Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yang hancur luluh
nyalakan obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun disana fajar sedang memancar...
Pesanan akhir ini ditulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui
syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awwal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment