Monday, November 05, 2007

Pilihan raya umum ke-12 Disember ini?

KOTA BHARU, 31 Okt (Hrkh) â€" Teka teki tarikh pilihan raya pilihan raya
umum ke-12 mulai berkocak kembali. Ramai berpendapat Perdana Menteri
tidak mungkin membiarkan masalah yang membelenggu kepemimpinannya terus
membarah.

Banyak pihak menelah sekiranya masalah dibiarkan berlarutan Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi tidak mampu lagi membendungnya. Lebih-lebih lagi
kenaikan harga minyak di pasaran global.
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, Perdana Menteri tidak
mungkin menggunakan duit Petronas dalam tempoh begitu lama untuk memberi
subsidi ekoran peningkatan harga minyak sekarang.


“Tambahan pula timbul pelbagai konflik sekarang, isu video VK Lingam
masih tidak selesai. Dan semalam timbul pula pendedahan Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial, Dato’ Ramli Yusuff mengenai isu dalaman
polis.


“Isu yang membabitkan tiga jabatan utama kerajaan iaitu polis, Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dan Peguam Negara serta institusi kehakiman semakin
berkecamuk.


“Oleh itu bagi mengelakkan isu tersebut terus berlarutan, pilihan raya
mungkin diadakan dalam masa terdekat ini, kalau tidak November mungkin
Disember,” katanya pada persidangan media di pejabatnya di Kota
Darulnaim di sini, hari ini.


Akhbar hari ini melaporkan Ramli yang diheboh sebelum ini mempunyai aset
sebanyak RM27 juta mendakwa disiasat BPR selepas pegawainya menyiasat Ah
Long di seluruh negara terutamanya Johor.


Mengikut sumber lain, konflik di antara Ramli dengan pegawai kanan lain
polis tercetus sebelum pelantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis
Negara.


Ramli sebelum ini disebut-sebut sebagai calon mengisi jawatan tersebut
memandangkan pengalamannya lebih luas.


Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebagai jalan
selamat bagi mengatasi konflik yang berlaku sekarang Perdana Menteri
dijangka mengadakan pilihan raya umum lebih awal bagi mendapat semula
mandat rakyat.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan harga minyak akan dinaikkan
sehingga 70 sen seliter selepas pilihan raya umum nanti kerana kerajaan
tidak mampu lagi menanggung bebanan subsidi.


“Kalau pilihan raya diadakan tahun depan, kerajaan terpaksa
membelanjakan lebih banyak duit untuk memberi subsidi minyak sedangkan
duit Petronas perlu juga digunakan bagi pembangunan lain,” ujarnya.


Sumber dalaman Umno pula mendedahkan kemungkinan parlimen akan dibubarkan
pada 9 November ini, selepas selesai Perhimpunan Agung Umno yang dijadual
berlangsung dari 5 hingga 9 November ini.


Manakala pilihan raya pula dikatakan akan diadakan pada Disember.


“Apa yang jelas selepas mendapat mandat baru harga minyak akan dinaikan
sehingga 70 sen seliter dan gas memasak naik antara RM2 hingga RM3 satu
balang,” kata Ibrahim Mamat, bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian
Kubang Kerian.


Menurutnya, Perdana Menteri mungkin tidak menghiraukan kira-kira 28,000
jemaah haji sedang menunaikan ibadat di Makkah bagi membolehkan pilihan
raya diadakan pada Disember ini. - mj-->
Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah mereka
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank)
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.
Sebagai persiapan menjelang pilihanraya ke-12, kami mengalu-alukan
sumbangan daripada anda melalui akaun Maybank atas nama Harakahdaily Dot
Com, nombor 564070000336. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40212009..

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: