Thursday, August 04, 2005

[Malaysia] Selamat Tinggal Central Market

KEBANGKITAN MELAYU - selamat Tinggal Central Market
untuk peniaga - peniaga Bumiputera
Dari laman web UMNO reform
http://www.umno-reform.com/URnews/centralmarket.htm

Kami diminta hadir untuk mendengar rayuan sekumpulan anak-anak muda Melayu yang bakal kehilangan tempat berniaga di Pasar Seni Kuala Lumpur. Kami mendengar dengan penuh teliti bagaimana mereka mengatakan bahawa Pasar Seni ini telah dijual oleh Khazanah Nasional
dan pengurusan baru telah menaikkan sewa kepada satu kadar yang tidak akan mampu di bayar oleh mereka.

Kadar sewa bagi ruangan legar adalah pada RM 780.00 dan disewakan semula oleh penyewa kepada mereka dengan kadar RM 2,000 sebulan. Hari ini kadar itu dinaikkan kepada RM 2,000 dan penyewaan semula kepada kami adalah sekitar RM 3,000 - RM 3,500 sebulan.

Hampir 100-150 peniaga kecil akan kehilangan tempat berniaga dan kesemuanya adalah orang-orang Melayu yang telah menyewa dan berniaga di situ selama 12-15 tahun.

Penelitian kami lebih tertumpu apabila di maklumkan kepada kami bahawa syarikat yang memiliki Pasar Budaya tersebut adalah syarikat Cina - sungguhpun syarikat lokal tetapi di beritakan pemilik sebenarnya adalah Global - Singapura.

Kami sedang berusaha untuk meneliti syarikat itu yang bernama Prestige Debut Sdn Bhd dan dari mana asal syarikat tersebut tetapi apa yang kami dengar sungguh tidak menyelesakan, apa lagi sedang kita berbincang untuk kebangkitan Melayu dan meneruskan rancangan kita
dalam Dasar Ekonomi Baru.

Apa yang menjadi kekhuatiran kami adalah penerusan Dasar Ekonomi Baru yang diberi pernafasan semula tetapi pelaksanaan adalah seperti yang sekian ada yang bakal menyaksikan kegagalan berterusan dasar tersebut. Sungguhpun kami percaya bahawa di Pasar Seni Kuala Lumpur tersebut tidak ada penyewaan atas dasar kuota menteri tetapi di tempat - tempat perniagaan lain khususnya di bawah Majlis Tempatan dan khususnya Bandaraya Kuala Lumpur terma seperti kuota menteri wujud.

Kami juga dimaklumkan di Pasar Borong Selayang - di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kuota menteri wujud dan penyewa - penyewa yang berani berniaga di dalam Pasar Borong tersebut adalah Cina yang membayar sewa hampir RM 7,000 - RM 8,000 sebulan.
Ini amat memeritkan untuk peniaga Melayu bersaing.

www.umno-reform.com percaya kepada teori lembu suci dan percaya sekiranya di selongkar mengenai lembu-lembu suci ini ada antara kita dalam kepimpinan UMNO terlibat. Bagi www.umno-reform.com - kami percaya semua Majlis Kerajaan Tempatan khususnya Dewan Bandar
Raya Kuala Lumpur terlibat dalam memelihara lembu-lembu suci ini biar lembu ini dari kalangan ahli politik atau proksi pemegang amanah pegawai yang berkuasa.

No comments: