Wednesday, July 20, 2005

Akademi Fantasia khayalkan rakyat–Ungku Aziz

Akademi Fantasia khayalkan rakyat � Ungku Aziz
Monday, July 18 @ 17:31:05 MYT


Oleh Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) � Semua program realiti berbentuk hiburan melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.

Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan rancangan-rancangan itu.

Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.

Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.

Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang ditayangkan di media massa.

Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.

Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan penilaian semula pencapaian mereka selama ini.

Katanya, apa yang berlaku memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini bertindak mengikut arahan �orang lain�.

Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir.

�Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya,� tegasnya merujuk kepada bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan membaca buku.

Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.

�Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu,� jelasnya lagi.

Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon dari penonton di luar dewan.

Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.

Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh generasi muda negara.

Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.

Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi muda akan lebih mudah �memahami kerana kita bercakap dalam bahasa mereka�.
- zs


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Akademi Fantasia khayalkan rakyat – Ungku Aziz
Monday, July 18 2005

Oleh Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) – Semua program realiti berbentuk hiburan
melampau yang banyak diadakan di negara ini dengan jelas membawa generasi
muda Malaysia terpesong dari mencapai tahap terbilang.

Semua program itu langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya
menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan
mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh mereka yang menguruskan
rancangan-rancangan itu. Demikian penegasan disuarakan oleh Prof Diraja
Ungku Aziz ketika menyampai hujah dan menjawab soalan di dalam rancangan
Debat Perdana yang disiarkan menerusi media elektronik Radio Televisyen
Malaysia, RTM1 di Angkasapuri malam tadi.
Prof Ungku Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan
dan ekonomi negara menyifatkan program tersebut terlalu bebas sehinggakan
remaja dan anak-anak muda Malaysia terlalu jauh dari proses mendapat ilmu
yang boleh membawa negara ke arah yang terbilang.
Beliau hanya menyebutkan Akademi Fantasia sahaja sebagai satu contoh
sedangkan katanya, banyak lagi rancangan seperti itu yang sedang
ditayangkan di media massa.

Turut serta di dalam debat berkisar tentang Malaysia Terbilang itu adalah
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pensyarah UiTM, Datin Paduka
Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Setiausaha Pemuda MIC, S Murugesan.

Debat bertajuk Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang
dipengerusikan oleh bekas Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Datuk Nordin
Kardi yang baru dilantik ke jawatan Naib Canselor Universiti Utara
Malaysia (UUM). Menurut Pak Ungku lagi, program-program seumpama itu akan
menghalang anak-anak muda dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran
mereka sendiri.

Beliau yang sekarang adalah Yang Dipertua ANGKASA menyifatkan generasi
muda sekarang sedang menghadapi masalah krisis identiti yang memerlukan
penilaian semula pencapaian mereka selama ini. Katanya, apa yang berlaku
memperlihatkan bagaimana anak-anak muda generasi baru Malaysia ini
bertindak mengikut arahan ‘orang lain’.

Justeru, beliau banyak menekankan kepada anak-anak generasi baru Malaysia
agar banyak menuntut ilmu, membina keperibadian diri dan semua itu
mestilah bermula dari kemahiran dan kekuatan berfikir.
"Tanpa berfikir, pasti tidak akan berjaya," tegasnya merujuk kepada
bagaimana kalangan generasi muda yang menurutnya tidak rajin membeli dan
membaca buku.

Beliau juga menyifatkan cara hidup rakyat sama ada remaja atau dewasa
adalah berdasarkan kepada apa yang diiklankan di dalam media massa.
“Sehinggakan hendak beli sabun, syampu, pakaian atau apa sahaja mesti
berdasarkan kepada apa yang dilihat di dalam iklan-iklan itu,” jelasnya
lagi.
Pandangan Pak Ungku telah mendapat reaksi yang sangat baik dari semua
penonton di auditorium RTM itu serta berdasarkan soalan menerusi telefon
dari penonton di luar dewan.

Rata-rata mereka menyifatkan sikap kritis dan kritik jujur dari Pak Ungku
itu wajar diterima dengan baik kerana beliau langsung tidak mempunyai
apa-apa kepentingan sama ada untuk diri sendiri mahupun politik.
Terdahulu Pak Ungku menyifatkan gelaran Malaysia Terbilang adalah tidak
kena pada tempatnya dan banyak perkara perlu dikaji semula kerana
berbagai-bagai masalah sosial dan sebagainya sedang dihadapi oleh
generasi muda negara.

Sementara itu, Datin Paduka Syarifah Mazlina berharap pihak berwajib mesti
meletakkan garispanduan bagaimana untuk menjadikan program-program
seumpama itu menjadi lebih baik ke arah pembinaan generasi terbilang.

Menurutnya, konsep itu boleh digunakan juga untuk mencari bakat-bakat
dalam bidang seni yang lain kerana dengan cara itu, remaja dan generasi
muda akan lebih mudah ‘memahami kerana kita bercakap dalam bahasa
mereka’.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: