Fri | Sep 07, 07 |
* MASJID TANAH, 7 Sept (Hrkh) -*PAS Melaka membidas Kerajaan Negeri
pimpinan
Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang jelas menganaktirikan orang Melayu,
sebaliknya begitu takut bertindak kepada penternak babi.
Kerajaan BN Melaka dilihat begitu rakus dan tidak bertolak ansur
merobohkan
premis orang Melayu, sebaliknya begitu berhati-hati dan enggan bertindak
tegas ke atas penternak babi yang jelas membawa kemudaratan dan ancaman
kesihatan.
Kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menyelesaikan isu pencemaran najis babi
di
Paya Mengkuang, Masjid Tanah, baru-baru ini menunjukkan kelemahan
pentadbiran pimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak sekian lama.
Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, bahawa ini
menunjukkan Kerajaan Negeri amat lemah dalam menangani isu penternakan
babi
haram yang jelas mengancam kesihatan dan menjejaskan alam sekitar.
"Bau busuk dari najis babi itu juga telah menjejaskan sektor pelancongan,
perniagaan makanan mahupun chalet di sepanjang pantai Tanjung Bidara dan
Pengkalan Balak yang begitu srategik untuk dilawati.
"Orang Cina lebih bijak dan cerdik menangani sesuatu isu yang berkaitan
dengan kepentingan kaum mereka, kita lihat Menteri Sumber Manusia, Dato'
Fong Chan Onn yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Pengerusi MCA
Melaka dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh bersama-sama turun
cari
jalan penyelesaian," kata beliau.
Tetapi kejadian sebaliknya berlaku katanya, apabila isu yang membabitkan
orang Melayu seperti perobohan bangunan separuh kekal yang terjadi ke atas
premis beliau oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Dato' Idris Haron, yang
ketika
itu menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG).
"Pasukan Keselamatan dan MDAG datang pukul 11.30 malam untuk merobohkannya
sehinggakan isteri, kakak dan adik saya ditolak dengan kasar ketika cuba
untuk berbincang, kenapa mereka begitu bertegas?
"Di mana kredibiliti Idris Haron yang dalam parlimen berkokok mengatakan
ingin mempertahankan dunia Melayu dunia Islam tapi isu babi di bawah kuasa
pentadbirannya pun tak boleh selesai," kata beliau.
Beliau juga turut melahirkan kekecewaan kerana semua pasukan yang terdiri
dari Polis, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Veterinar, Jabatan Kesihatan dan sebagainya telah bersedia sejak 2.00 pagi
tapi sehingga 4.00 petang seekor babi pun tak dapat dibinasakan.
"Ini berbeza sekali dengan kes Kampung Berembang, pihak berkuasa dengan
ganas merempuh benteng manusia yang terdiri daripada kanak-kanak dan
wanita
seterusnya meruntuhkan surau dan rumah dalam sekelip mata sahaja tanpa
memperdulikan rintihan penduduk," ujarnya. - mks.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment