Saturday, November 10, 2007

Panduan Bagi Peserta Himpunan 100k Rakyat

Perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November bakal menjadi sejarah
dalam tawarikh demokrasi Malaysia. Pelbagai kaum akan muncul, pelbagai
ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun.
Himpunan ini kerana satu perkara yang kita semua sama-sama perlukan iaitu
Pemulihan Demokrasi yang telah korup dan tercemar oleh kuku-kuku besi
berwarna 'Biru Tua'. Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak
kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda
dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat
berjalan dengan lancar dan semua masalah dapat diselesaikan secara
bersama.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

Pakaian atau riben, topi, arm band berwarna kuning

Bendera Malaysia atau negeri masing-masing

Kad pengenalan

Air mineral, sedikit makanan atau gula-gula

Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit bagi mengembalikan
tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas
pemedih mata.

Kain tuala kecil untuk lap peluh atau tutup mata dan hidung untuk
elak terkena gas pemedih mata

Payung kecil untuk elakan hujan atau cuaca panas

Lampin, jika bawa anak

Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang
sampah merata-rata.

Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama & no.
pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi
merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh
dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@yahoo.com untuk
rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan dibawa

Jangan bawa sebarang bendera atau logo parti atau organisasi anda
bagi NGO

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi
pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau barang yang tidak perlu

Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar
seperti molotov cocktail dan mercun.

Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol
dan yang merbahaya.

Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan
yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah bagi mengelakan
sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan
Sebelum perhimpunan

Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa

Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan
ini

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan
penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi

perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika
handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar
rumah.

Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang
ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara.

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau
terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian

Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda
boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka.

Semasa Perhimpunan dan perarakan

Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek,
Pasar Seni atau Masjid Negara) dan berarak beramai-ramai ke Dataran
Merdeka.

Ikutilah arahan dari Unit Amal atau pimpinan BERSIH sepanjang program

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan
pimpinan

Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh
dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@yahoo.com untuk
rekod dan disiarkan.

Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau
tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang
mencurigakan.

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan

Elakkan mencerca atau memaki hamun semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan
disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan
masalah lain.

Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana
kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu
peserta.

Ikutilah laungan pimpinan jika perlu

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan

Selepas Perhimpunan

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas
diberikan arahan bersurai

Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan
semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika
perhimpunan berjalan lancar.

Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua
sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat
bolehlah diemailkan kepada kami di himpunanrakyat@yahoo.com

Apa anda perlu buat jika Polis buat provokasi dan serbuan.

Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan
pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri
rapat-rapat bila Polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

Duduk jika pimpinan arahkan

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas
pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit
garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan Polis bila mereka
provoke…hanya diamkan diri.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

Jangan banyak cakap dengan Polis. Diamkan dan tenangkan diri.

Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab
anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad
pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan
bagi maklumat yang lengkap.

Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda
hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yan
sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika
mereka perlukan maklumat lanjut.
Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Minta berjumpa dengan penguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam
akan menunggu diluar Balai jika anda ditahan,

Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu
jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang
anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah.

Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi Polis atau jangan mudah
cair bila mereka berlembut.

Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis
yang tahan dan soal siasat anda.

Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan
orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa
ditahan.

Ceritakan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk
memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin
anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang
himpunan bagi memudahkan pembelaan.

Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah
bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap
kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi
lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas
ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui
ketika ditahan.

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan
lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. Kita berharap agar
dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan tekanan
kepada perosak Demokrasi dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan
kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem demokrasi negara kita.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah
anda boleh rujuk kepada Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup
dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada
anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari
sejarah ini.

Herman Samsudeen adalah moderator Web Himpunan Rakyat :
http://10nov.himpunan.info


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: