Thursday, November 15, 2007

Zainuddin Maidin yang bergigi kuning

Nov 13, 07

Bagi kami yang berada di luar negara, 10 November 2007 memang satu hari
yang mendebarkan. Jarak tidak membenarkan kami turut serta untuk
mengharungi tembok polis, perang saraf, ugutan 'saya pantang dicabar'
dalam sama-sama mencipta sejarah tanahair yang lebih hebat dari makan
angin ke angkasa atau meng'angkasa'kan bangsa.


Memang terasa ingin sekali turun ke jalan raya untuk menyuarakan protes
aman sebagaimana termaktub dalam rukun demokrasi. Ramai yang masih
menganggap, demokrasi itu sekadar pilihan raya. Dan pilihan raya itu
sekadar membuang undi.


Perarakan anjuran BERSIH ini mengembalikan nostalgia sewaktu dikejar
polis dan disembur air di era reformasi. Setiap petang Sabtu untuk
ramai-ramai mengutuk-ngutuk sang PM ketika itu.


Perbicaraan 'tilam sebagai saksi' dan Black 14 yang memberi pengalaman
sebagai rakyat yang prihatin dan mahukan perubahan.


Itu adalah deretan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan, kerana selepas
pilihan raya, saya dibuang kerja 24 jam tanpa alasan dan menjadi imigran
sehingga sekarang.
Panggilan untuk berdemonstrasi dalam menegakkan kebenaran akan sentiasa
disahut. Peduli apa dikategorikan halal atau haram mengikut hukum hadhari
dari golongan yang semakin tidak peduli, samada halal atau haram, demi
mencapai matlamat untuk terus kekal berkuasa atau mahu menjadi perdana
menteri sebelum umur 40 tahun.


Tentunya puak-puak 'beraja di mata, bersultan di hati' yang sejak 50
tahun lalu, evergeen dari dulu, kini dan selamanya ini terus mahu
berkuasa melalui proses 'pilihan raya paling demokratik ala Malaysia'.


Sistem demokrasi yang dipunahkan secara sistematik selama 22 tahun oleh
Abu Mirzan dan disambung warisannya dan bertambah kronik sejak 4 tahun
lalu oleh Abu Kamarudin.


Demokrasi yang membenarkan parti pemerintah menyalahgunakan segala
jentera dan harta kerajaan untuk berkempen dan memastikan badan seperti
SPR, kehakiman dan Polis sebagai kuda tunggangan.


Demokrasi yang memastikan semua media dikuasai oleh parti pemerintah dan
kroni dan sekatan pada akhbar milik pembangkang. Demokrasi yang
menidakkan pilihan raya yag adil, telus dan terbuka dalam erti kata
sebenarnya.


Demokrasi yang memperlihatkan semakin kronik korupsi di semua peringkat
dan sayap kerajaan serta penyelewengan yang melibatkan bilion ringgit
tanpa apa-apa tindakan berkesan, selain 'kerja bersama saya' sebagai
slogan imej hadhari.


Demokrasi yang menyuburkan rasuah sebagai budaya kehidupan masa kini
kerana BPR semakin berfungsi untuk melindungi perasuah dari didakwa dan
menghukum whistle blowers dari membongkar kecurangan.


Begitulah pada 10 November 2007, dengan kemajuan teknologi, kami
mengikuti perkembangan lanjut perjalanan perhimpunan 100 ribu rakyat
melalui SMS secara lintas langsung, Internet dan tentunya Al Jazeera.
Sebagai tanda sokongan, berbaju warna kuning sepanjang hari.


Berkebetulan pula, di Dubai ketika itu dalam persiapan acara Air Show dan
rumah saya yang bersebelahan dengan lapangan terbang dapat menyaksikan
pelbagai latihan pertunjukan secara terus menerus.
Antara menonton raptai Air Show yang mengkagumkan dan liputan demonstrasi
yang lebih mengkagumkan, dapat dirasakan keseronokan dan kesyukuran
setelah mengetahui yang puluhan ribu rakyat telah menguningkan Kuala
Lumpur.


TV Al Jazeera yang berpengkalan di Doha dan sama beroperasi di Kuala
Lumpur memberikan liputan yang telus. Wartawannya terkena air asid secara
langsung untuk disaksikan jutaan lain di dunia mengenai, inilah wajah
'Demokrasi ala Malaysia'.


Begitupun, kegembiraan dan keseronokan melihat kejayaan wakil BERSIH
menghantar memorandum pilihanraya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agung sedikit tercela apabila mendengar suara Sang Menteri
Penerangan yang diwawancara di Al Jazeera.


Tidak pasti sama ada Sang Menteri yang pernah berjawatan ketua pengarang
sebuah akhbar perdana milik parti pemerintah itu tidak memberus gigi dan
bergigi kuning sewaktu ditanya soalan.


Mungkin juga ketua propaganda kerajaan ini telah terkejut beruk melihat
ramainya rakyat berani melanggar hukum haram syura Hadhari walau
diperlekehkan sebagai 'beruk di tepi-tepi jalan' oleh sang menantu
kesayangan diperhimpunan angguk-angguk terbesar di dunia.


Malah Sang Menteri dengan angkuh berkata sehari sebelumnya yang
perhimpunan rakyat ini tidak mungkin mendapat sambutan.


Apalagi tiada umpan seperti konsert dan makanan percuma, apalagi projek
besar di mana-mana koridor ekonomi yang tumbuh macam cendawan telah
dijanjikan oleh penganjur, seperti yang biasa dilakukan oleh parti
pemerintah.


Dalam ketawa terbahak-bahak mendengar jawaban yang tidak kena mengena
dengan soalan serta bahasa Inggeris tunggang langgang, terasa begitu
sedih dan terhina sebagai rakyat Malaysia di luar negara.


Begitu teruk dan tiada kelasnya imej seorang ahli kabinet negara yang
memalukan sekali.


Begitu emosional dan penuh dengan prasangka buruk terhadap orang lain.
Helo Zam, kalau dibandingkan RTM dengan Al Jazeera, tentunya tidak
terbanding sama ada dari segi mutu mahupun jenama secara global.


RTM sejak dulu sehingga sekarang tidak lebih longgokan propaganda dan
saluran maklumat yang tidak mempunyai kredibiliti.


Lebih dari itu, menteri yang bertanggungjwab juga sama tidak mempunyai
kredibiliti walau dijulang sebagai Tokoh Wartawan Negara.


Pada Zainudin Maidin, anda telah memalukan negara dan menjatuhkan imej
Malaysia sebagai salah satu negara 'demokrasi' yang dikatakan paling maju
dikalangan negara OIC dan sepatutnya di hukum buang negeri selama-lamanya!
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: