Monday, July 18, 2005

Wartawan dipenjara kerana enggan dedahkan sumber

Raja Petra Kamarudin wrote: Oleh Rupert Cornwell di Washington

Judith Miller, seorang wartawan New York Times, telah dipenjara oleh hakim
persekutuan setelah dia enggan mendedahkan identiti sumbernya kepada para
juri yang menyiasat pembocoran nama seorang agen CIA kepada akhbar.

Hakim daerah AS, Thomas Hogan berkata Miller mesti dipenjarakan
serta-merta dan tinggal dalam penjara sehingga dia berubah fikiran, atau
sehingga para juri mengakhiri penggal mereka dalam bulan Oktober.

Bercakap di luar mahkamah di Washington, Bill Keller, editor eksekutif
Times, memberi amaran bahawa keputusan tersebut akan membuka kepada era
baru tekanan undang-undang ke atas para wartawan.

Wartawan kedua yang terlibat dalam kes tersebut, Matthew Cooper dari
majalah Time, telah diputuskan masuk penjara sehingga dia beritahu hakim
bahawa dia baru saja diberi penepian (waiver) "khusus, peribadi dan tidak
dikhuatiri" oleh sumbernya untuk mendedahkan identitinya kepada para juri.
Seminggu sebelum itu, Time telah bersetuju menyerahkan nota-nota Cooper
kepada para juri, dengan bantahan wartawannya.

Tindakan Cooper amat menarik. Minggu lalu, didapati semasa dia bekerja
untuk ceritanya itu, dia telah bercakap dengan Karl Rove, penasihat
politik George Bush, apabila pembocoran tersebut berlaku, dalam musim
panas 2003.

Peguam bagi Rove, yang kini timbalan ketua kakitangan di White House,
mengakui bahawa kliennya telah bercakap dengan Cooper, tetapi tetap
mengatakan dia tidak mendedahkan nama agen CIA, Valerie Plame.

Siasatan ke dalam pembocoran tersebut telah menjadi berbelit-belit. Robert
Novak, seorang penulis yang pertama sekali menerbitkan nama Plame,
nampaknya bebas. Miller tidak pernah menulis satu cerita mengenai hal
tersebut, tetapi kini dipenjarakan.

Dia tiada pilihan tetapi untuk melindungi sumbernya, katanya. "Jika
wartawan tidak boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia, dengan itu mereka
tidak boleh berfungsi dan di situ tiada kebebasan akhbar."

Plame, isteri bekas duta AS Joseph Wilson, yang mendakwa namanya
dibocorkan oleh seorang dalam pentadbiran Bush bagi menghukumnya kerana
menuduh White House dengan sengaja memutarbelit maklumat rahsia sewaktu
awal pencerobohan Iraq dalam Mac 2003.

Menjelaskan keputusannya kelmarin, Hakim Hogan berkata, dengan mengarahkan
Miller ke penjara, sumbernya akan dipujuk untuk memberi Miller penepian
(waiver) kerahsiaan yang lebih khusus, seperti yang berlaku dalam kes
Cooper.

Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 7/15/2005 06:53:00 AM

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: