Friday, September 14, 2007

Sidang media penjelasan keganasan Polis di Batu Buruk

Apa yang sebenarnya berlaku di Kuala Terengganu?

Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah
tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan
tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku
gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.

Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau
Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badanag dianggotai PAS, PKR, DAP
dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama.
Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu
sebelum ini.

Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara
bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas
pemedih mata dan memancut air dari water canon nya. Itu taktik biasa,
walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan
kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal
pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.

Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan
tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir.
Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti
seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana
haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat
dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati
rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.

Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang
rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin
yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula
rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu patilah
mereka yang hadir akan marah.

Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang
lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya
tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata
untuk membuat kacau.

Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak.
Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang
menempah penyakit, cuba melepaskan diri lalu dilepaskannya beberapa das
tembakan dari senjatapi yang dibawanya.

Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di
dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang
Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di
Hsopital Kuala Terengganu.

Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?

Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala
Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held
and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:

Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!

Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan
utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat
punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan
kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu.
Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH
atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan
Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.

Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre
planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan
menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yangs emakin mendapat
tempat di Terengganu.

Ayuh atas darah dua orang rakyat Malaysia yang tumpah di bumi Batu Burok
ini kita tuntut agar Suruhanjaya Bebas Di Raja segera dibentuk biar
rakyat Malaysia sendiri mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

************

Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan sidang media
khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini pada jam 1 petang
hari ini bagi menerangkan insiden serangan/ keganasan polis yang berlaku
di Batu Buruk,Terengganu sabtu lalu. Menurut jurucakap Bersih, antara
yang akan hadir dalam sidang akhbar tersebut adalah Dato' Mustapa Ali
(PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (KeADILan), Azmi Hamid (Teras), Ronnie Liu
(DAP) dan Tian Chua (keADILan).

************

SIASAH
Monday, September 10, 2007
Tragedi Batu Buruk: Kenyataan media Bersih

Oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)

1) Pada 8 September 2007, Badan Gabungan Tuntutan Pilihan Raya Bersih dan
Adil (BERSIH) yang menggabungkan parti-parti politik dan NGO merancang
untuk mengadakan majlis perhimpuan aman berupa road show untuk menuntut
pilihan raya yang bersih dan adil di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

2) Pihak penganjur telah membuat permohonan permit polis sebagaimana yang
sewajarnya namun permit tidak dikeluarkan kepada pihak penganjur walaupun
rayuan telah dibuat.


3) Pihak penganjur telah mendirikan pentas program namun pada jam 5 petang
polis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah yang digunakan pihak
penganjur dan merobohkan pentas itu tanpa keizinan tuan rumah.

4) Polis kemudiannya membuat sekatan jalan dan halangan beberapa kilometer
dari tempat majlis hendak diadakan agar orang ramai tidak masuk ke kawasan
itu.

5) Pada sebelah malamnya, kira-kira jam 9.40 malam, para pemimpin BERSIH
termasuk Dato' Mustafa Ali telah dihalang dari masuk ke kawasan majlis
itu. Mereka termasuklah Dr Syed Azman Syed Ahmad (wakil BERSIH), Haji
Muhamad Sabu (wakil PAS), Tan Sri Khalid Ibrahim (wakil PKR), YB Leong
Ngah Ngah (wakil DAP) dan Haji Azmi Hamid (Teras).

6) Perbincangan dibuat antara mereka dan polis namun program itu tidak
dibenarkan untuk diadakan.

7) Ekoran dari itu, ketegangan telah timbul antara polis dan orang ramai
yang berhimpun. Kemudiannya FRU mula menembak water canon dan gas pemedih
mata ke arah orang awam secara membabibuta. Ia berterusan hingga jam 1.30
pagi.

8) Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah
melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam yang
berhimpun secara aman. Ia telah terkena kepada seorang awam bernama
Suwandi Abdul Ghani, 37, dan menembusi paru-parunya, Seorang lagi,
Muhamad Azman Aziz, 21, telah terkena pada lehernya. Sehingga kini,
Suwandi telah dipindahkan ke Hospital Kubang Kerian (dari Hospital Kuala
Terengganu) untuk menerima rawatan lanjut.

9) Berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat dari mereka parah.

10) 23 orang dari orang awam telah ditangkap termasuk tiga wartawan akhbar
tempatan. Dua dari mereka telah ditahan reman.

11) Ekoran huruhara ini, pelbagai kerosakan berlaku kepada harta awam. Ia
hanya reda selepas polis meninggalkan kawasan ini kira-kira jam 1.30
pagi.

Kami dengan ini berpendirian:-

1) Peristiwa ini berlaku selepas polis melakukan provokasi dan bertindak
secara tidak profesional dengan menembak gas pemedih mata dan memancut
air ke atas orang ramai yang sedang beracun.

2) Bagi menghormati keputusan polis, pihak penganjur tidak bercadang untuk
meneruskan program ceramah pada malam itu dan pimpinan yang hadir sedang
menyelaraskan pembatalan itu dengan pihak tuan rumah dan petugas. Pihak
penganjur juga telah memaklumkan kepada polis, majlis tidak akan
diteruskan. Namun provokasi yang berterusan telah dilakukan oleh pihak
polis.

3) Program Bersih yang dianjurkan pada malam itu bertujuan mengajak rakyat
menuntut dan memahami hak mereka dalam sebuah negara demokrasi untuk
mendapatkan pilihan raya yang adil dan bersih. Antara tuntutan Bersih
adalah penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih, menghapuskan
undi pos dan menjamin media yang adil dan tidak berpihak.

4) Malangnya, polis telah digunakan untuk menyekat program bagi
menyedarkan rakyat tentang hak mereka dalam sebuah negara demokrasi
padahal polis sepatutnya menjalankan tugas untuk menurunkan kadar jenayah
yang begitu tinggi sekarang ini dan menjadi masalah sebenar kepada rakyat
sekarang.

5) Yang malang lagi, ada polis telah menggunakan peluru hidup dalam
mengendalikan perhimpunan aman sebegini. Penggunaan peluru hidup dalam
mengendalikan program sebegini adalah tidak berasas dan sangat dikesali.

6) Bagi kami polis telah gagal mengendalikan perhimpunan tersebut
berdasarkan prosedur undang-undang polis sendiri. Antaranya tiada
pengumuman meminta orang ramai bersurai.

Kami dengan ini menuntut:

1) Penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas untuk menyiasat apa sebenarnya yang
berlaku di Batu Buruk pada 8 September.

2) Penjelasan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri
serta Ketua Polis Negara terhadap penggunaan peluru hidup dalam mana-mana
perhimpunan aman sebegini.

3) Segala perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang sah
tidak memerlukan permit polis dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari
pihak polis.

4) Polis tidak lagi diperalatkan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik
murahan mereka.

5) Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan Negeri agar bertanggungjawab sepenuhnya dalam
kejadian ini.

Maka kami yang mewakili BERSIH sekali lagi menegaskan pendirian bahawa
kami terus komited memperjuangkan tuntutan untuk mendapatkan demokrasi
dan pilihan raya yang adil secara aman di negara Malaysia yang tercinta
ini.

Pada 9 September 2007


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: