Saturday, May 27, 2006

tukar nama pejabat PAS dari markas kepada nama lain

Husam cadang tukar nama pejabat PAS dari markas kepada nama lain
Tuesday, January 03



Oleh EKMAL YUSOF
TAIPING, 3 Jan (Hrkh)-Naib Presiden PAS, Husam Musa mencadangkan agar PAS menukar nama pejabatnya dari markas kepada nama-nama lain yang lebih sesuai kerana anggapan pihak luar terhadap markas sangat mengelirukan.

"Kepada ahli-ahli PAS, perkataan markas bermaksud tempat bangunan pejabat PAS, ianya sememangnya tidak menggambarkan sebarang yang ganjil.

"Tetapi, kepada orang ramai di luar sana atau pun orang-orang tentera, 'markas' itu menggambarkan sebuah tempat tentera termasuk sepertimana yang terdapat lazimnya di markas tentera.
"Seben! arnya, di markas PAS, semua yang bersangkutan dengan tentera tidak ada. Yang ada hanya kopiah atau ketayap putih, tasbih dan sejadah atau tikar sembahyang sahaja.
"Tetapi itulah persepsi setengah daripada mereka di luar sana, markas PAS dianggap lain," kata Husam ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Kepentingan Isu Semasa Dalam Mengubah Minda Rakyat' di Markaz Tarbiyah Air Kuning, di sini.
Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan secara perlahan-lahan nama pejabat PAS itu ditukar kepada nama lain.
"Kalau bolih, moleklah kita gunakan perkataan lebih lojik yang dapat menguntungkan parti juga, seperti kepada balai kuliah misalnya secara perlahan-lahan," cadang beliau.
Lemah lembut dalam kenyataan
Beliau juga meminta semua pimpinan PAS berhati-hati dan lemah lembut ketika bercakap atau membuat sesuatu kenyataan.
"Ketika menangani isu-isu yang serius dan kritikal, haruslah kitamenggunakan cara ketrampilan yang bersopan dan lembu! t.
"Seperti pendapat para cendiakawan, walau pun di dalam perut kita ada harimau, tapi di luar, lembut seperti sekor kambing," katanya.
Bagi memastikan semua ahli PAS sensitif dengan isu semasa, beliau meminta supaya mereka sentiasa mengikuti isu semasa dengan sempurna.
"Para ahli parti perlu baca, wajib kena kaji, fikir dan ikuti dengan teliti isu-isu dan berita-berita semasa.
"Kita tidak mahu satu dua tiga orang sahaja ada habit yang penting sedemikian itu, tapi semua orang harus mengamalkannya setiap hari dan masa," kata Husam.

No comments: