Friday, July 29, 2005

[Malaysia] Kaji semula program kondom, jarum percuma - ABIM

Kaji semula program kondom, jarum percuma - ABIM (Harakdaily)
Oleh Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan program perintis Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan jangkitan HIV/Aids di kalangan rakyat negara ini dengan mengambil kira padangan semua pihak.

Menurut Setiausaha Agung Abim, Azizuddin Ahmad, untuk melaksanakan program itu kerajaan harus juga mendengar pandangan daripada ulama, akademik, profesional dan juga rakyat.
Ini kerana katanya, program perintis itu mungkin akan menimbulkan implikasi sama ada baik atau buruk.

Bagaimanapun katanya, jika kerajaan bertegas melaksanakan program pemberian kondom dan dan jarum percuma kepada sejumlah 1200 penagih di negara ini, maka ia perlu dilaksanakan dengan teliti dan serius dengan memasukkam elemen kegamaan, motivasi dan kawalan sebaiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sebaik sahaja selesai 'Persidangan meja bulat; Implikasi Pemberian Jarum dan Kondom Terhadap Masyarakat', di Gombak semalam.

Azizuddin berkata, perkara asas yang perlu ditekankan kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV/ Aids itu, yang paling baik adalah dengan menerapkan penghayatan cara hidup Islam yang sempurna.

Beliau juga mempersoalkan adakah dengan melaksanakan program perintis itu dapat mengubah kelakuan tidak bertanggungjawab di kalangan penagih-penagih.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada statistik yang menunjukkan jangkitan HIV/Aids turun mendadak oleh negara-negara yang menggunakan kaedah pemberian jarum dan kondom serta dadah percuma kepada penagih.

"Kita mendapati model yang dimulakan oleh Barat tidak pernah menampakkan kejayaan dan perubahan dalam masyarakatnya, apakah kita akan boleh berubah berdasarkan kaedah mereka? Kita tidak perlu mengikut model barat.

"Adakah logik seseorang itu (penagih) apabila semasa berkongsi jarum punyai kesempatan untuk menukar jarum tersebut? Apakah dengan memakai kondom menjamin 100 peratus tidak berlaku jangkitan tersebut, dan kita tahu bagaimana tahap pemikiran seseorang penagih," jelasnya.

Tegasnya, jangan sampai rakyat dapat rasakan bahawa kerajaan kini langsung tidak mahu berfikir dan tidak dapat mempertahankan lagi nilai serta budaya, agama, bangsa dan negara.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya terburu-buru melaksanakan sesuatu perkara sekadar untuk mempertahankan fakta yang tidak tepat dan menggesa agar program ini dilaksanakan demi kebaikan umat seluruhnya.

Sementara itu, Wakil dari PAS Dr Rayney Azmi Ali pula berpendapat perkara utama yang perlu ditekankan dalam program ini adalah amar maaruf nahi mungkar.

Malangnya, Dr Rayney berkata, di negara ini wujud konsep mengajak rakyat kepada kebaikkan tetapi tidak ada mencegah kepada kemungkaran.

"Kalau asasnya kuat, seperti didikan agama, segala masalah akan selesai, ini kerana kebanyakkan kaum melayu yang menjadi mangsa HIV dan dadah, sekiranya mereka ini ada pengangan agama mungkin masalah ini tidak akan timbul," jelasnya.

Justeru kata beliau, yang sewajarnya menjadi langkah-langkah pencegahan adalah penutupan saluran-saluran yang akan melorongkan mereka kepada jangkitan HIV seprti, membanteras gejala maksiat di pelbagai peringkat, gerak gempur sarang-sarang penagih dadah dan sarang maksiat serta penyederhanaan program dan bucaya hiburan yang semakin keterlaluan.

Di antara panelis yang hadir dan membentangkan kertas kerja masing-masing adalah, Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria; Pakar Perunding Kanak-kanak dan Penyakit Berjangkit Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Kamarul Azhar Mohd Razali; Pengurus Program HIV/AIDS Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Dr Faisal Ibrahim; dan Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Ishak Mas'ud manakala Dr Rayney Azmi Ali dari Pusat Perubatan Kohilal mempengerusikan sesi


Abim says ‘yes’ to syringes, condoms
NST, 11 July 2005

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) today supported the move to provide free syringes and condoms to drug addicts, but with a caveat. The programme should not convey the message that it was all right to take drugs and practise free sex, secretary-general Azizuddin Ahmad said.

Azizuddin said the movement was relieved to learn that the free syringes and condoms would be given under strict supervision.

He said this after a roundtable discussion on the implications of giving free needles and condoms to drug addicts, attended by about 10 representatives of several organisations, including Pas.

The Health Ministry’s HIV/AIDS programme manager, Datuk Dr Faisal Ibrahim, explained the efforts being undertaken to stem the spread of HIV/AIDS.

Also present were Federal Territory Pas Liaison Committee member Dr Rayney Azmi Ali and Perak Mufti Datuk Seri Dr Harunssani Zakaria.

Dr Faisal assured that only trained care workers would be allowed to distribute new syringes in exchange for the old ones and these would only be given to addicts who came personally.

"This programme will also help track undetected drug addicts so that we can give them assistance such as counselling and advise them to undergo tests for HIV."

He said a comprehensive action plan would be unveiled early next year.

A committee will monitor the pilot project.

Azizuddin wanted the Government to use religion to tackle the problem, and suggested that imams play a bigger role in this.

"Abim, with its limited resources, has trained over 30 imams for such a purpose," he said.

Dr Rayney said Pas believed that a strong religious foundation would help check the drugs and HIV/AIDS problems.

No comments: