Anwar Ibrahim
Fri | May 18, 07 | 06:20:34 PM Cadangan
pengharaman buku May 13 Declassified Documents on the Racial Riots of
1969 mencabuli kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
-->
Di dalam era di mana maklumat tersebar secara bebas, dan kebebasan
Perlembagaan mesti dihormati dan bukan dicabuli, undang-undang dan
peraturan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menyekat penerbitan
mestilah digunakan hanya dalam keadaan-keadaan yang cukup luar biasa.
Buku tersebut mungkin mengundang kontroversi, tetapi sekiranya kerajaan
tidak bersetuju dengan isu-isu yang dibangkitkan, kerajaan sepatutnya
menyanggah isu-isu tersebut dengan cara yang terbuka dan telus.
Sebagaimana isu-isu berkaitan agama, kerajaan tidak boleh menggunakan
tindakan keras untuk menutup perbincangan awam secara berterusan. Ini
tidak termasuk hakikat bahawa menyekat buku tersebut akan secara langsung
meningkatkan nilainya dan menaikkan keinginan pembaca.
Lebih penting lagi, pengharaman buku ini akan memperkukuhkan lagi tesis
bahawa rusuhan 13 Mei tersebut sememangnya disebabkan oleh rampasan kuasa
yang dirancang pimpinan tertentu untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.
Secara peribadi, saya menganggap buku ini sebagai proses untuk memberi
penjelasan kepada rusuhan perkauman 13 Mei yang selepas hampir empat
dekad terus dibincangkan secara senyap memandangkan tiada jawapan
muktamad yang diberi oleh pihak berkuasa.
Sememangnya akan wujud perbezaan pendapat berkenaan kejadian tragis di
dalam sejarah kita dan saya menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai
pemikiran terbuka di dalam perbincangan ini dan terus menghormati
sensitiviti semua kaum.
Sehari di Kelantan: KeADILan kian relevan, rakyat semakin bangkit!
Acara di Kelantan begitu ketat sekali tetapi amat memberansangkan.
Ternyata semangat dan keghairahan di peringkat akar umbi yang terus
melonjak. Fitnah negatif media rasmi tajaan Umno-BN atau karenah beberapa
individu di dalam parti tidak perlu dihiraukan.
Di Kota Bahru saya rasmikan Pusat Khidmat KeADILan Bahagian Kota Bharu.
Saya diundang untuk menerima keahlian baru seramai dua ribu orang
kebanyakannya dari Umno.
Di Pasir Mas, saya terharu melihat kegigihan pimpinan KeADILan bahagian
menyewa pejabat dan bilik gerakan. Pasir Mas merupakan kawasan
pilihanraya yang ditandingi calon PAS,YB Ustaz Ismail Noh, tetapi
komitmen KeADILan begitu jitu. Bangunan tidak gagah dan megah malah boleh
dikira daif. Yang membanggakan ialah pengorbanan pimpinan bahagian
mengumpul dana dan memperkemas jentera parti.
Dialog di Hotel Perdana jam 8 malam dihadiri ramai masyarakat Cina, India
dan Siam. Saya mengulas isu perpaduan dan keadilan sejagat. Perhimpunan
malam di Dataran Majlis Daerah Ketereh dibanjiri puluhan ribu orang. Saya
mengupas makna kemerdekaan sempena 50 tahun merdeka.
MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz turut berucap menegaskan keperluan
istiqamah dalam perjuangan menegak makruf dan menolak kemungkaran tatkala
mengulas penyelewengan di Ijok dan perjuangan menentang kezaliman Umno-BN.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment