Wednesday, December 26, 2007

Mangsa banjir 'malukan' Ketua Kampung Umno

Dec 25, 07

KUANTAN, 25 Dis (Hrkh) - Mangsa banjir baru-baru ini 'memalukan' Ketua
Kampung apabila mereka beramai-ramai menerima juadah hari raya (rendang)
yang dibawa Pasukan Amal diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz
Nasruddin Hasan Tantawi di Pusat Perpindahan banjir Kg Ubai, Kuantan

Menurut Nasruddin, beliau bersama rombongan Yayasan Amal dalam rangka
lawatan ke pusat itu untuk menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada
mangsa banjir di pusat perpindahan banjir antara yang dibawa termasuk
daging korban yang telah dimasak (rendang).


"Hasrat kami untuk menjamu mangsa banjir dengan 'rendang daging' korban
itu dihalang Ketua Kampung yang meminta kami meletakkan makanan itu di
dalam stor, kami tidak bersetuju kerana daging yang sudah masak itu
mungkin tidak boleh disimpan lama.


"Akhirnya pihak berkenaan tidak membenarkan makanan yang kami bawa itu
diberi atau disimpan di dalam stor kerana bimbang keracunan makanan. Kami
rasa terhina kerana makanan yang kami bawa itu masih baru dan panas lagi,
ia selamat untuk dimakan," ujarnya.


Menurut Nasruddin ekoran tidak mendapat kebenaran ketua kampung kami
memutuskan untuk menghantar sendiri makanan yang kami bawa terus kepada
mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat itu.


Bagaimanapun tambah beliau, perbincangan kami dengan pihak Ketua Kampung
didengar oleh mangsa banjir, mereka beramai-ramai keluar daripada
bangunan pusat perpindahan meminta rendang yang kami bawa diberikan
kepada mereka.


"Tindakan mangsa banjir itu menyebabkan ketua kampung dan pengikutnya
menghilangkan diri dicelah-celah orang ramai, mungkin kerana malu,"
katanya.


Difaham semua pusat perpindahan mangsa banjir dikendalikan oleh Jawatan
kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dimonopoli sepenuhnya
oleh Umno.


"Saya percaya tindakan yang diambil oleh ketua kampung itu adalah
tindakan politik bertujuan untuk menghalang mangsa banjir mengetahui
selain mereka, ada orang terbabit membantu mangsa banjir,"ujarnya lagi.


Difahamkan Unit Amal Pahang membelanjakan kira-kira RM10,000 bagi
membantu meringankan mangsa banjir di negeri itu. Selain memberi bantuan
kemanusiaan seperti membersihkan rumah, masjid sekolah dan sebagainya,
Amal juga turut memberi bantuan berupa makanan seperti beras, susu dan
sebagainya.


Selain itu beberapa keperluan lain seperti lampin pakai buang, tuala
wanita turut disumbangkan kepada mangsa banjir.


Nasruddin dan rombongannya turut melawat Maran, Temerloh, Pekan dan Bera.


Di Pekan, Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf
berkata, di sebalik perhatian istimewa Timbalan Perdana Menteri Dato'
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada mangsa banjir di Pekan terdapat
beberapa perkara yang menimbulkan persoalan.


Antaranya, rungutan mangsa banjir tentang kekurangan barang makanan di
sesetengah pusat perpindahan banjir.


Katanya, beliau difahamkan barangan makanan akan banyak di pusat
perpindahan banjir yang akan dilawati oleh Timbalan Perdana Menteri
tetapi berkurangan di pusat-pusat perpindahan banjir lain yang tidak
disinggahinya.


Ini menimbulkan persoalan terhadap cara pengagihan barangan yang
dilaksanakan pihak berkuasa.


Kedua, penggunaan kapal terbang tentera yang menggugurkan barangan di
atas padang menyebabkan barangan menjadi rosak.


"Kenapa mereka menggunakan kapal terbang tidak helikopter yang boleh
mengangkut barang dan mendarat dimana-mana padang dengan selamat,"
ujarnya.


Beliau percaya tindakan menggunakan kapal terbang hanyalah untuk gimik
semata-mata bagi menunjukkan keperihatinan ahli perlimen Pekan membantu
mangsa banjir tetapi hakikatnya penggunaan kapal terbang adalah suatu
tindakan membazir berbanding helikoper.


Tambah beliau, perkara sama juga dilakukan iaitu meletupkan apa yang
dikatakan pulau di muara sungai Pahang.


"Saya berpendapat tindakan meletupkan 'pulau pasir' tidak banyak membantu
mengurangkan banjir kerana letupan itu tidak mampu memusnahkan pulau pasir
kerana sifat pasir itu sendiri."


"Idea meletupkan pulau pasir itu adalah idea spontan tanpa kajian pakar,
ia hanya merugikan wang rakyat."


"Pulau pasir sukar dimusnahkan dengan bahan letupan kerana pasir adalah
bahan kebal yang diguna untuk membina kubu dalam peperangan," katanya. -
mks.-->


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: