Wednesday, December 26, 2007

Selesainya kes Allahyarham Mohammad

Roslan SMS wrote: Allahyarham L/Kpl Mohammad bin
Abdullah selamat dikebumikan

ROSLAN SMS

Pagi tadi jam 8.00 saya telah berada di perkarangan Mahkamah Rayuan
Sivil, KL. Kira-kira jam 9.00 pagi kamar mahkamah telah hampir penuh
sungguhpun mahkamah dijangka bersidang hanya pada jam 10.

Kira-kira jam 10.15 pagi barulah Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas Dato
Raus Shariff masuk dan memulakan persidangan

Mahkamah sunyi sepi apabila Dato Raus merumuskan hujah-hujah kedua-dua
belah pihak dan akhirnya membuat keputusan beliau.

Keputusannya hanya satu dari permohonan pihak plaintif yang dibenarkan
iaitu bahawa plaintiff S. Kaliammal, iaitu isteri Allahyarham yang masih
beragama Hindu itu adalah isteri Allahyarham yang sah. Manakala
permohonan-permohonan lain termasuklah mengisytiharkan Allahyarham
sebagai seorang Hindu dan bukannya Muslim telah ditolak.

YB dan Mahfuz di luar mahkamah

Menurut Dato Raus yang pentingnya adalah bahawa Mahkamah (Sivil) tidak
mempunyai bidangkuasa menyemak atau membatalkan mana-mana keputusan
Mahkamah Syariah. Ini menurut beliau adalah selaras dengan peruntukkan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (a) yang menggariskan bidangkuasa
mahkamah-mahkamah persekutuan yang padanya tidak termasuk mahkamah
syariah.

Oleh itu berdasarkan keputusan Hakim Raus ini bermakna mahkamah rayuan
tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau membatalkan keputusan mahkamah
syariah dan dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL tempoh hari
yang telah berpuas hati bahawa Allahyarham Mohammad adalah seorang Muslim
dan perlu dikebumikan secara Islam perlu dipatuhi.

Sejurus keputusan disampaikan oleh Hakim Raus, peguam plaintiff M.
Manoharran telah memaklumkan bahawa beliau telah dinasihatkan oleh anak
guamnya untuk memohon rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Dalam waktu
yang sama Manoharran turut memohon agar mahkamah menolak ketepi buat
sementara waktu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Hakim telah membenarkan permohonan untuk rayuan namun menolak perintah
tahanan kerana menurut beliau, beliau tidak memiliki kuasa untuk menolak
memandangkan telah pun diputuskan bahawa mahkamah ini tidak langsung
memiliki kuasa menyemak apa lagi membatalkan keputusan mahkamah tersebut.

Lalu pihak JAWI melalui peguam mereka memaklumkan bahawa JAWI akan segera
melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu dan mengucapkan terima
kasih di atas keputusan Hakim Raus itu.

Maka berakhirlah penantian umat Islam terhadap tanggungjawab
menyempurnakan jenazah Allahyarham itu. Syabas diucapkan kepada para
peguam Muslim yang telah berhujah bagi pihak kepentingan umat Islam
khasnya Tuan Hj Muhammad bin Burok yang mewakili Persatuan Peguam Syarie
Malaysia.

Turut berada di mahkamah bagi mengikuti keputusan itu adalah Ketua Dewan
Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin
Ayub, AJK PAS Pusat Tuan Hj Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad.

Dan dengan keputusan itu juga pihak-pihak terbabit telah segera bergegas
ke Jabatan Forensik HKL untuk menyaksikan pula tuntutan mayat
Allahyarham.

Di perkarangan HKL orang-ramai termasuklah kakitangan HKL telah mula
mengerumuni kawasan tersebut. Pihak polis kelihatan mengawal keadaan dan
lalulintas dengan penuh cekap dan terpuji. Rata-rata suasana di luar
kelihatan tenang dan ramai yang berpuas hati dengan keputusan mahkamah
sebentar tadi yang dimaklumkan secara bisik-bisik dari seorang ke
seorang.

YB Sallahuddin dan Tuan Hj Mahfuz kelihatan masuk perkarangan Jabatan
Forensik dan mengambil peluang berbincang dengan pihak berkuasa dan kaum
keluarga Allahyarham yang berada di dalam termasuklah pihak wartawan dan
pemberita yang telah berkumpul bagi membuat liputan.

Kira-kira jam 2.30 petang van jenazah JAWI membawa keluar jenazah
Allahyarham yang telah selamat dimandi, dikafan dan disembahyang di bilik
mayat itu juga.Van jenazah diiringi oleh pihak polis trafik dan para
pegawai polis serta kaum keluarga dan umat Islam yang prihatin telah
bergerak pantas menuju ke tapak pengkebumian di Danau Kota, Setapak.

Van jenazah JAWI menuju ke Setapak

Setiba disana pasukan komando ATM telah pun menyediakan liang untuk
persemadian Allahyarham. Pihak tentera dan orang-ramai telah membanjiri
tapak pengkebumian untuk menyaksikan majlis yang telah sekian lama
tertangguh itu. YB Salahuddin dan Hj Mahfuz juga berada di tanah
perkuburan sehingga selesai majlis.

Dengan itu berkahirlah satu episod yang sungguh tegang dan mencabar.
Kiranya Mahkamah Tinggi Rayuan meluluskan kesemua permohonan pemohon maka
sudah pastilah walaupun telah memeluk Islam diwaktu hidupnya, jasad
Allahyarham akan diperlakukan menurut adat istiadat agama Hindu. Dan
sudah pastilah ketika itu akan wujud keadaan tegang lantaran tercabarnya
kewibawaan mahkamah syariah dan tercalarnya maruah umat Islam
keseluruhannya.

Alhamdulillah semuanya telah berakhir walaupun menurut seorang peguam
lewat petang tadi pihak plaintif telah berjaya mendaftarkan rayuan mereka
di mahkamah yang lebih tinggi di Putrajaya.

Kebetulan di tanah perkuburan tadi. Abang kandung Allahyarham, seorang
Muslim sejak tahun 1981, Mohd Hussin bin Abdullah telah merayu ketika
bercakap kepada pemberita agar kaum keluarga Allahyarham khasnya di pihak
isteri tidak lagi meneruskan proses rayuan tersebut.

Hussin duduk paling kiri sekali

Let matters rest, katanya. Yang sudah itu sudahlah, biarlah Allayarham
tenang berhadap dengan Tuhannya tanpa lagi apa-apa gangguan.

Mudah-mudahan demikianlah doa kita semua. Cuma saya ingin mengambil
kesempatan ini merakamkan bangganya diri saya melihat YB Salahuddin dan
Hj Mahfuz, dua orang pemimpin gerakan Islam yang sejak dari awal pagi
lagi, malah sejak semalam, mengikuti kes ini dengan penuh prihatin dan
berusaha setakat mana mampu menenangkan suasana dan mendorong pihak-pihak
tertentu agar menjalankan tugas sebagaimana yang dituntut oleh agama.

YB dan Mahfuz juga kelihatan bermesra dan bersalaman serta menenangkan
pihak kaum keluarga isteri Allahyarham bagi mencerminkan imej Islam yang
aman dan toleran. Yang penting di sini adalah perjuangan kita agar
keputusan mahkamah syariah itu dihormati oleh semua pihak, dan
Alhamdulillah kita telah berjaya.

Allahu Akbar!

SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/

---------------------------------
Yahoo! for Good - Make a difference this year.

---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new
Yahoo! Security Centre.
----- End forwarded message -----

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

Roslan SMS <roslan_s@yahoo.com> wrote: Allahyarham L/Kpl Mohammad bin
Abdullah selamat dikebumikan

ROSLAN SMS

Pagi tadi jam 8.00 saya telah berada di perkarangan Mahkamah Rayuan
Sivil, KL. Kira-kira jam 9.00 pagi kamar mahkamah telah hampir penuh
sungguhpun mahkamah dijangka bersidang hanya pada jam 10.

Kira-kira jam 10.15 pagi barulah Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas Dato
Raus Shariff masuk dan memulakan persidangan

Mahkamah sunyi sepi apabila Dato Raus merumuskan hujah-hujah kedua-dua
belah pihak dan akhirnya membuat keputusan beliau.

Keputusannya han! ya satu dari permohonan pihak plaintif yang dibenarkan
iaitu bahawa plaintiff S. Kaliammal, iaitu isteri Allahyarham yang masih
beragama Hindu itu adalah isteri Allahyarham yang sah. Manakala
permohonan-permohonan lain termasuklah mengisytiharkan Allahyarham
sebagai seorang Hindu dan bukannya Muslim telah ditolak.

YB dan Mahfuz di luar mahkamah

Menurut Dato Raus yang pentingnya adalah bahawa Mahkamah (Sivil) tidak
mempunyai bidangkuasa menyemak atau membatalkan mana-mana keputusan
Mahkamah Syariah. Ini menurut beliau adalah selaras dengan peruntukkan
Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (a) yang menggariskan bidangkuasa
mahkamah-mahkamah persekutuan yang padanya tidak termasuk mahkamah
syariah.

O! leh itu berdasarkan keputusan Hakim Raus ini bermakna mahkamah rayuan
tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau membatalkan keputusan mahkamah
syariah dan dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi Syariah KL tempoh hari
yang telah berpuas hati bahawa Allahyarham Mohammad adalah seorang Muslim
dan perlu dikebumikan secara Islam perlu dipatuhi.

Sejurus keputusan disampaikan oleh Hakim Raus, peguam plaintiff M.
Manoharran telah memaklumkan bahawa beliau telah dinasihatkan oleh anak
guamnya untuk memohon rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Dalam waktu
yang sama Manoharran turut memohon agar mahkamah menolak ketepi buat
sementara waktu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah
itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Hakim telah membenarkan permohonan untuk rayuan namun menolak perintah
tahanan kerana menurut beliau, beliau tidak memiliki kuasa untuk menolak
memandangkan telah pun diputuskan bahawa mahkamah ini tidak langsung
memiliki kuasa menyemak apa lagi memba! talkan keputusan mahkamah
tersebut.

Lalu pihak JAWI melalui peguam mereka memaklumkan bahawa JAWI akan segera
melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu dan mengucapkan terima
kasih di atas keputusan Hakim Raus itu.

Maka berakhirlah penantian umat Islam terhadap tanggungjawab
menyempurnakan jenazah Allahyarham itu. Syabas diucapkan kepada para
peguam Muslim yang telah berhujah bagi pihak kepentingan umat Islam
khasnya Tuan Hj Muhammad bin Burok yang mewakili Persatuan Peguam Syarie
Malaysia.

Turut berada di mahkamah bagi mengikuti keputusan itu adalah Ketua Dewan
Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin
Ayub, AJK PAS Pusat Tuan Hj Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad.

Dan dengan keputusan itu juga pihak-pihak terbabit telah segera bergegas
ke Jabatan Forensik HKL untuk menyaksikan pula tuntutan mayat
Allahyarham.

Di perkarangan HKL orang-ramai termasuklah kakitangan HKL telah mula
mengerumuni kawasan tersebut. Pih! ak polis kelihatan mengawal keadaan
dan lalulintas dengan penuh cekap dan terpuji. Rata-rata suasana di luar
kelihatan tenang dan ramai yang berpuas hati dengan keputusan mahkamah
sebentar tadi yang dimaklumkan secara bisik-bisik dari seorang ke
seorang.

YB Sallahuddin dan Tuan Hj Mahfuz kelihatan masuk perkarangan Jabatan
Forensik dan mengambil peluang berbincang dengan pihak berkuasa dan kaum
keluarga Allahyarham yang berada di dalam termasuklah pihak wartawan dan
pemberita yang telah berkumpul bagi membuat liputan.

Kira-kira jam 2.30 petang van jenazah JAWI membawa keluar jenazah
Allahyarham yang telah selamat dimandi, dikafan dan disembahyang di bilik
mayat itu juga.Van jenazah diiringi oleh pihak polis trafik dan para
pegawai polis serta kaum keluarga dan umat Islam yang prihatin telah
bergerak pantas menuju ke tapak pengkebumian di Danau Kota, Setapak.

Van jenazah JAWI menuju ke Setapak

Setiba disana pasukan komando ATM telah pun menyediakan liang untuk
persemadian Allahyarham. Pihak tentera dan orang-ramai telah membanjiri
tapak pengkebumian untuk menyaksikan majlis yang telah sekian lama
tertangguh itu. YB Salahuddin dan Hj Mahfuz juga berada di tanah
perkuburan sehingga selesai majlis.

Dengan itu berkahirlah satu episod yang sungguh tegang dan mencabar.
Kiranya Mahkamah Tinggi Rayuan meluluskan kesemua permohonan pemohon maka
sudah pastilah walaupun telah memeluk Islam diwaktu hidupnya, jasad
Allahyarham akan diperlakukan menurut adat istiadat agama Hindu. Dan
sudah pastilah ketika itu akan wujud keadaan tegang lantaran tercabarnya
kewibawaan mahkamah syariah dan tercalarnya maruah umat Islam
keseluruhannya.

Alhamdulillah semuanya telah ber! akhir walaupun menurut seorang peguam
lewat petang tadi pihak plaintif telah berjaya mendaftarkan rayuan mereka
di mahkamah yang lebih tinggi di Putrajaya.

Kebetulan di tanah perkuburan tadi. Abang kandung Allahyarham, seorang
Muslim sejak tahun 1981, Mohd Hussin bin Abdullah telah merayu ketika
bercakap kepada pemberita agar kaum keluarga Allahyarham khasnya di pihak
isteri tidak lagi meneruskan proses rayuan tersebut.

Hussin duduk paling kiri sekali

Let matters rest, katanya. Yang sudah itu sudahlah, biarlah Allayarham
tenang berhadap dengan Tuhannya tanpa lagi apa-apa gangguan.

Mudah-mudahan demikianlah doa kita semua. Cuma saya ingin mengambil
kesempatan ini merakamkan bangganya diri! saya melihat YB Salahuddin dan

No comments: