Saturday, November 10, 2007

Ramalan Inflasi Meningkat Tahun Depan

Anwar Ibrahim
Ramalan Inflasi Meningkat Tahun Depan

DSAI, Di akhbar persatuan penguna Fomca berkata tahun depan inflasi akan
meningkat kajian mereka dengan kadar Minyak dunia sekitar 100US setong
jika keaadaan ini berterusan pihak berkuasa terpaksa menaikan harga
minyak hiliran dari itu maka rakyat akan terima padahnya, sekarang ni pun
kos hidup telah meningkat tepung gandun dan lain lain barangan kerpeluan
mencanak sesiapa yang punyaini anak sedozen tempiasnya maha hebat keadaan
ini tidak megenal ahli parti termasuk ahli UMNO pun kena juga, tak tahulah
jika ahli umno ada kupon subsidi untuk beli barang ambil kat cawangan
mereka.


nanpaknya setekat ini tiada satupun pendekatan yang kukuh diambil oleh
pihak berkuasa untuk menagani perkara ini mereka sibik nak pergi
keangkasa nak tanam padi dan pisang dan sayuran kat angkasa kut janganlah
bawa rakyat ke alam minpi dan hayalan bawalah rakyat ke alam nyata beri
mereka sesuatu kerangka yang meringankan hidup mereka.


Sebaik sahaja negara merdeka bendera union jack diturunkan negara dijajah
oleh umno pula maka penjajahan umno telah genap 50 tahun penjajahan umno
lebih ganas rakyat tersiksa diperah saku mereka. dibawah di adalah
perbezaan penjajah negara.


1 . Penjajah beri Tanah Simpanan Melayu (TSM) - UMNO pupuskan jika
diambil tidak diganti dengan tanah dan diberi pada pemaju.


2. Dulu penjajah tak sentuh isu agama - sekarang UMNO pasakkan islam
hadhari ke minda rakyat mereka campurtangan dalam isu agama.


3. Dulu perniagaan bebas - Penjajah UMNO monopoli hanya kroni,suku sakat
dan kuncu sahaja milikki segala lesen dari perniagaan bersih hinggalah
perniagaan kotor (angkut sampah dan penbentungan).


4. Dulu penjajah benarkan rapat umun - penjajahan umno kena permit dan
berbagai peraturan silap haribulan hujan peluru dan gas pemedih mata kena
belantan atau ISA.


5. Dulu penjajah lindungi rakyat dari komunis - Penjajah UMNO lindungi
keronis dan perangi rakyat.


6. Dulu rakyat boleh menuntut mennuntut kermerdekaan negara - Penjajah
umno larang rakyat tuntut merdeka kali kedua.


Persoalannya adakan kita telah merdeka.


Sdr Kublai Khan,
Pernah saya ulas dulu bahawa kemerdekaan menjanjikan kebebasan dan
kesejahteraan rakyat, bukan sekadar menggantikan penjajahan asing dengan
pimpinan pribumi yang rakus dan rasuah.


Rakyat perlu diajak berfikir dan menentukan nasib mereka. Mengongkong
media, menyekat kebebasan, mengugut rakyat dan merompak khazanah negara
selalunya dikaitkan dengan penjajahan dan imperialisme.


Paradoksnya ialah manakala terdapat beberapa ruang kebebasan terbatas dan
pentadbiran hukum dizaman penjajah yang kelihatan lebih lumayan berbanding
penindasan diera "merdeka".


Sudah diketahui - minyak, tol, eletrik pasti naik awal tahun depan.
Maknanya: Pilihanraya Umum akhir tahun ini! Sesudah itu rakyat tertipu
lagi.


Ha, itu dengan andaian Umno-BN menang. Bagaimana di sebaliknya, jika
rakyat sedar dan mahu harga barang terkawal?


Maka, peganglah kepada prinsip dan berjuanglah. Kita kerja dan doa!


ANWAR IBRAHIM

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: