Fri | Sep 07, 07 | 09:32:25 PM
*BAJET 2008|KUALA LUMPUR, 7 Sept (Hrkh) -* Salahuddin Ayub (PAS-Kubang
Kerian) berkata, walaupun sektor korporat mendapat limpah ruah di atas
Bajet
2008 tetapi sektor pertanian dan sektor luar bandar masih lagi kabur.
[image: Image]"Nampaknya ia tidak seperti kukuhnya sektor korporat yang
mendapat limpahan dari bajet ini," katanya semasa ditemui di lobi parlimen
selepas selesai pembentangan bajet oleh Perdana Menteri.
Begitu juga dengan penghapusan yuran sekolah dan bantuan Skim Pinjaman
Buku
Teks (SPBT) kepada semua pelajar pada tahun depan, katanya sepatutnya
rakyat
yang menyambut kemerdekaan ke-50 tahun baru-baru ini telah lama menikmati
penghapusan tersebut.
Bagaimanapun katanya, beliau tetap mengalu-alukan tindakan tersebut.
Sementara itu, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) persoalkan mengenai
peruntukan
sebanyak RM14.5 bilion kepada sektor pertahanan.
Katanya, jumlahnya begitu banyak menimbulkan kebimbangannya
Oleh kerana itu katanya, kerajaan perlu berhati-hati di atas perbelanjaan
tersebut.
"Kita lihat dalam lima tahun akan datang 60 ribu anggota baru akan
ditambah
sedangkan sekarang kita sudah ada 90 ribu anggota," katanya semasa diminta
mengulas pembentangan Bajet 2008.
Bagaimanapun katanya, kemudahan yang ada sekarang iaitu bagi melatih
anggota
rekrut hanya 3,000 orang.
Sehubungan itu katanya, apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri dalam
bajet
hari ini memerlukan setiap tahun kerajaan perlu melatih seramai 12,000
pelatih.
"Hairan juga macam mana kita boleh selesaikan masalah ini dan saya bimbang
kerajaan tidak mempunyai kemampuan untuk melatih baki daripada 3,000 orang
itu nanti," katanya.
Dalam pada itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang
Pauh) semasa diminta mengulas bajet tersebut berkata walaupun banyak
imbuhan
diberikan tetapi daripada mana pendapatan negara akan datang.
"Kalau kita melihat persepsi indeks rasuah dan bagaimana pelaburan asing
(FDI) menurun jika dibandingkan dengan negara China, India dan Vietnam.
"Walaupun peruntukan diberikan kepada banyak sektor namun apa yang kita
perlukan adalah untuk perbaiki indeks persepsi rasuah bagi memastikan
ransangan ekonomi supaya tidak ada ketirisan, kebocoran dan pembaziran,
itu
yang paling penting," katanya. - mks.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment