Wednesday, July 13, 2005

[Malaysia] UMNO Bohong Pelajar Jordan?


UMNO membohongi pelajar-pelajar di Jordan.

Rombongan UMNO telah hadir ke bumi Jordan dengan diketuai oleh Tan Sri
Hamid Othman bersama dengan wakil pemudanya, Khairi Jamaluddin dan Dato
Firdaus serta ketua puteri UMNO dengan beberapa orang AJK nya serta lebih
40 orang yang lain termasuk Mustafa Taib.

Bersempena dengan lawatan ini, adalah Seminar Islam Peringkat Antarabangsa
yang dianjurkan oleh kerajaan Jordan dan bukannya OIC. Seminar ini telah
dihadiri oleh ulama-ulama terkemuka seperti Yusuf Qardhawi dan Said
Ramadhan Al-Buti. Puteri UMNO telah berkesempatan menemui beberapa
pelajar perempuan dan mengedarkan borang ahli puteri UMNO termasuk
risalah dan alat-alat tulis secara percuma.

Pada hari terakhir lawatan ini, UMNO telah menghimpunkan pelajar-pelajar
Irbid dan Mafraq untuk ramah mesra dan taklimat dari delegasi. Dato
Firdaus, Khairi dan Hamid Othman adalah diantara yang memberi taklimat
dalam pertemuan ini. Namun apa yang berlaku, ucapan yang dibuat oleh
Hamid Othman, banyak berlaku pembohongan fakta yang sebenarnya terutama
terhadap Islam Hadhari

Di antara pembohongan Hamid Othman:

[a] Mendakwa bahawa seminar peringkat antarabangsa yang diadakan di Jordan
telah bersetuju dengan tema yang dicadangkan oleh Malaysia iaitu Islam
Hadhari.

[b] Menurutnya lagi seminar ini telah membincangkan berkenaan dengan Islam
Hadhari sesuai dengan cadangan yang dibuat oleh Malaysia sebagai
pengerusi badan OIC dan pelopor kepada istilah Islam Hadhari.

[c] Katanya beberapa ulama terkemuka telah bersetuju dengan tema ini dan
menyanjung Malaysia kerana telah menggunapakai Islam Hadhari.

Seorang Pensyarah Universiti di Jordan yang menjadi AJK dalam seminar ini
telah memaklumkan dan menunjukkan lebih 40 Kertas Kerja yang dibentang
dalam seminar ini yang sekaligus dapat menjawab segala pembohongan Hamid
Othman.

[a] Tema seminar ini bukannya Islam Hadhari sebagaimana yang didakwa
oleh Hamid, tetapi ialah Islam Sohih.

[b] Seminar ini pula langsung tidak membincang tentang Islam hadhari
tetapi perbincangan banyak ditumpukan kepada pertembungan Mazhab, soal
khilafiah. Hanya kertas kerja yang dibentang oleh Hamid Othman sahaja
yang menyebut tentang Islam Hadhari.

[c] Pembentangan yang dibuat oleh Hamid Othman sebenarnya telah
dihentam kuat oleh ramai ulama termasuk Yusof Qardhawi dan Said Ramadhan
terutama apabila menyebut tentang mentafsirkan semula Al-Quran. Hamid
Othman sendiri gagal untuk memberi jawapan.

Apa yang menarik dalam ucapan Hamid juga, beliau mendakwa bahawa Malaysia
sebenarnya mempelopori penggunaan Istilah Islam Hadhari tetapi waktu yang
sama beliau mendakwa bahawa Malaysia telah siap menterjemahkan buku yang
ditulis oleh Said Ramadhan tentang Islam Hadhari.

Beberapa pelajar yang ditemui selepas majlis berkenaan sebenarnya
melahirkan rasa kesal di atas kehadiran badan politik berkenaan terutama
dalam waktu yang mereka menyeru agar pelajar tidak terlibat dengan
politik.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: