Friday, July 29, 2005

[Malaysia] Bengkel ABIM Mengenai Program Pengagihan Jarum

Bengkel Keprihatinan Isu-Isu Sosial: Implikasi Pemberian Jarum Dan Kondom Percuma Terhadap Masyarakat
10 Julai 2005

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Bengkel Keprihatinan Isu-isu Sosial yang membincangkan Implikasi Pemberian Jarum dan Kondom Kepada Pesakit HIV/AIDS di Kompleks Anjung Rahmat, Gombak pada Ahad, 10 Julai 2005.

Bengkel tertutup yang dihadiri oleh lebih kurang 50 orang dari pelbagai pertubuhan profesional dan NGO telah dipengerusikan oleh Dr. Rayney Azmi Ali Pusat Perubatan Kohilal. Empat orang pembentang telah menjelaskan kedudukan dan memberi penyampaian did lam bengkel tersebut, iaitu

(i) Dr. Kamarul Azhar Mohd Razali, Pakar Perunding Kanak-kanak dan Penyakit Berjangkit, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur,

(ii) Dato' Dr. Faisal Haji Ibrahim, Pengurus Program HIV/AIDS, Kementerian Kesihatan Malaysia,

(iii) Dr. Ishak Mas'ud, Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru, dan

(iv) Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Perbincangan bengkel selama empat ini diakhiri dengan satu sidang media selama lebih kurang sejam sebagai merumuskan penyampaian dan penjelasan yang dilakukan. Di dalam sidang media tersebut, Dato' Dr. Faisal Ibrahim telah menjelaskan tujuan kehadiran beliau ke bengkel tersebut manakala ABIM pula menjelaskan pendiriannya mengenai cadangan tersebut sepertimana yang dimaklumkan di dalam memorandumnya kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada 18 Jun 2005.

ABIM menyatakan bahawa Kerajaan seharusnya mengambilkira pandangan agama dan kesusilaan budaya masyarakat yang pegang selama ini. Pandangan ini mestilah diambilkira secara menyeluruh dalam usaha membenteras penyakit HIV/AIDS yang semakin menular dalam masyarakat.

Peruntukan yang mencukupi perlu diberi bagi membolehkan usaha dapat dibuat secara bersungguh-sungguh. Yang jelas, Islam telah mengemukakan penyelesaian yang dapat merubah sikap manusia kepada yang baik. Metodologi barat tidak semestinya menghasilkan kesan yang baik dan sesuai pada semua tempat.

ABIM bersedia membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani isu ini.

www.abim.org.my

No comments: