Nov 02, 07
Pada 29 Oktober lalu kita meneliti reaksi Sultan Perak, Sultan Azlan Shah
yang merupakan mantan Ketua Hakim Negara terhadap syor-syor baginda
supaya tindakan segera diambil bagi mengembalikan integriti dan kebebasan
badan kehakiman negara.
Saranan baginda ini dihuraikan dengan panjang lebar semasa baginda memberi
ucaptama pada Persidangan Perundangan Malaysia Ke-14.
Baginda melahirkan kebimbangan terhadap kemelut yang melanda badan
kehakiman rentetan daripada pendedahan video â˜Skandal VK Lingamâ™ oleh
Ketua Umum PKR, Datoâ™ Seri Anwar Ibrahim pada 19 September yang lalu.
Pendedahan percubaan melobi pelantikan jawatan-jawatan hakim itu sangat
memalukan semua.
Baginda juga memberikan amaran bahawa jika tidak ada tindakan yang tegas,
badan kehakiman akan menghadapi krisis kepercayaan rakyat yang parah.
Selanjutnya baginda juga menekankan bahawa sekarang sudah sampai masanya
yang paling sesuai untuk melakukan pembaikan dan perubahan.
Kebimbangan baginda itu dikongsi bersama oleh kebanyakan peguam yang
hadir. Mereka juga bersetuju dengan saranan agar Majlis Peguam juga
mengambil peranan aktif dalam menangani kemelut ini.
Banyak pihak bersetuju dengan syor Pengerusi Majlis Peguam, Ambiga
Sreenevasan, agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman Diraja bagi
urusan pelantikan hakim-hakim.
Tuntutan ini juga telah dizahirkan oleh beliau semasa mengadakan perarakan
aman anggota-anggotanya di Putrajaya, bulan lepas. Perarakan ini disertai
oleh hampir 2,000 peguam. Malah bagi peguam Zaid Ibrahim yang juga ahli
Parlimen Kota Baru, tindakan tersebut boleh dianggap akan mengancam
keselamatan negara.
Kita menyokong syor tersebut bahkan PAS telah lama menyuarakan kebimbangan
ini hampir 10 tahun dulu ketika berlaku pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun
Salleh Abas. Integriti dan kebebasan badan kehakiman mestilah dipelihara
seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Malangnya kita melihat reaksi yang mengecewakan daripada pihak kerajaan
BN. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datoâ™ Seri Nazri Aziz yang
bertanggungjawab terhadap kehakiman, dengan angkuh menyatakan bahawa ia
hanya satu persepsi daripada seorang Sultan dan kerajaan BN mempunyai
persepsi yang lain.
Malah beliau menyindir bahawa adakah 2,000 orang peguam itu benar-benar
mewakili rakyat sedangkan BN mempunyai 90 peratus sokongan rakyat di
Parlimen. - lanh
* Penulis adalah Ketua Muslimat PAS
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment