Friday, September 14, 2007

Menteri, polis 'hilang akal' hadiahkan peluru hidup untuk surai majlis ceramah

*Aniz Nazri
Sun | Sep 09, 07 | 04:01:26 PM

* KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) -*Tindakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,
yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, serta pihak
polis 'menghadiahkan' peluru hidup kepada rakyat yang berhimpun secara
aman
dilihat bagaikan sudah 'hilang akal' dalam negara yang sering melaungkan
demokrasi.

[image: Image]Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika dihubungi sebentar
tadi
berkata tragedi di Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi merupakan
kejadian kali pertama beliau mendengar pihak polis menggunakan peluru
hidup
apabila berhadapan dengan rakyat yang berhimpun secara aman untuk
mendengar
ceramah politik.

"Apabila polis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi,
bagi
saya, ia merupakan satu rekod selepas 50 tahun kita merdeka," tegasnya.

"Ini bukannya perhimpunan membantah dasar kerajaan. Ini adalah ceramah
yang
lazim diadakan pada setiap malam di negara ini. Ia perkara biasa, dan
pihak
polis sama sekali tidak perlu menggunakan kekerasan, apatah lagi
menggunakan
peluru hidup, untuk menyuraikannya.

[image: Image]"Selama ini, ceramah yang dianjurkan oleh PAS, KeADILan dan
DAP tidak menimbulkan apa-apa masalah kecuali jika ia diganggu pihak
polis,"
tegas beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan FRU itu.

Beliau memberi respon demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku di
Batu Buruk, Terengganu, malam tadi, yang mencetuskan ketegangan selepas
pihak polis menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah anjuran
Bersih (Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih) itu.

Mohamad juga dijadualkan memberi ceramah pada malam tersebut, bersama-sama
Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, dan anggota Dewan
Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP. Turut serta
Dato'
Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.

[image: Image]Dalam kejadian jam 10 malam itu, seramai 350 anggota polis
daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta
dua trak penyembur air berasid dikejarkan ke tempat kejadian. Orang ramai
dihalang ke lokasi ceramah sejak jam 2 petang semalam lagi.

Dua pemuda cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala
berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis dalam
insiden itu. Difahamkan seorang daripadanya masih dalam keadaan kritikal.

Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala
berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

Dalam pada itu, Mohamad mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan
bagi menyiasat kejadian ini memandangkan tindakan ganas yang dilakukan
pihak
polis. - mks.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: