Monday, May 01, 2006

pelancong China merosot 200,000

Blogger: Perlu dipastikan juga bahawa kes-kes jenayah yang bersangkutan dengan kemerosotan kedatangan "para pelancung" ini juga turut turun.

Laporan sensasi media, pelancong China merosot 200,000
Apr 26, 06 3:17pm

Jumlah kedatangan pelancong dari China ke negara ini telah menurun 36 peratus atau 200,000 kerana dikatakan kesan laporan akhbar yang sentiasa mensensasikan cerita gadis warga China dan laporan kes-kes jenayah.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata kedatangan pelancong dari China ke negara ini turun daripada 550,241 pada 2004 kepada hanya 350,089 tahun lalu. "Antara sebab penurunan itu ialah kita nampak ada laporan surat khabar yang selalu mensensasikan warga negeri China seperti kes seorang gadis dipercayai warga China diarah melakukan ketuk ketampi dalam lokap polis dan kes-kes jenayah yang dilapor dengan begitu hebat.
"Dan itu memang telah timbulkan satu masalah bahawa Malaysia, tempat tidak selamat, kasi kacau (mengganggu) pelancong dari negeri China," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Jimmy Donald (BN-Sri Aman) yang ingin tahu kemungkinan laporan akhbar yang seolah-olah memandang rendah pelancong negara itu menyebabkan penurunan jumlah kedatangan pelancong China ke Malaysia.
Sasaran 17.5 juta
"Seperti kita semua sedia maklum, industri pelancongan adalah industri yang begitu mustahak, begitu penting untuk ekonomi kita dan kita harap dengan kerjasama semua pihak kita boleh meningkatkan angka pelancong yang datang ke Malaysia," katanya.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, 6,796,549 pelancong asing melawat Malaysia tahun lalu, berbanding 5,153,064 pada 2004 denganketibaan pelancong terasmi dariChina, Jepun, Taiwan, India, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Tahun ini, katanya, kementerian berusaha menarik lebih ramai pelancong dengan menetapkan sasaran 17.5 juta orang termasuk dari Singapura.
Beliau berkata kementerian juga telah dan sentiasa mengambil langkah bagi meningkatkan bilangan pelancong dan menambah pendapatan selain memberi tumpuan terhadap mempromosi imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini.

No comments: