Tue | Aug 28, 07 | 02:21:36 PM
PEMBAHAS blog ini, Saudara Marn, mengulas: "Soalan tok, saya jawab:
Dua-dua
pun ya. 1. Minda Melayu sudah menjadi semakin mundur dan nak
'ringan-ringan'
sahaja. 2. Murah. Sebab sekarang kerajaan Barang Naik (BN)."
Saudara Marn membalas ulasan saya dalam jendela komen bagi posting
bertajuk
"Apakah Blogger Mampu Jadi Pemangkin" yang berbunyi:
"Merdekakah minda orang Melayu apabila akhbar harian Melayu terbesar
adalah
akhbar tabloid Harian Metro dan akhbar Melayu yang paling pantas
berkembang
adalah tabloid Kosmo!?
Pengedaran dan pembacaan Utusan Malaysia merosot. Berita Harian naik
sedikit.
Apakah ini bermakna pembaca mula menolak propaganda politik akhbar-akhbar
arus perdana yang serius dan memilih akhbar ringan dan sensasi atau kerana
Harian Metro dan Kosmo! lebih murah harganya?"
Izinkan saya merujuk kepada beberapa fakta yang saya kemukakan ketika
menyampaikan syarahan mengenai "50 tahun akhbar Melayu menjana minda
merdeka" pada 23 Ogos lalu di sebuah IPTA di Selangor.
Pertama, walaupun orang Melayu berupa 50 peratus penduduk Malaysia dan
bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, nisbah pengedaran dan pembacaan
akhbar-akhbar Melayu lebih rendah daripada akhbar Inggeris dan Cina.
[image:
Image]
Menurut kiraan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulation), tahun
lalu pengedaran akhbar-akhbar Melayu jatuh kepada 1,772,702 naskhah
daripada
1,853,625 naskhah pada 2005.
Walaupun orang Cina berupa 32 peratus penduduk Malaysia namun pengedaran
akhbar-akhbar Cina tinggi nisbahnya.
Tahun lalu pengedaran akhbar-akhbar utama Cina berjumlah 1,160,006
naskhah,
jatuh sedikit daripada 1,196,072. Pengedaran akhbar-akhbar Inggeris
meningkat daripada 1,307,782 kepada 1,347,318.
Dari sudut ekonomi, perangkaan ini menunjukkan bahawa pembaca akhbar Cina
dan Inggeris mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi dan mereka lebih
banyak membaca.
Peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang pengguna dan tarif
perkhidmatan seperti minyak, tepung gandum, gas memasak, rokok, elektrik,
tambang dan sewa menyebabkan kuasa membeli golongan berpendapatan rendah
merosot.
Umum mungkin tidak mengetahui mengenai kaitan rapat antara kenaikan harga
rokok dan minuman keras dengan langganan akhbar dan majalah.
Perokok lebih rela tidak membeli akhbar dan majalah daripada tidak membeli
rokok. Rokok tidak boleh dikongsi, tetapi akhbar dan majalah boleh di
kongsi
di kedai kopi dan pejabat. Sekarang harga rokok sangat mahal. [image:
Image]
Boleh jadi akibat kejatuhan kuasa membeli ini semakin ramai pembaca akhbar
Melayu berpindah daripada Utusan Melayu dan Berita Harian yang berharga
RM1.50 kepada Harian Metro yang berharga RM1.20 dan Kosmo! RM1.
Menurut ABC, antara 2005 dan 2006, penjualan BH merosot sebanyak 16,828
naskhah kepada 214,335, UM 15,357 kepada 213,445 manakala HM meningkat
19,746 kepada 249,575, menjadikannya akhbar harian Melayu terbesar.
Di segi peningkatan pembaca pula, akhbar yang paling pantas berkembang
adalah Kosmo! Menurut kajian firma penyelidikan media Nielsen Media
Research, antara suku kedua tahun lalu dengan suku kedua tahun ini pembaca
Kosmo! meningkat 128 peratus kepada 406,000 orang.
Akhbar harian Melayu yang paling ramai pembaca adalah Harian Metro dengan
1,981,000 – meningkat sebanyak 20 peratus daripada tahun lalu.
Seperkara lagi yang perlu difikirkan adalah kemungkinan pembaca menolak
akhbar-akhbar serius seperti Utusan Melayu dan Berita Harian kerana
liputan
prokerajaan yang terlalu ketara.
Atau mungkin juga kerana apa yang tersurat di dalam akhbar-akhbar ini
berlainan dengan apa yang tersirat di dalam kehidupan seharian pembaca
seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar jenayah dan pengangguran.
Atau apakah kerana pembaca bahasa Melayu hari ini lebih meminati
cerita-cerita sensasi, gosip dan khayalan yang dimuatkan oleh Harian Metro
dan Kosmo!?
[image: Image]Sumber: Nielsen Media Research
Walaupun akhbar-akhbar Melayu memainkan peranan penting memperjuangkan
kemerdekaan dan menyokong kerajaan serta dasar-dasarnya, namun ia masih
terkebelakang.
Begitu jugalah dengan untung nasib orang Melayu. Mereka masih
terkebelakang
dalam banyak bidang berbanding kaum-kaum lain.
Hatta bilangan akhbar arus perdana Melayu pun kecil berbanding akhbar
bahasa
lain. Kini ada sembilan akhbar harian dan mingguan utama Melayu berbanding
11 dalam bahasa Inggeris dan 14 Cina.
Justeru itu, izinkan saya mengemukakan soalan-soalan berikut untuk kita
fikirkan bersama jawapannya:
1. Adakah akhbar dan kewartawanan Melayu berjaya memerdekakan minda orang
Melayu?
2. Apakah akhbar dan kewartawanan Melayu mempunyai peranan dan kesan di
dalam pembentukan minda rakyat Malaysia keseluruhannya?
3. Apakah masa depan persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu serta orang
Melayu secerah dan sehebat yang diuar-uarkan?
4. Apakah penguasaan politik kepartian ke atas persuratkhabaran dan
kewartawanan Melayu menghasilkan kepelbagaian suara atau menyempitkan dan
mematikan suara orang Melayu?
5. Adakah kita sedar bahawa persuratkhabaran Inggeris dan Cina semakin
bebas
dan berkembang untuk menyokong kepelbagaian suara?
6. Adakah kita tahu bahawa kaum Cina amat menghargai kepelbagaian suara
sebagai wadah perjuangan kaum dalam segala bidang sehingga secara terbuka
menolak percubaan MCA menguasai akhbar-akhbar Cina dan konsolidasi media
Cina di bawah satu pemilikan? Dan
7. Apakah akhbar Melayu akan menjadi mangsa kepada kemunculan media baru
yang berasaskan Internet seperti laman berita web dan blog? -
kadirjasin.blogspot.com
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment