Monday, July 25, 2005

DRAMA PENGEBOMAN LONDON 7/7

PENGEBOMAN LONDON 7/7 SUATU DRAMA

Ramai yang terus menunding jari kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam
apabila berlakunya pengeboman di London pada 7 Julai yang lalu, dan
seperti biasa media-media barat memainkan peranan mereka seperti yang
telah diaturkan dengan kemas dan teratur.

Dalam masa yang sama, banyak persoalan-persoalan lain yang masih belum
terjawab kini.

[1] Ramai yang tidak mengetahui (atau tidak diberitahu media) bahawa pada
pagi 7 Julai tersebut pasukan keselamatan Britain sedang membuat
"Underground Bombing 'Exercises'" atau latihan menyelamat jika bandar di
London diserang oleh penganas. Yang peliknya, latihan seperti ini tidak
pernah dijalankan sebelum-sebelum ini di bandar London. Dan bertambah
pelik apabila kejadiaan pengeboman ini berlaku pada masa yang sama dan
tempat yang sama di mana latihan ini hendak dijalankan. Perkara ini
diberitahu sendiri oleh Peter Power, Pengarah Urusan Visor Consultants
(Syarikat yang mengendalikan latihan ini) kepada BBC radio 5 dan ITN TV
pada hari kejadian (sila rujuk http://www.prisonplanet.com/arti
mbingexercises.htm)

[2] Menurut laporan dari akhbar Britain, the Mirror pula pada 9 Julai,
menurut seorang pegawai atasan polis, keempat-empat camera CCTV yang
diletakkan dalam bas bernombor 30 tersebut tidak berfungsi pada hari
pengeboman tersebut. CCTV dalam bas tersebut akan diperiksa setiap 2
hingga 3 kali dalam masa seminggu. Alasan yang diberikan pula adalah
kemungkinan pemandu bas tersebut terlupa untuk mengaktifkan camera
tersebut pada hari itu. ( sila rujuk http://www.mirror.co.uk/archive/ ...
4762-name_page.html )

[3] Kenyataan yang telah disiarkan dalam satu website kononnya diterbitkan
oleh "Kumpulan Rahsia Al-Qaeda di Eropah" mengandungi ayat Al-Quran yang
salah dan ini diakui sendiri oleh Jacob Keryakes penterjemah saluran TV
MSNBC dan beliau menambah bahawa kesalahan seperti ini bukanlah sesuatu
yang biasa dilakukan oleh pertubuhan Al-Qaeda dalam pengakuan-pengakuan
sebelum ini. ( sila rujuk
http://www.msnbc.msn.com/id/8496293/ )

[4] Tiada sebab untuk kesemua suspek yang dituduh melakukan pengeboman
itu.

a. kesemua suspek telah membeli tiket pergi dan balik dan telahpun
membayar untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta masing-masing.

b. kesemua suspek membawa bersama dompet beserta dengan kad bank, lesen
memandu dan lain-lain barangan peribadi (biasanya dalam pengeboman berani
mati, pengebom tidak akan membawa bersama barangan peribadi supaya sukar
dikesan pihak berkuasa.)

c. Dua daripada pengebom yang didakwa terlibat mempunyai sebab yang sangat
kukuh untuk hidup iaitu Jermaine Lindsay yang mempunyai seorang anak
berumur setahun dan menanti kedatangan anak keduanya dalam masa terdekat.
Mohammed Sidique Khan yang juga mempunyai anak berumur 14 bulan dan
isterinya juga masih mengandung.

[5] Pengebom keempat Hasib Hussain tidak meletupkan bomnya di
tengah-tengah bas di mana lebih ramai orang boleh terbunuh, sebaliknya
meletupkannya di bahagian belakang tingkat atas bas tersebut.

[6] Matawang Pound telah jatuh kira-kira 6% dari nilai asalnya 10 hari
sebelum kejadian ini berlaku. Matawang sesebuah Negara yang stabil
seperti Britain tidak akan jatuh sebegitu dalam masa yang singkat iaitu
kira-kira 1.82 to 1.72 berbanding Dollar Amerika tanpa sesuatu sebab yang
kukuh. Ini menampakkan terdapat pihak yang sudah mengetahui hal ini lebih
awal dan mula menjual matawang Pound pada harga tinggi untuk membelinya
semula apabila telah jatuh. (sila rujuk graf di
http://www.x-rates.com/d/USD/GBP/graph120.html ) dan
(http://infowars.net/Pages/Jul05/170705pound.html )

[7] Seperti biasa pihak berkuasa Britain memainkan drama yang sama seperti
yang berlaku pada 9/11 dahulu dimana mereka mendakwa menjumpai barangan
kepunyaan pengembom seperti pasport dan sebagainya. Yang peliknya
bagaimana dalam pengemboman yang begitu dahsyat paspot dan lesen memandu
yang diperbuat dari kertas dan plastik tidak terbakar atau hangus?
Samalah seperti cerita FBI semasa serangan 11/9 di mana mereka mendakwa
menjumpai paspot suspek yang berada di dalam kapal terbang berdekatan
dengan WTC.

[8] Bob Kiley, Pengerusi pengangkutan London pernah berkhidmat dengan CIA
sebagai Pengurus operasi CIA dan kemudiannya sebagai Penolong Eksekutif
kepada Pengarah CIA (Manager of Intelligence Operations and then as
Executive Assistant to the Director.) (sila rujuk
http://www.tfl.gov.uk/tfl/chief_officers.shtml )

[9] Akhir sekali, dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jurucakap
Taliban Abdul Latif Hakimi kepada France-Presse melalui percakapan
telefon bahawa Taliban tidak mempunyai sebarang kaitan dengan serangan
tersebut. (sila rujuk http://www.iii.co.uk/news/?type= ...
&action=article )

Melalui semua bukti di atas kita dapat membuat kesimpulan bahawa
pengeboman ini didalangi pihak-pihak tertentu yang akan mendapat mendapat
keuntungan samada dari segi sokongan ataupun tindakan pihak tertentu untuk
menghina agama Islam. Alasan ini juga ada diguna untuk menghambat
orang-orang Islam dari Britain secara tidak langsung.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: