Monday, August 08, 2005

[Malaysia] Mengapa PETRONAS Tidak Disenaraikan di Bursa Malaysia?

MTEN: Mengapa Petronas tidak disenaraikan di Bursa M'sia
Malaysiakini, Aug 8, 2005

Syarikat minyak negara, Petronas akan hilang tanggungjawab sosial dan objektif strategiknya kepada negara sekiranya disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Pasukan Perunding Khas Globalisasi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Prof Dr Mahani Zainal Abidin. Katanya, Petronas kini memainkan peranan yang besar dari segi pemberian subsidi untuk menjamin harga minyak dan gas dalam negara rendah.

"Sekiranya Petronas disenaraikan, maka ianya akan menjadi seperti syarikat minyak lain seperti Shell dan Exon-Mobil dan akan hilang tanggungjawab sosial dan objektif strategiknya kepada negara," katanya dalam Program Isu Semasa yang disiarkan secara langsung oleh TV1 malam tadi. Beliau menegaskan demikian sebagai menjawab soalan seorang pemanggil yang bertanyakan mengapa Petronas tidak disenaraikan sedangkan langkah itu akan memberi keuntungan berpuluhan bilion ringgit yang boleh digunakan semula untuk meneruskan subsidi minyak.

Program sejam itu yang dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar turut disertai penasihat Persekutuan Persatuan Pengguna MalaysiA (Fomca) Prof Datuk Hamdan Adnan. Menurut Bernama, Mahani berkata, jika Petronas disenaraikan di Bursa Malaysia, tindakan itu tidak akan menguntungkan negara dan rakyat. "Simpanan minyak dan gas negara dijangka berakhir dalam masa 19 tahun lagi. Apabila ini sudah berakhir, dari mana Petronas boleh terus mendapatkan minyak untuk menjamin harga terus rendah," katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa harga minyak akan terus naik memandangkan negara dijangka berubah dari sebuah negara pengeksport minyak sekarang kepada negara pengimport minyak pada 2009. Katanya, sungguhpun Petronas mencatatkan keuntungan lebih RM31 bilion tahun lalu, namun dua pertiga hasil minyak negara dikuasai dua syarikat asing – Shell dan Exxon-Mobil.

Hamdan: Harga barang naik
Sekiranya harga minyak tidak dinaikkan, katanya, sebahagian besar keuntungan Petronas akan tersalur kepada syarikat minyak asing itu. Jumlah subsidi yang akan ditanggung kerajaan tahun ini berikutan kenaikan harga minyak minggu lepas dijangka berada pada tahap RM14.5 bilion, tambahnya. Hamdan pula berkata pengguna secara amnya sedar bahawa subsidi minyak tidak boleh diteruskan tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah kenaikan harga barang yang akan berlaku setiap kali harga minyak dinaikkan.

"Kita perlu ada ketelusan dari banyak segi, terutamanya rakyat perlu tahu ke manakah perginya hasil keuntungan Petronas dan ianya perlu dijelaskan," katanya. Beliau juga bimbang kesan kenaikan harga minyak terhadap keluarga yang berpendapatan rendah tetapi menpunyai anak serta tanggungan yang ramai. "Bagi mereka yang mempunyai anak yang ramai di sekolah, sudah tentu akan menghadapi kenaikan lain seperti tambang bas dan belanja untuk anak-anak mereka. Kerajaan perlu mencari cara untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang tercicir kerana kemiskinan," katanya.

Beliau turut mengesa masyarakat pengguna supaya lebih berjimat dalam penggunaan minyak serta peka terhadap kenaikan harga barangan dengan membeli di tempat yang menawarkan harga yang rendah.

----------------------------------------------

Diesel smuggling into Thailand undeterred by higher prices
Malaysiakini, Aug 8, 2005

Malaysia on Sunday said that recent fuel price rises had not deterred the smuggling of diesel into Thailand and vowed a clampdown. Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shafie Apdal said monitoring the smuggling was difficult since many Thais were crossing over as tourists into neighbouring Malaysia. "We cannot stop them from pumping petrol or diesel for their vehicles because they enter the country as tourists but if there are abnormalities in their entries, we will monitor," Shafie was quoted as saying by the official Bernama news agency.

Shafie said his ministry would post more enforcement personnel on the border, including in territorial waters. "If in our territorial waters, we will seek help from the navy and marine police," he said. "We have detected cases of fishermen abusing their fishing boats to sell diesel at mid-sea," he added.

Cutting subsidies
Malaysia raised the price of petrol by 6.6 percent and diesel by 18.5 percent in July, bringing the price of diesel to RM1.281 a litre. The government said the increases, the fourth since October, were part of efforts to cut the soaring cost of its fuel subsidies amid record high global crude oil prices. Despite the rises, prices are still low compared with the rest of the region. Only the oil-rich kingdom of Brunei has prices lower than Malaysia's.
The diesel subsidies have tempted smugglers to sell the fuel in neighbouring Thailand where it is more expensive, or pass it on to industrial users not entitled to the subsidy.

Subsidies for petroleum cost Malaysia RM4.8 billion last year. The government has said subsidies are expected to reach RM6.63 billion this year due to rising oil prices.

No comments: