Thursday, August 04, 2005

[Malaysia] Seminar Pendidikan Tinggi Islam III, 13 Ogos 2005

JEMPUTAN SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM III
KOLEJ DAR AL-HIKMAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Dar al-Hikmah akan menganjurkan Seminar Pendidikan Tinggi Islam ke-3 pada 13 Ogos 2005 (Sabtu) dengan kerjasama Institut Perkembangan Minda(INMIND). Tema seminar sehari ini ialah "Pemerkasaan Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan".

Jadual Seminar

[8.30 pagi] Pendaftaran
[9.00 pagi] Ucapan Aluan Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan Upacara Perasmian oleh Y.B. Exco Pendidikan Selangor
[10.00 pagi] Ucap Utama: Pendidikan Islam ~ Fokus Pembentukan Akhlak oleh Prof.Dr.Hassan Langgulung, Pusat Perkembangan & Pembangunan Insan, UIA. Moderator : Tn.Hj.Ahmad Mohamad Said(KDH)

[11.00 pagi] Slot 1: Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan ~ Suatu Penilaian Kritis
oleh Prof.Dr. Nik Aziz Nik Pa, Jabatan Pendidikan Matematik & Sains, UM. Moderator: YBhg. Dato' Hj. Mohd Adanan Bin Isman (KUIS)

[2.00 ptg] Slot 2: Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Malaysia: Dahulu, Kini dan Masa Depan oleh Prof.Emeritus Dato’ Dr.Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, UM. Moderator : En. Mohd Khairudin Mohamad (INMIND)

[3.15 ptg] Slot 3: Nilai-nilai Murni Dalam Perspektif Agama-agama di Malaysia (Diskusi Panel) oleh Sir Rev. Solomon Abraham (Kristian), En.V.Harcharan Singh(Sikh), En.Lim Kooi Fong(Buddha), dan En.R.Letchumanan (Hindu). Moderator : Dr.Ghazali Basri(KDH)

Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bangi, Selangor

Yuran Penyertaan
Agensi kerajaan dan Pertubuhan [RM200.00 seorang]
Individu [RM100.00]
Pelajar [M50.00]

Untuk makluman lanjut, sila hubungi pihak Sekretariat Seminar (Pn.Norasmawati/En.Haffiz) di talian 03-89252392 atau melalui e-mel info@hikmah.edu.my.

No comments: