Sun | Sep 09, 07 | 06:29:50 PM
*KUALA LUMPUR, 9 Sept -* Presiden kelab bola sepak UPB-MyTeam Khairy
Jamaluddin adalah antara lima muka baru yang dipilih pada pemilihan
Kongres
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-44 bagi menerajui persatuan itu
untuk tempoh tiga tahun iaitu dari 2007 hingga 2010. <
Menurut laporan Bernama, Khairy, pelopor program realiti TV bola sepak
MyTeam dan Naib Ketua Pemuda Umno, dipilih tanpa bertanding bagi jawatan
Timbalan Presiden.
Beliau mengisi kerusi yang dikosongkan Tengku Mahkota Pahang Tengku
Abdullah
Sultan Ahmad Shah yang meletakkan jawatan pada Julai lepas.
Khairy, Naib Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Perdana Menteri, akan
bergandingan dengan Dato' Redzuan Sheikh Ahmad, yang mengekalkan kedudukan
beliau tanpa bertanding untuk satu lagi jawatan Timbalan Presiden.
Sementara itu, kesemua empat jawatan Naib Presiden diisi muka baru iaitu
Dato' Che Mat Jusoh (Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
(PBSNT)), Affandi Hamzah (Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan
(KAFA)), Ahmad Mohamad (Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor
(PBNJ)) dan Dato' Gulzar Mohamad (Ahli Majlis Persatuan Bolasepak
Sarawak).
Seramai lima orang dicalonkan untuk jawatan naib presiden dengan seorang
lagi ialah salah seorang penyandangnya iaitu Dato' Raja Ahmad Zainuddin
Raja
Omar.
Keputusan pengundian ialah Che Mat mendapat 45 undi, Affandi (30), Ahmad
(28), Gulzar (26) dan Raja Ahmad (24).
Seorang penyandang jawatan Naib Presiden, Dato' Anifah Aman melepaskan
jawatan itu atas arahan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang melarang pembabitan menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen
dalam persatuan sukan baru-baru ini.
Presiden FAM Sultan Ahmad Shah pula kekal tanpa bertanding jawatan yang
disandangnya itu sejak 1984.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment