Friday, September 14, 2007

Kandang babi dan babi dibayar pampasan, bagaimana pula penghuni setinggan?

*Sang Kelembai*
Sun | Sep 09, 07 | 01:59:55 PM

Isu penternakan babi di Melaka sudah jadi isu yang berlainan dari isu
asal.
Isu asalnya ialah penternakan babi itu telah menyebabkan pencemaran bau
busuk dan air yang kotor hasil limpahan dari kandang tersebut.

Seperti ada agenda "setting" dilakukan kerajaan dalam isu tersebut, yang
mana media perdana khasnya TV3 telah menemu duga berapa orang di dalam
kawasan tersebut yang kebanyakan orang Melayu dan semuanya menzahirkan
kemarahan atas isu pencemaran tersebut.

Ini adalah kerana mereka kurang selesa dengan keberadaan babi itu dan ada
antaranya yang melibatkan kepentingan perniagaan mereka.

Isu penternak dan kandang babi yang telah wujud khabarnya hampir 50 tahun
dahulu. Jika dikaji secara rasional ini adalah dengan kerelaan penduduk
dalam kawasan tersebut khasnya penduduk - penduduk Melayu yang beragama
Islam.

Sudah pasti ditanya, mana dalilnya orang-orang Melayu di kawasan itu
bersetuju keberadaan penternak dan kandang babi tersebut. Jawapannya
mudah,
setiap kali Pilihan raya berlaku, rakyat diserahkan membuat keputusan,
bukan
sahaja Dasar Nasional tetapi dalam lingkungan sekitar mereka.

Bila mereka menyokong Barisan Nasional, ini memberi erti mereka memberi
sokongan kepada kandang babi itu. Maka perlu apa nak marah hari ini?

Babi bukan makanan orang Islam tetapi sungguhpun ada orang lain yang makan
dan babi bukan satu binatang yang dilarang dimakan oleh sesiapa pun. Maka
di
mana masalahnya? Sebenarnya tak ada apa-apa masalah yang merumitkan tetapi
isu yang sebenarnya ialah kawasan penternakan itu dilakukan di atas tanah
dan perniagaan itu memerlukan lesen.

Soalnya sudah kah di periksa tanah-tanah tersebut dari segi status syarat
penggunaannya? Kalau sudah diperiksa dan melanggar undang-undang yang
tertentu kenapa Babi yang pula menjadi korban dan menerima hukuman. Kenapa
hendak dibunuh begitu sahaja.

Maka di sini persoalan yang sebenarnya wujud. Kenapa pihak Majlis Daerah
dan
Pejabat Daerah tidak mendakwa manusia yang menjadi penternak dan memiliki
kandang babi itu.? Kenapa ini tidak dilakukan? Jawapan amat mudah untuk di
faham kerana kemungkinan penternak dan pemilik itu sudah memberi rasuah
kepada orang tertentu. Siapa mereka yang menerima rasuah itu?

Penerima rasuah yang jelas ialah pemimpin UMNO dalam kawasan itu. Kerana
setiap kali ada pertandingan dan pemilihan UMNO, pemimpin yang sedia ada
akan menyogok ahli-ahli UMNO untuk tidak bersuara atas nama menyokongnya
dan
atas jawatan yang dipertandingkannya oleh itu dalam isu babi ini tidak
pernah pula dibangkitkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian.

Kalau pemimpin UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan tidak hendak
bercakap
isu itu, maka di situ ada pertanda sesuatu yang tak kena dan di sini boleh
dianggap pemimpin UMNO itu telah dirasuahi oleh towkey babi dan ahli UMNO
menerima duit babi.

Bila melihat cara pihak penguat kuasa termasuk polis seperti mana
disiarkan
dalam TV3 bertindak ke atas kandang babi itu, yang ketara ialah polis
sekiranya dibuat perbandingan , cara polis bertindak kepada tunjuk
perasaan
di hadapan KLCC beberapa tahun lalu untuk membantah kenaikan harga minyak
dan lain-lain keperluan harian rakyat jelas garang alang kepalang sehingga
ada yang tercedera.

Tetapi dalam menghadapi towkey dan penternak babi, jelas kelihatan sikap
menikusnya Polis, walhal sudah jelas menujukan bahawa penternak itu sudah
menghalang seorang penjawat awam ia itu Jabatan Haiwan dan Jabatan Alam
Sekitar dari menjalankan tugasnya. Di sini orang ramai perlu bertanya
kenapa
tak ditangkap saja towkey dan penternak itu.

Akhirnya kerajaan pusat mengambil keputusan soal babi ini diurus tadbir
oleh
Timbalan Perdana Menteri bagi menyelesaikannya. Maka sudah ada "precedent"
bahawa di samping tugas-tugas menjadi Pengerusi berbagai Majlis dan
Jawatankuasa Tadbir Kerajaan, yang mana Timbalan Perdana Menteri menjadi
Pengerusinya, maka portfolio babi adalah tugas baru Timbalan Perdana
Menteri
yang dimulakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang pernah mengendalikan kes Babi
di
Bukit Pelandok.

Kisah babi walau hina di mata orang Islam tetapi berjasa besar dalam
Bahtera
Nabi Noh kerana binatang babilah yang memakan semua tahi atau najis
binatang
lain bagi mengelakkan penyakit. Mungkin moralnya walau pun ahli sains
sudah
mempersetujui daging babi mempunyai cacing yang boleh memudaratkan manusia
bila dimakan tetapi jika kawasan yang tidak bertandas, sesiapa pun boleh
membuang hajatnya di mana-mana tetapi dengan syarat kawasan itu ada babi
yang berkeliaran. Kisah babi juga menjadi senda gurau dalam teka-teki
iaitu
kenapa anak babi jalan tunduk dan di belakang induk babi, Jawapannya ialah
kerana malu menjadi anak babi.

Sebenarnya soal babi itu terlalu mudah diselesaikan jika Ali Ketam (Ketua
Menteri Melaka) seorang yang faham bagaimana menghadapi pengurusan krisis.
Isunya babi terlalu banyak dipelihara dari jumlah yang dibenarkan. Di mana
puncanya?

Kalau mereka yang tahu bahawa babi akan beranak melalui jantannya dan
jantannya boleh mengawan dengan berpuluh dan mungkin beratus ekor betina
dalam sehari sungguhpun babi jantan ini tidak banyak maka apa yang
sepatutnya dibuat ialah pihak Jabatan Haiwan ialah untuk melakukan
kuarantin
dahulu terhadap babi-babi jantan ini dari mengawan kerana setiap ekor babi
betina boleh melahirkan anak tak kurang 6 ekor setiap empat bulan. Itu
sebab
lahirnya peribahasa Melayu kalau ada yang banyak anak akan dipanggil
"beranak macam babi".

Kenapakah kita tidak bertanya? Dalam kes Bukit Pelandok, atas nama bagi
membanteras JE yang boleh membunuh manusia, Kerajaan sanggup membayar
pampasan, bukan sahaja kepada kandang babi yang dirobohkan tetapi setiap
babi yang ditembak mati. Tetapi kenapa formula itu tidak digunakan kepada
manusia yang bernama setinggan atau sekarang sudah diubah ke istilah
peneroka Bandar?

Bila rumah setinggan hendak dirobohkan, pihak penguatkuasa tidak boleh
berunding lagi, mesti roboh. Tetapi bila kandang babi hendak dirobohkan,
boleh pula dibatalkan dan ditangguhkan dan berunding.

Maka eloklah manusia-manusia yang teraniayai atas nama pembangunan jika
tidak dapat mempertahankan diri atau yang beragama Islam tidak boleh
memegang sangkar babi untuk dijadikan perisai waktu FRU hendak mengganas,
lebih baik membuat pengisytiharan menjadi babi. Kerana babi lebih baik
dilayan dan dibela dari menjadi manusia oleh pemimpin UMNO dan Kerajaan.

* Sang Kelembai:* Muhyiddin Yassin yang jaga Jabatan Haiwan dan Azmi
Khalid
yang jaga Jabatan Alam Sekitar patut buat "joint venture" macam format
Perkampungan Hadhari diadakan pesta Penjualan Jumbo Mega Sale Penjualan
Babi. Kerana walau pun orang Islam dilarang kerana diharamkan makan babi
tetapi Islam juga melarang binatang dibunuh tanpa sebab kecuali
memudaratkan
manusia. Dengan "Mega Sale" di kandang babi itu, ini akan mengurangkan
jumlah babi dan ini menjadi satu produk baru pelancongan untuk diwujudkan.
-
sangkelembai2006.blogspot.com

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: