Friday, September 14, 2007

*Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin*
Thu | Sep 13, 07 | 01:46:37 PM

*KUALA LUMPUR, 13 Sept (Hrkh)* - "Sampai saya di tempat ceramah kira-kira
jam 10.00, saya disekat 300 meter dari tempat ceramah. Seorang polis dalam
gelap cerah dia datang dan kata mana dia orang yang bajunya koyak. Polis
itu
dengan pistol di tangan," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

[image: Image]Naib Presiden PAS itu berkata demikian ketika menceritakan
detik-detik cemas semasa kejadian 'tragedi berdarah' di Batu Buruk Kuala
Terengganu pada 8 September lalu ketika ditemui di Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia (Suhakam) hari ini.

Beliau ditemui semasa menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih) menyerahkan memorandum tuntutan dan aduan Bersih berhubung
insiden
di Batu Buruk.

Turut hadir ialah, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Pengarah Pusat
Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS Pusat yang juga bekas ahli
Parlimen Kuala Terengganu, Dr Syed Azman Syed Ahmad; AJK PAS Pusat, Ustaz
Idris Ahmad; ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok Suih Sim; Pegawai
Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua;
wakil Suaram, Yap Swee Seng dan beberapa pimpinan NGO lain.

[image: Image]Suhakam pula diwakili oleh Pesuruhjayanya, Dato' N.
Sivasubramaniam dan Penasihat Undang-Undang Suhakam, Norita Azmi.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu Mohamad Sabu berkata, ketika
mengejar
pemuda tersebut, polis berpakaian preman itu tidak sedar akan kehadiran
beliau dan beberapa penceramah lain yang turut disekat di kawasan itu.

Menurut Mohamad Sabu, selepas itu polis itu pergi ke dalam kumpulan polis
dan kemudiannya Mohamad mendekati kumpulan polis itu untuk mencari anggota
polis yang memegang pistol tersebut.

"Saya tengking dia, saya kata ooo ... bawa pistol ke nak bunuh orang. Baru
mereka sedar itu suara saya dan kenal saya Encik [image: Image]Mohamad
Sabu.Polis tadi itu hilang dalam 'crowd' polis itu," katanya.

Menurutnya, tindakan anggota polis itu mengejar orang awam dengan
menggunakan pistol di tangan bermula pada jam 10.00 malam lagi sebelum
berlakunya kekecohan.

"Ertinya dia (anggota polis) bukan nak mempertahankan diri kerana nyawa
terancam atau apa sahaja. Sama ada orang itu (anggota polis) yang menembak
pada insiden berikutnya saya tak tahulah," katanya.

Semasa ditanya mengenai bagaimana beliau merasakan bahawa anggota polis
tersebut ada niat untuk berbuat sesuatu terhadap pemuda itu Mohamad Sabu
berkata, tindakan memegang pistol di tangan semasa mengejar orang awam itu
adalah satu yang dicurigai.

"Drama kejar mengejar itu bermula sejak jam 10.00 lagi, dan bukannya dia
bertindak untuk mempertahankan diri," katanya.

[image: Image]Sehubungan dengan dakwaan itu Mohamad Sabu sendiri bersedia
menjadi saksi jika Suhakam mengadakan siasatan awam (Public Inquiries)
seperti yang dituntut oleh Bersih dalam memorandumnya hari ini.

Sementara itu, semasa dialog dengan Suhakam, Mohamad Sabu mahu Suhakam
berfungsi bukan sekadar menerima laporan tetapi memastikan tindakan dibuat
ke atas pihak yang melakukan provokasi sehingga tercetusnya insiden pada
malam itu.

Dalam pada itu, Bersih dalam memorandumnya kepada Suhakam sebelum itu
menyatakan secara terperinci insiden yang berlaku semasa ceramah anjuran
Bersih di Batu Buruk pada 8 September lalu.

[image: Image]Menurut jurucakap Bersih, Sivarasa Rasiah kejadian itu
benar-benar menunjukkan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang
sebenarnya tidak disiarkan media-media arus perdana.

Sebaliknya media arus perdana hanya mengeluarkan kenyataan pemimpin
kerajaan, Umno dan polis yang kebanyakannya tidak benar berhubung kejadian
sebenar.

Pihak penganjur katanya telah membuat permohonan permit bagi menganjurkan
ceramah itu kepada polis pada 30 Ogos lalu, namun polis pada 6 September
lalu telah menolak permohonan itu atas alasan yang tidak munasabah.

Antara alasan polis ialah, kawasan ceramah adalah ditempat perumahan awam,
berhampiran dengan istana dan dibimbangi akan membuatkan fasiliti awam
musnah, kata Sivarasa.

"Alasan ini tidak rasional langsung memandangkan kawasan tersebut adalah
hak
persendirian dan beberapa kali sejak tahun 1990 lalu ceramah telah
dianjurkan di situ," katanya.

Dengan alasan itu Bersih melihat ianya telah menunjukkan niat pihak
keselamatan untuk menggagalkan ceramah tersebut, katanya.

Selain itu fakta-fakta yang dikemukakan oleh Ketua Polis Terengganu, Dato'
Ayob dalam beberapa akhbar arus perdana didapati bercanggah, katanya.

Antaranya fakta mengenai peluru hidup yang dilepaskan oleh anggota polis
semasa menembak orang awam, antaranya ada dua versi berbeza satu
melaporkan
dua butir dan satu lagi empat butir peluru.

Sementara dalam satu akhbar lain, Dato' Ayob didakwa menyatakan polis
telah
membuat tembakan ke arah udara untuk memberi amaran, kata Sivarasa yang
juga
seorang peguam.

Katanya lagi, polis juga telah menahan 23 orang awam termasuk tiga
wartawan
yang masing-masing mempunyai kamera sebagai bahan bukti kejadian.

Secara sistematik penahanan itu adalah untuk menghapuskan bukti yang
mungkin
sekali boleh dijadikan bahan untuk dokumentasi seperti kes-kes yang
terjadi
sebelum ini antaranya 'bloody sunday' di KLCC yang telahpun membuktikan
tindakan ganas polis, katanya.

Dengan aduan itu kata Sivarasa, Bersih menuntut agar Suhakam sedia
mengadakan siasatan awam terhadap kejadian tersebut.

Sementara itu bercakap mengenai perkara yang sama, Dr Dzulkifli pula
menyatakan apa yang dipaparkan oleh media hanyalah usaha untuk
memburuk-burukkan pembangkang dengan niat menjatuhkan imej sebelum Pilihan
Raya Umum ke-12.

Sambil menyifatkan laporan berat sebelah itu satu 'kejahatan kewartawanan'
beliau melihat ianya hanyalah kempen untuk menutup mata rakyat dari
menyokong pembangkang.

Suhakam diminta untuk menasihati media-media arus perdana yang dikatakan
menjadi alat Umno-BN untuk memburuk-burukkan pembangkang agar lebih
bersikap
terbuka dan tidak prejudis. - mks.

<http://www.harakahdaily.net/ads/ads_page/page_pancarsel/index.htm>


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: