Wednesday, August 24, 2005

China Tahan Pelajar Baca al-Qur'an


Negara China Tahan Guru dan Murid-Murid kerana membaca al Qur’an


BEIJING, August 15, 2005 (IslamOnline.net & Agensi Berita) – Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, yang mempunyai majoriti penduduk Cina Muslim telah menahan seorang wanita Uighur dan 37 orang murid, ada di antaranya yang hanya berumur 7 tahun, kerana mengaji Qur’an, sebuah pertubuhan hak asasi melaporkan.

Aminan Momixi, 56, sedang mengajar Qur’an kepada murid-muridnya, yang berusia di antara 7 hingga 20 tahun, di rumahnya pada 1 Ogos apabila polis menyerbu masuk dan menangkapnya. Agence France-Presse (AFP) melaporkannya, memetik sumber daripada Kongres Uighur Sedunia yang berpusat di Germany.

Murid-muridnya, yang kebanyakan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, juga ditangkap dan ada yang masih dalam tahanan.

Polis merampas 23 naskhah al Qur’an, 56 buah kitab, manuskrip tulisan tangan dan lain-lain bahan agama.

Kaum Uighur adalah kaum minoriti berbahasa Turki dengan jumlah penduduk 8 juta orang, tinggal di tanah pertiwi mereka di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang yang kaya dengan hasil minyak di Barat Laut Cina.

Xinjiang telah mendapat autonmi sejak 1955 tetapi terus menerus di tindas dan diperlakukan oleh pihak berkuasa negara Cina, yang didakwa menggunakan tekanan ke atas agama atas alasan memerangi keganasan.


Momixi dituduh memiliki “secara haram bahan keagamaan dan maklumat sejarah yang subversif”. Dia juga telah dinafikan hak untuk berjumpa dengan peguam

Seorang pegawi polis mengesahkan penahanan-penahanan berkenaan.

"Ini urusan dalaman kami, kami tidak boleh mendedahkan sebab-sebab kenapa," katanya.

Negara Cina mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan yang di luar daripada kawalan pihak berkuasa negara.

Jurucakap Kongres berkata bahawa ibu-bapa hanya mahukan anak-anak mereka belajar nilai-nilai akhlak yang diajar oleh al Qur’an.

"Mereka hanya inginkan anak-anak mereka mengaji al Qur’an, pengetahuan agama paling asas, semasa musim cuti," dia memberitahu AFP.

Dia menambah lagi bahawa beberapa orang kanak-kanak telah dibebaskan setelah ibu bapa mereka membayar denda di antara 7,000 dan10,000 yuan (863 dan 1,233 dollar).

"Ada ibu bapa yang tidak mampu. Mereka tinggal di desa dan terpaksa menjual lembu dan ternakan yak (sejenis kerbau) untuk mengeluarkan anak-anak mereka," dia tegaskan.

Jurucakap itu tidak tahu berapa orang kanak-kanak yang masih lagi ditahan.

Dalam laporan setebal 114 halaman yang disiarkan pada bulan April, Human Rights Watch berkata bahawa dasar Negara Chinese policy di Xinjiang "menafikan kebebasan beragama kaum Uighur, dan selanjutnya mengekang kebebasan berpersatuan, berkumpul dan bersuara ".

No comments: