*Fathi Aris Omar*
Sep 01, 07
ISU-ISU rasuah sering muncul termasuk melibatkan pegawai tinggi kerajaan
serta tokoh politik negara dan menjadi perdebatan umum tetapi ia tidak
akan
berjaya mengalih undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan
datang, kata pengamat-pengamat politik.
Rustam A. Sani, seorang cendekiawan yang dekat dengan parti-parti
pembangkang, menyalahkan masyarakat yang tidak mempunyai "keberangan
moral"
sehingga isu-isu rasuah gagal menjadi tema utama politik berbanding
isu-isu
seks, agama atau perkauman.
"Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja," katanya kepada mStar Online
apabila diminta mengulas dampak isu rasuah terhadap pengundi.
"Perasaan marah masyarakat tidak kuat. Orang ramai anggap rasuah isu
biasa.
Orang fikir, 'kalau saya ada peluang, saya akan ambil juga'."
*Isu seks lebih memeranjatkan*
Menurutnya, amalan rasuah sudah terinstitusi dan "tidak memeranjatkan"
orang
ramai berbanding skandal seks pemimpin, misalnya tuduhan liwat terhadap
bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan
raya umum 1999.
"Isu liwat itu memeranjatkan. Tetapi isu korupsi sudah tidak
memeranjatkan,"
tambahnya.
Mengulas gerakan anti-rasuah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi sebagai satu strategi politik menjelang pilihan raya umum 2004,
Rustam berkata:
"Bagi saya, Abdullah tidak mahu dianggap sebagai penerus dasar-dasar Dr
Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri itu sering dituduh mengamalkan
rasuah dan kronisme, khususnya oleh kumpulan reformasi.
"Mungkin gerakan ini berkesan, Dr Mahathir sudah hilang kredibiliti dalam
menangani isu rasuah. Abdullah mahu divert daripada citra Dr Mahathir.
Apabila wujud pertukaran kepemimpinan, maka pemimpin-pemimpin Barisan
Nasional fikir perlunya mereka menekankan kempen anti-rasuah."
*Harapan baru*
Pada waktu itu, katanya, wujud harapan baru di kalangan pengundi untuk
menyaksikan perubahan politik di negara ini melalui Perdana Menteri
termasuk
usaha membanteras rasuah, khususnya melibatkan kes-kes berprofil tinggi.
"Perdana Menteri dianggap 'Mr Clean'. Malah di kalangan sesetengah
pengundi,
Abdullah dianggap sebagai seorang ulama," katanya.
Pandangannya ini dikongsi ketua pengarang Harakah, Ahmad Lufti Othman.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan sejauh mana imej 'Mr Clean' Abdullah
sekarang dan kempen anti-rasuahnya boleh menguntungkan BN dalam pilihan
raya
umum ke-12.
Menurutnya, pengundi-pengundi lebih mudah digerakkan oleh sentimen dan
kegemparan, misalnya isu sigah Kadazan yang dipakai Tengku Razaleigh
Hamzah,
waktu itu sebagai presiden Parti Melayu Semangat 46, di saat-saat akhir
tempoh kempen pilihan raya 1990.
*Kurang kuat menyentuh pengundi*
"Isu seumpama ini lebih kuat menyentuh pengundi, berbanding isu rasuah,"
tambah Ahmad Lutfi, yang pernah menulis dan berkempen tentang isu dakwaan
rasuah dalam kerajaan negeri Selangor menjelang pilihan raya umum lalu.
"Kita tidak pasti (tentang isu rasuah). Yang nyata hari ini belum tentu
nyata dalam tempoh berkempen. Kalau kita membaca blog atau artikel di
Internet, kita memang rasa nyata isu rasuah (dan dakwaan penyelewengan
kerajaan) tetapi kita tidak pasti bagaimana pengundi melihatnya."
Seperti juga Rustam, pengarang buku-buku politik ini meletakkan kegagalan
kempen isu rasuah untuk mempengaruhi pengundi di tangan parti-parti
pembangkang.
"Ada jurang maklumat antara jentera parti dengan orang ramai, khususnya
pengundi tradisional (yang tidak terdedah kepada teknologi maklumat),"
kata
Ahmad Lutfi, sambil memberi contoh, akhbar tabloid PAS yang diketuainya
tidak menunjukkan sebarang peningkatan jualan walaupun cakap-cakap tentang
pilihan raya umum semakin hangat.
"Misalnya dalam isu kos pembinaan Istana Negara yang baru. Harakah yang
pertama membongkarnya. Daripada peruntukan RM400 juta kepada RM1.2 bilion.
*Perlu dipakejkan untuk lebih menarik*
"Isu-isu rasuah yang ada sudah cukup untuk mempengaruhi pengundi. Tetapi
perlu dipakejkan. Kalau ada pembongkaran baru (ketika tempoh kempen), itu
(kita anggap) bonus sahaja," katanya, sambil menggesa parti-parti
pembangkang melihat rasuah sebagai strategi utama kempen supaya ia dekat
di
hati pengundi.
"Selalunya ketika kempen pilihan raya umum, bukan pembangkang yang
menyerang. BN yang menyerang, pembangkang terpaksa menjawab dan menepis.
Misalnya Anwar, mungkin banyak isu yang beliau kena jawab, daripada
menyerang BN."
Rustam pula berkata: "Pembangkang belum bertemu satu cara mempakej isu
rasuah. Ceramah-ceramahnya (tentang rasuah) sekadar menimbulkan kesedaran,
belum sampai di peringkat kebencian. Orang ramai tidak marah. Pembangkang
sekarang ini masih gagal."
Bahayanya, tambah kolumnis terkenal ini, rasuah yang terinstitusi
menjadikan
masyarakat tidak kisah lagi. "Malah ada orang merasakan memang sudah
menjadi
ganjaran untuk orang politik, apabila berkuasa, mereka boleh mengambil
rasuah," katanya.
Ditanya tentang dakwaan rasuah yang dilaporkan melibatkan pegawai tinggi
polis, Badan Pencegah Rasuah dan beberapa ahli politik BN, Rustam berkata
pengundi tidak melihat isu-isu itu melibatkan Perdana Menteri atau
kerajaan
pimpinan Umno, sebaliknya kelemahan birokrasi dan individu tertentu
sahaja.
"Kerajaan pimpinan Abdullah kelihatan neutral dalam soal rasuah
pihak-pihak
ini. Ia tidak endorse (menggalakkan), tidak pula bertindak keras,"
katanya.
*Sikap berbeza pengundi Cina, Melayu*
Tentang perbezaan sikap pengundi-pengundi Cina dan Melayu terhadap isu
ini,
kedua-dua pengamat bersetuju orang Cina sebagai peniaga dan pembayar cukai
lebih serius menolak rasuah berbanding orang Melayu.
"Lagipun, orang Cina sering menganggap kerajaan itu suatu kuasa yang
dipaksakan ke atas mereka. Jika kerajaan baik, mereka bertolak-ansur. Jika
kerajaan itu korup, mereka akan tolak.
"Orang Melayu tidak fikir begitu, mereka anggap kerajaan BN itu 'kerajaan
kita'. Sejak zaman penjajahan Inggeris, orang Melayu rasa kerajaan mereka
diketuai oleh Sultan-sultan, bukannya suatu penjajahan asing melalui
residen
Inggeris," kata Rustam.
Ahmad Lutfi pula berhujah: "Pengundi Melayu umumnya bukan pembayar cukai.
Mereka tidak rasa duit mereka dibazirkan (akibat penyelewengan dana
negara).
"Orang Cina pula peniaga, mereka terpaksa membayar (rasuah) untuk
melicinkan
perniagaan. Jadi, isu rasuah dekat dengan mereka. Pengundi Melayu tidak
(rasa begitu)."
- *Dipetik dari mstar.com*
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment