Saturday, May 27, 2006

Cerita di Seminar Artikel 11 Pulau Pinang

Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel
Cititel 14 Mei 2006

Sekadar ingin berkongsi pengalaman tentang kejadian
yang berlaku di Hotel Cititel pada hari tersebut. Saya
sampai di perkarangan Hotel Cititel kira-kira jam 8.20
pagi. Sebelumnya dari seberang, saya menaiki feri dan
dari terminal feri di sebelah Tanjung/Pulau ke hotel,
jarak perjalanannya hanya lebih kurang 3 km, tetapi
tidak kurang dari 4 roadbloacks yang terpaksa
dilintasi.


Sewaktu saya sampai, pada waktu itu pasukan Polis
sudah siap berkawal di hadapan hotel dan di setiap
jalan yang menuju ke hotel tersebut. Pada waktu itu
juga, pasukan pendemonstrasi sudah bersiap sedia
berkampung di parking lot bertentangan dengan hotel
tersebut. Saya anggarkan lingkungan 100 orang bersama
sepanduk, poster melaung-laungkan supaya IFC di
batalkan.

Dalam perjalanan saya untuk menuju ke khalayak yang
berdemonstrasi itu, saya melintasi 2,3 orang anggota
polis dan saya menegur dan bertanya kepada salah
seorang dari anggota polis (1 calit) tentang perihal
yang berlaku di hadapan hotel tersebut dan apa yang
menyebabkannya.

Secara agak tersorok-sorok, anggota polis 1 calit itu
menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan risalah
tentang IFC yang saya kira beliau dapat dari salah
seorang khalayak yang menyertai demo tersebut. Sambil
beliau memegang dan menunjukkan 15 tuntutan oleh IFC
kepada saya, beliau berkata" Depa ni (merujuk kepada
puak IFC) memang kita kena ajaq sikit..Ini bukan pasal
politik, tetapi ini pasal akidah kita.. Depa ni memang
kurang ajaq"… Saya agak tergamam apabila mendengar
ayat yang keluar dari mulut anggota polis 1 calit
tersebut…Ini sudah bagus…

Saya pun meminta kebenaran daripada beliau untuk masuk
ke dalam hotel untuk melihat-lihat apa yang terjadi di
dalam. Sementara itu, khalayak yang berdemonstrasi
semakin ramai dan suara mereka semakin kuat menguasai
perkarangan hotel tersebut. Anggota polis 1 calit itu
agak keberatan untuk melepaskan saya kerana dia
khuatir keadaan semakin tidak terkawal. Saya bilang
padanya, takpelah encik, Insyallah takde apa-apa… Saya
terus melintasi khalayak yang berdemonstrasi dan terus
masuk ke dalam hotel setelah menyusup di celah-celah
puluhan anggota polis (beruniform dan tidak
beruniform).Tiba di dalam lobi, ada kira-kira 4,5
orang anggota polis yang beruniform sedang berkawal
dan puluhan tetamu dan pekerja hotel yang kelihatan
terpinga-pinga mendengar laungan takbir dari khalayak
di hadapan hotel tersebut.

Saya terus duduk di salah sebuah sofa yang disediakan
sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan tidak lama
selepas itu, secara tiba-tiba saya dengar laungan
takbir yang semakin kuat dilaungkan oleh khalayak di
luar sana...Rupa-rupanya, pekikan yang kuat dari
khalayak secara tiba-tiba itu adalah untuk menyambut
kehadiran Zaid Ibrahim dan beberapa pengiringnya yang
masuk ke lobi hotel. Beliau bersama beberapa
pengiringnya lantas duduk bersebelahan sofa yang
sedang saya duduki itu sambil terus mengeluarkan
pemetik api, kotak rokok dan handphone jenama Samsung
D-500 dari sakunya..Seingat saya dalam masa 5 minit
beliau dan rakan-rakan duduk disitu, sudah cukup untuk
memenuhkan ashray yang disediakan oleh pihak hotel.
Entah berapa puntung rokok yang dihisapnya...tak
tahulah samada beliau memang kuat merokok ataupun
beliau gugup dengan sambutan luar biasa yang diberikan
kepadanya...

Sebaik sahaja beliau duduk, datang seorang wanita cina
(yang kemudiannya saya ketahui dia adalah pengerusi
badan NGO AWAM yang memperjuangkan hak asasi wanita di
Malaysia) menyapa beliau "Hi, welcome to Penang..what
can I say..." mungkin dia merujuk kepada khalayak yang
berdemo di hadapan hotel...

Selepas itu mereka terus berbual dan antara butir
perbualan (yang dibualkan dalam loghat kelantan)
bersama 3,4 orang pengiringnya yang dapat saya dengar
keluar dari mulut Zaid Ibrahim ialah "Kalu Malaysia
lagu ni gak, hancur kito..Kawe/ambo ingak oghe penang
ni Isle Liberal...ambo ingak di kelate ja lagu ni"...
Mungkin dia berasa terkejut dengan sambutan yang tak
di sangka-sangka dari orang Islam di Penang kerana
menurut beliau, biasanya kawasan MALAY BELT (kltn,
trnganu,kedah,perlis) sahaja yang mungkin ada
demonstrasi seperti diluar sana dan tentulah Penang
tidak termasuk dalam senarai beliau...Sambil itu, di
luar sana, laungan dan pekikan dari khalayak semakin
kuat kedengaran menyambut ahli-ahli panel yang datang
memasuki lobi hotel.. Antaranya Prof Shad Faruqi,
Malik Imtiaz dan yang lain-lain...

Zaid Ibrahim dan rakan-rakan terus berbual yang tidak
dapat saya tangkap butirannya dan kemudian datang
seorang yang tidak saya kenali (saya rasa beliau
adalah negotiator antara IFC dan pihak Polis)
memaklumkan kepada Zaid Ibrahim dan rakan-rakan yang
mereka tidak mendapat kebenaran dari Pihak polis untuk
meneruskan forum sekiranya demonstrasi masih ada di
luar hotel. Beliau agak resah dan sambil menghisap
rokok beliau berkata "takpo, kito tunggu sekejap lagi,
nanti panas, balik la puak-puak tu", merujuk kepada
pendemonstrasi di luar. Terus saya menghantar SMS
kepada sahabat yang sedang berdemonstrasi supaya
mereka meneruskan demo supaya majlis forum IFC tidak
dapat di teruskan..Zaid Ibrahim terus menyatakan
kebimbangannya bahawa orang ramai (merujuk kepada
mereka yang datang untuk mengikuti majlis forum) tidak
akan datang kerana takut dengan suasana tegang di
hadapan pintu utama ke lobi hotel..

Saya terus duduk dengan harapan dapat mendengar butir
perbualan mereka sambil menunggu-nunggu kalau-kalau
ada muka yang saya kenali di dalam lobi tersebut.
Dalam pada saya memerhati mereka yang berada di dalam
lobi, saya ternampak sekumpulan 7,8 orang yang memakai
kopiah diketuai oleh seorang yang memakai baju melayu
putih, berkain pelikat, memakai sandal dan bersongkok.
Emm, mungkin ini agaknya mereka yang boleh dibuat
rakan memandangkan di dalam lobi itu hanya di penuhi
oleh pekerja hotel yang tidak tahu apa-apa dan ramai
manusia dari bangsa Cina, India, Singh dan orang
putih...Terus saya menuju ke lelaki bersongkok yang
kelihatan sedang sibuk mengarahkan anak-anak buahnya
untuk berbuat sesuatu..Rupa-rupanya beliau adalah
Cikgu Azmi, Pengerusi TERAS..saya tidak dapat cam
kerana tidak pernah melihat beliau dari dekat...

Cikgu Azmi dan rombongannya terus menuju ke lif untuk
ke tingkat 3, dewan di mana forum tersebut akan
diadakan. Saya terus mengikuti kumpulan yang di ketuai
oleh Cikgu Azmi dan keluar sahaja dari lif, ada 2,3
orang polis beruniform sudah berkawal di hadapan lif,
jalan menuju ke dewan dan di pintu masuk ke dalam
dewan.. Sebelum masuk, kami di kehendaki mendaftar di
2 kaunter yang di jaga oleh AJK forum tersebut yang di
antaranya ada 2,3 muka melayu...Setiap dari kami di
berikan 1 majalah terbitan ALIRAN (muka depannya di
siarkan gambar Allahyarham Moorthy dan Isterinya dgn
tajuk "NO JUSTICE & NO COMPASSION"), sekeping surat
untuk ditandatangani yang bakal diserahkan kepada PM,
sejarah dan motif penubuhan IFC serta sekeping
aturcara majlis beserta nama speaker yang akan
berucap. Baju kami juga di tampal dengan sekeping
sticker berwarna hijau florescent..

Kami melangkah masuk ke dewan itu dan tidak banyak
kerusi yang masih kosong. Rata-ratanya sudah dipenuhi
oleh audien dari bangsa lain; ada cina, india, singh,
orang putih...hanya ada 2,3 baris sahaja di bahagian
belakang dewan yang masih kosong untuk di isi..Di
pentas hadapan, segala persiapan sudah di
atur...background pentas, 5 kerusi untuk speaker,
screen besar dan sebagainya..Saya memerhati sekeliling
dan ada beberapa orang yang saya kenali turut
bersama-sama di dalam dewan tersebut. Kami
menunggu-nunggu dan tidak lama kemudian Zaid Ibrahim
pun masuk. Laungan Takbir berkumandang menyambut
kedatangan beliau dan disusuli secara serentak tolehan
oleh para hadirin yang duduk di hadapan terhadap kami.
Mungkin laungan takbir tersebut asing bagi mereka
(kaum cina, hindu dsb) tapi tidak bagi Zaid Ibrahim
kerana beliau dengan selamba mengangkat tangan sambil
tersenyum melambai ke arah kami yang bertakbir...ciss!

Zaid Ibrahim kemudiannya disusuli oleh speaker-speaker
yang lain mengambil tempat..Ada 5 orang
semuanya...Perempuan cina pengerusi AWAM, Prof Shad,
Malik Imtiaz, Zaid, Pengerusi ALIRAN (Ramakrishnan
kalau tak silap) dan seorang pengerusi
majlis...Pengerusi majlis terus mengumumkan yang
majlis akan berlansung juga tetapi hanya untuk 30
minit dan MC hanya berikan 5 minit sahaja untuk setiap
speaker berucap...Laungan takbir bergema dari pihak
yang ingin forum itu di batalkan dan keluhan dari
pihak penganjur dan audien yang ingin mendengar
taklimat tersebut secara serentak memenuhi dewan
tersebut...Suasan hingar seketika sebelum di redakan
oleh MC yang terus menyerahkan microphone kepada
Perempuan Cina pengerusi AWAM...
Berikut merupakan ucapan dari setiap speaker yg smpt
berucap; 3 orang smpt berucap selama lebih kurang 5
minit, Zaid Ibrahim hanya sempat memegang microphone
sebelum di minta untuk tidak berucap oleh SB dan
Pengerusi ALIRAN lansung tidak sempat memegang
microphone...

Perempuan Cina pengerusi AWAM -àorg pertama yg berucap

# sebab mereka menamakan kumpulan mereka as "ARTIKEL
11" à dlm perlembagaan, artikel 11 mengatakan setiap
individu berhak menganut agama pilihannya..
# bercerita ttg kes-kes yg pada pandangan beliau telah
melanggar hak asasi kaum wanita seperti

a. kes kaliammal dan suaminya Allahyarham Moorthy
b. kes nyonya tahir yg disifatkannya unik disebabkan
kaum keluarga nyonya tahir yg bukan islam meminta
mahkamah syariah membuat keputusan samada nyonya tahir
islam atau bukan..
c. kes lina teoh
d. kes (tak ingat nama) seorang wanita hindu dan juga
berkhwin dgn lelaki hindu.mereka mempunyai 2 anak dan
kemudian, si suami memeluk islam, dan bertindak
mengislamkan kedua-dua anak mereka...

# ini adalah 4 kes besar yg di bawa...
Prof Zaad Saleem Faruqi

# menyatakan islam agama yg baik, toleran dan tiada
unsur kekerasan dan islam memberi kebebasan atas tiap
individu..hujahnya menurut beliau di dalam alquran ada
2 ayat dlm surah albaqarah dan yunus; tiada paksaan
didalam agama (la iqra ha fiddin...surah baqarah) dan
Allah ciptakan semua manusia sama dan kita tidak boleh
mengubahnya (surah yunus,tak tau betul ke tak?)...

# bercakap ttg konsep undang2 dlm dual system..system
syariah dan common law/civil...

# secara terang-terangan mengatakan tiada nas/atau nas
yg lemah dari quran dan hadis nabi yang membincangkan
ttg apostate (murtad) dan hukuman bagi mereka yang
murtad (potong kepala..setelah semua process gagal utk
mengislamkan semula)..

# tidak tahu menahu ttg dakwaan 250,000 org telah
murtad menurut dato' harussani..dan dgn selambanya
berkata " saya dan isteri saya telah ke london, tetapi
ternyata kami tidak pun murtad"..sungguh kurang ajar
sekali jawapan beliau..
Malik imtias

# mengatakan malaysia mengikut perlembagaan adalah
negara sekular ttp hakikatnya adalah negara islam krn
masih amalkan undang-undng syariah

#mengatakn setiap kita mempunyai aspiration/cita-cita
dan ianya hanya akan tinggal sbg cita-cita sahaja.
Hanya ada satu shj cara utk kita jadikan cita-cita itu
menjadi realiti iaitu POLITIK..

# kita mesti MENGUNDI mereka yg mempunyai cita-cita yg
sama dgn kita untuk mencapai aspirasi tersebut....

# dari cara dia berucap, saya rasa, selepas ini
gerakan IFC akan menggunakan figure-figure di kalangan
politician utk memastikan cita-cita mereka menjadi
kenyataan...nauzubillah..

Zaid ibrahim

# tak smpt berucap krn di arahkan berhenti oleh SB dan
disambut dgn laungan takbir di dalam dewan tersebut...
Hariz Ibrahim

#dgn bangganya menyatakan jumlah tandatangan yg
terkumpul adalah melebihi 18,000 dan beliau
berkomitmen utk menggandakan jumlah tersebut dan
disambut dgn tepukan dari penyokong IFC dan boo dari
kami...

Majlis telah ditamatkan...hanya brjln dlm keadaan yg
tidak teratur..selama lebih kurang 30 minit
shj...ALHAMDULILLAH...SYUKUR TERHADAP PERTOLONGAN
ALLAH..SEMOGA CITA-CITA JAHAT MEREKA TERUS BERKUBUR...

Saya terus turun ke bawah dan lihat, Masyallah
ramainya yang turun demo..mungkin sekitar 1000 org...

Terima kasih pada yg turun berdemo pada hari tuh..
Kepada Pemuda PAS, TERAS, mamu-mamu tanjung,
mamak-mamak nasi kandar, mat-mat rempit dan seluruh
umat Islam yg cintakan agamanya...moga Allah pelihara
Islam, diri, keluarga, negara kita....

No comments: