Saturday, November 10, 2007

Kuil diroboh / MIC enggan merayakan Deepavali

Kuil diroboh / MIC enggan merayakan Deepavali

November 05 2007

MIC - parti komponen ketiga terbesar Barisan Nasional (BN) - tidak akan
menganjurkan sebarang majlis sempena sambutan perayaan Deepavali Khamis
ini.

Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, keputusan itu dibuat
"sebagai tanda penghormatan MIC terhadap perasaan masyarakat India yang
amat sedih dengan perobohan Kuil Sri Maha Mariamman di Shah Alam".


Kuil yang berusia lebih satu abad itu terletak di Kampung Karuppiah,
Padang Jawa, Shah Alam dan dirobohkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
minggu lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menasihatkan semua wakil rakyat MIC
- termasuk timbalan menteri dan setiausaha Parlimen - supaya tidak
menganjurkan sebarang majlis pada tahun ini.


Selain Samy sebagai menteri kabinet, MIC mempunyai tiga timbalan menteri,
tiga setiausaha Parlimen serta 19 Ahli Dewan Undangan Negeri. Tujuh
daripada mereka adalah Exco kerajaan negeri masing-masing.


Sudah menjadi kebiasaannya, Deepavali disambut meriah oleh semua pemimpin
MIC di peringkat negeri dan pusat, dengan mengadakan majlis rumah terbuka
sebagai menyambut perayaan cahaya itu.

"MIC turut sedih dengan perobohan kuil tersebut. Tindakan merobohkan kuil
tersebut telah melukakan hati masyarakat India di seluruh negara,"
katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, wakil rakyat dari MIC digalakkan menyambut
Deepavali secara sederhana di kalangan ahli keluarga dan saudara mara di
rumah mereka.

Katanya, beliau sendiri tidak akan mengadakan "rumah terbuka" sempena
sambutan perayaan Deepavali pada tahun ini.

MIC enggan merayakan Deepavali

Saya terkejut apabila membaca laporan dari Malaysiakini bahawa Presiden
MIC telah mengarahkan semua 3 Timbalan menteri, 3 Setiausaha Parlimen, 19
ADUN termasuk 7 ahli EXCO MIC agar tidak ada mengadakan majlis sambutan
Deepavali rasmi yang dijadual dirayakan pada hari Khmais ini. Mneurut
beliau keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan MIC terhadap
perasaan masyarakat India yang amat sedih dengan perobohan Kuil Sri Maha
Mariamman di Shah Alam. Kuil yang berusia lebih satu abad itu terletak di
Kampung Karuppiah, Padang Jawa, Shah Alam dan dirobohkan Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) minggu lalu.

Rasa saya tidak pernah dalam sejarah negara, pemimpin MIC memulaukan
perayaan besarnya sebagaimana yang diarahkan oleh Samy Vellu itu.

Kalau benar begitu maka lihatlah betapa bersatu hati dan padunya penganut
agama Hindu khasnya dari parti India yang terbesar dalam negara, apabila
melihat hak mereka diperkosa.
Masyarakat Islam di Malaysia, masjid dan suaraunya menyembah bumi,
pentabiran masjid dirampas dari ahli kariah, surau diperintah tutup,
agamanya dipermainkan, namun tidak pernah kita mendengar sebarang reaksi
drastik sebagaimana yang dilakukan oleh MIC ini.

Mungkin kita berhak untuk merasa malu dalam hal ini.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: