Friday, September 14, 2007

4 jam keluarkan peluru dari dada mangsa tembakan

*Harakahdaily*
Mon | Sep 10, 07 | 08:18:48 PM

*KOTA BHARU, 10 Sept (Hrkh) – * Mangsa tembakan dipercayai dilakukan
anggota
polis di Batu Burok, Kuala Terengganu malam 8 September lalu, Aswandi
Abdul
Ghani, 38 kini semakin stabil dan boleh menggerak-gerakkan tangannya.

Beliau juga sudah boleh menghulurkan tangan bersalam dengan keluarga dan
rakan-rakan yang datang menziarahinya. Mangsa lulusan kejuruteraan sivil
dari UTM, kini berniaga serta mempunyai enam anak.

Namun, beliau masih lagi diletak di bawah pengawasan doktor wad CCU
Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Beliau juga masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan. Kehadiran ahli
keluarga dan teman-teman dari Kuala Terengganu dan Marang menyebabkan
beliau
tersenyum di atas katil yang sarat dengan peralatan perubatan.

Aswandi dibawa ke HUSM bagi menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dalam
dadanya. Beliau dibawa dari Kuala Terengganu dengan ambulan yang ditemani
seorang anggota polis dan abangnya, Suliadin, 39.

Bapanya, Haji Abdul Ghani Muhamad berkata, anak keduanya itu dibawa masuk
ke
dalam dewan bedah kira-kira jam 8 malam dan keluar pada jam 12 malam.

Mengikut laporan media hari ini seorang konstabel polis terpaksa
melepaskan
tembakan bagi mempertahankan diri selepas dikatakan diserang penyokong
parti
pembangkang setelah polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri
perhimpunan haram di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Empat anggota polis, di mana tiga daripadanya daripada Unit Simpanan
Persekutuan (FRU) dilaporkan cedera. Seorang daripadanya kini dirawat di
HSNZ.

Bagaimanapun kecederaan parah dua pemuda yang ditembak dipercayai
dilakukan
anggota polis menggunakan peluru hidup sehingga terbenam dalam badan
mereka
tidak disiarkan media harian.

Pada kejadian malam 8 September lalu tembakan yang dilepaskan terkena dua
pemuda dan menerobos ke dalam badan mereka. Seorang terkena di bahagian
leher dan Aswandi pula menembusi bahagian dada di sebelah kanan.

Akibat kecederaan parah, Aswandi terpaksa dikejar ke HUSM, manakala
seorang
lagi masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala
Terengganu.

Difahamkan hanya HUSM di Pantai Timur yang mempunyai doktor pakar bagi
mengeluarkan peluru di dada mangsa.

Abdul Ghani ketika ditemui berkata, sepanjang hidup Aswandi beliau tidak
pernah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, apalagi
didakwa memukul anggota polis. - mj


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: