
hari Ijtimak manakala malam ceramah pula lebih 20,000 orang.

Nasi yang disediakan sebanyak 14,000 bungkus tidak mencukupi. Lembu yang
dikorbankan 128 ekor.

*Jalan sesak ke Rusila*

Pada malam ceramah ramai yang mengeluh kerana tidak boleh sampai ke tempat
ceramah di Rusila disebabkan jalan terlalu sesak.

Sepupu penulis dari Padang Air keluar selepas solat maghrib terpaksa
berpatah balik melalui Jalan Pasir Putih kerana jalan dari Chendering
terlalu sesak.

Rakan wartawan penulis turut mengeluh kerana tidak dapat sampai ke tempat
ceramah disebabkan kesesakan jalan raya.

Mengimbau detik kecemerlangan pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004,
diambil
alih pula dengan kezaliman pemerintahan BN/Umno yang menindas rakyat,
sudah
tentu rakyat Terengganu dapat membezakan pemimpin yang benar-benar membela
nasib rakyat.

emangat rakyat Terengganu untuk mengulangi detik bersejarah pada 1999
tetap
subur. Ditambah pula dengan sikap pimpinan BN yang terlalu rakus melakukan
projek `gajah putih' dan menekan kehidupan rakyat.

*BN tinggal janji kosong*

Janji-janji manis ketika berkempen tahun 2004 lenyap begitu saja. Golongan
muda masih hidup menganggur. Pegawai kerajaan, petani, peniaga, nelayan
dan
rakyat Terengganu terus mengeluh dengan keegoan pimpinan BN.

Slogan `BN menang rakyat senang' memberi pengajaran kepada rakyat untuk
membuat pemilihan tepat dalam pilihan raya umum nanti.

Tugasan selama dua hari tidak cukup untuk penulis meninjau dan melihat
perkembangan bakti yang dicurahkan oleh pimpinan BN terhadap rakyat.

Penulis hanya berkesempatan mendekati pimpinan kanan PAS Terengganu untuk
menyelongkar kebaikan pimpinan BN selama empat tahun ini.

Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut memaklumkan, rakyat Terengganu
membantah dengan tindakan kejam syarikat Air Terengganu (Satu) yang
mengenakan sewa setiap meter air 80 sen setiap bulan.

Begitu juga dengan projek `gajah putih' di Pulau Duyong. Piala Monsun
serta
pembinaan Masjid Kristil yang menelan kos beratus juta ringgit, tidak
memberi manfaat kepada rakyat Terengganu.

Sudah rakus berdendam pula. Itulah sikap pimpinan BN/Umno. Adun Batu
Burok,
Dato' Wan Abd Muttalib Embong mendedahkan keburukan pimpinan BN yang
merampas semua tanah yang telah diusahakan PAS untuk diserahkan kepada
rakyat.

Katanya, BN juga telah membekukan semua permohonan tanah individu kecuali
tanah projek pembangunan dan perindustrian dan projek pembangunan
persekutuan pembinaan sekolah dan sebagainya.

*Pasar Payang sunyi*

Penulis terkejut apabila mendapati suasana di Pasar Payang tidak semeriah
seperti empat tahun lalu. Ramai peniaga pakaian, tudung, makanan memanggil
pelanggan, `Kak, mari tengok tudung, kain, cantik-cantik belako'.

Tempat letak kereta banyak yang kosong tidak seperti di Pasar Siti
Khadijah,
Kota Bharu. Sesak. Silap hari bulan lima kali pusing belum tentu dapat
parkir kereta.

Inilah beza yang ketara antara Pasar Payang, Terengganu dengan Pasar Siti
Khadijah, Kota Bharu.

Ketika PAS memerintah Terengganu penulis kerap mengunjungi negeri di bawah
payung ulama itu. Suasana cukup nyaman. Jarang melihat anak-anak muda
lelaki
dan perempuan bercekarama di tepi pantai, di bawah pokok, naik motor
berpelukan dan sebagainya.

Ketika penulis menuju ke rumah Muhiydin di Kuala Berang, penulis `naik
angin' kerana terpaksa mengekori beberapa anak muda yang membawa motor
dengan membawa pasangan masing-masing memenuhi jalan raya. Penulis tidak
pasti pasangan itu suami isteri tetapi sekilas pandangan penulis, kalau
isteri masakan begitu cara pelukannya.

Negeri di bawah payungan Islam Hadhari hanya gah pada slogan tetapi
pelaksanaannya menghancurkan anak-anak muda Terengganu.

Beberapa orang pimpinan yang penulis temui antaranya, Setiausaha PAS
Terengganu, Yahaya Ali; Adun Manir, Dato' Haron Taib; Ketua Muslimat, To'
Puan Fatimah Ibrahim semua melahirkan kebimbangan terhadap gejala sosial
yang berlaku ketika pemerintahan BN.

Mereka mengatakan rakyat juga bimbang dan takut terhadap gejala sosial
yang
bertambah meningkat jika dibandingkan ketika pemerintahan PAS.

Penulis beranggapan jika jentera PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi
pilihan raya umum, manakala rakyat pula sudah muak dengan sikap hipokrit
pimpinan BN, sejarah kegemilangan Terengganu di bawah PAS akan berulang.

Segala kepincangan dan kezaliman pimpinan BN memerintah Terengganu
merupakan
bonus kepada PAS untuk merampas semula negeri tersebut.

Masalah pengundi hantu, sogokan duit boleh diatasi jika jentera parti
sudah
bersedia dan mempunyai kepakaran untuk menangani semua masalah tersebut.

Rakyat Terengganu amat dahagakan pemerintahan yang adil dan hanya PAS saja
yang boleh membuktikan keadilan itu. – lanh


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: